Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 16 Oktober 2014

Muffin Pisang Coklat Kukus

Buruknya rupa apam...hihi

Tak sangka la pulak mangkuk cupcake tu akan mengembang juga dengan jayanya. 

Tapi, jangan ditengok pada rupanya yang hodoh ya sebab rasanya amatlah sesuai dengan selera... hik hik...

Yang koko terang kat atas tu coklat rice. Konon nak buat hiasan tapi cair dek kepanasan.


Resepi skodeng daripada sini, tp saya tempek juga sekali dalam ni..

APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT
By Shikin

Bahan A [Ayakkan]
1 cawan tepung gandum
 1 s/b serbuk koko
1/2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1/2 cawan pisang emas/berangan lecek
1/2 cawan minyak
3/4 cawan gula perang
1 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini