Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 1 Oktober 2014

Nasi Mandy Kambing Yaman - alBayt

Sebelum ni try Nasi Mandy Ayam. Kali ni kambing mandy pulak. Masih menggunakan jenama al-bayt, memasak nasi arab jadi mudah dan ringkas. Thumbs up... Tambah2 ada kambing, En. tahiri suka sangat...


Nasi Mandy Kambing Yaman AlBayt
By Shikin

Nasi
450gm  Beras basmathi*
600ml air rebusan daging
Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lumi)*
1 camca besar rempah serbuk mandy* (*ada tersedia dalam pek)
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
2 sudu teh pewarna kuning
Sedikit garam

1kg daging kambing - rebus tanpa garam sehingga lembut

-Rendam beras selama 20 minit atau lebih kemudian toskan.
-Tumis rempah hidup, bawang besar, bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah --serbuk mandy. Jaga api masa ni. Jangan bahan tumisan sampai hangus pulak.
-Masukkan beras, pewarna kuning beserta bahan tumisan dan daging kedalam rice cooker.
-Tuangkan air rebusan daging. Kemudian taburkan garam secukupnya dan letak cili -hijau (x perlu hiris)
-Tanak sehingga nasi masak 80%.  Gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan nasi masak seperti biasa.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
Cili padi
Sedikit daun ketumbar
Garam

- Kisar semua bahan tanpa air

Salad Arab
2 biji tomato*
1 batang timun* (* potong dadu)
1 labu bawang besar - hiris halus
Sedikit daun ketumbar
Garam dan gula
Serbuk lada hitam

-Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini