Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 27 Januari 2014

Kari Ikan Bawal Emas

Beli ikan ni kat Tesco. En Tahiri minta saya buatkan kari. Hidangan untuk tengahari kelmarin. 


Kari Kepala Ikan
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan Bawal - sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sdk halba campur
3 sudu besar serbuk cili
2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak
Bendi
Tomato


Cara-Cara

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau.
  • Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan sedikit air.
  • Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan. 
  • Masukkan bendi. Masak seketika.
  • Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan tomato.
  • Padamkan api. Sedia untuk dihidang.


Nasi Ayam dihujung minggu

Nasi ayam, menu hari Sabtu baru-baru. 

Since menghabiskan hujung minggu kat rumah sendiri minggu ni boleh la masa lain daripada biasa. Hehehe...


Nasi Ayam My Mom Recipe
by Shikin

Bahan-Bahan

Bahan Nasi
4 cawan beras
6 cawan @ secukupnya air rebusan ayam 
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 batang serai - diketuk
1 kiub pati ayam 
Rempah tumis 3 sekawan (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
Sedikit mentega & minyak sapi @ minyak masak

Cara memasak nasi 
Basuh beras bersih2 dan toskan. 
Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk, serai dan rempah menumis sampai naik bau. 
Masukkan beras, goreng seketika. 
Alihkan beras kedalam periuk, tuangkan air rebusan ayam. 
Masukkan juga kiub pati ayam (hancurkan dulu) garam dan gula secukupnya. 
Masak nasi seperti biasa 

*kali ni saya tak tumis, just masak nasi macam biasa.

Bahan Ayam
1 ekor ayam (boleh potong kecil @ biar sekor2)
2 ulas bawang putih
Air secukupnya
Kicap
Madu

Cara-cara

Rebus ayam dalam periuk dengan api yang perlahan. (Air rebusan ayam ni guna sebahagiannya untuk masak nasi, manakala yang lebihnya untuk dibuat sup) 
Keluarkan ayam daripada periuk, lumurkan dengan kicap, madu dan garam (jika perlu). 
Goreng ayam sampai masak 
Semasa menghidang ayam tu hempapkan sikit ayam tu dengan pisau dan potong ikut kesesuaian. 

Bahan Sup
Air rebusan ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
garam secukupnya
daun sup
bawang goreng

Cara-Cara (Sup)

Didihkan air rebusan ayam bersama bahan2 (kecuali daun sup dan bawang goreng) 
Tabur bawang goreng dan daun sup semasa menghidang 


Bahan Sos Cili
20 tangkai cili kering*
5 ulas bawang putih* (*blend sampai hancur)
1 cawan cili sos
4 cawan air
2-3 sudu besar cuka
Garam
Gula

Cara-Cara

Masak air dengan gula sampai mendidih. 
Tuangkan cili kisar dan cili sos. Reneh dengan api perlahan, sampai cili masak dan hilang baunya. 
Masukkan cuka dan garam secukupnya 
Masak sampai sos agak pekat (boleh juga tambah sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air) 

Bahan Sos Kicap
Sup
Sos tiram
Kicap

Cara-Cara

Ambil sedikit sup, masukkan sos tiram dan kicap secukupnya. 
Didihkan sehingga semua sebati. 

Hidangkan nasi bersama ayam goreng, sup, sos cili, sos kicap, daun salad, hirisan timun dan juga tomato.

Khamis, 23 Januari 2014

Paprik Udang


Paprik Udang
By Shikin

Bahan-bahan
Udang - bersihkan
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1 biji bawang besar - potong bulat
1 inci halia - hiris memanjang
3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong
2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci
1/2 batang karot - hiris memanjang
bunga kobis - potong kecil
3 susu besar sos cili 
1 sudu besar sos tomato 
1 susu besar sos tiram
3 helai daun limau purut
Minyak masak
Garam dan gula secukupnya
Air (jika perlu)

Cara
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika.
Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air.
Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi.
Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
Padamkan api.
Sedia untuk dihidangkan.


Rabu, 22 Januari 2014

Ayam Masak Kicap

Lauk biasa-biasa jerrr...but my kids feveret...



Ayam Masak Kicap
By Shikin

Bahan-Bahan
Ayam - potong kecil
Cili Sos
Kicap
Garam
Gula
Kunyit
Bawang putih - mayang
Bawang Merah - mayang
Halia - hiris memanjang
Serai - potong serong
Bawang besar - potong bulat
Minyak
Air (jika perlu)

Cara-Cara
  • Basuh ayam bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing)ketepikan.
  • Alih minyak goreng ayam tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj)
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kicap secukupnya. Kacau sehingga garing. Kalau sos terlalu pekat masukkan sedikit air.
  • Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan pula bawang besar. Kaup balikkan. Agak-agak bawang tu dah layu bolehlah padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan...
  • Sebenarnya boleh masukkan bahan-bahan sampingan yang lain lagi. Kalau ada karot, bunga kubis, baby corn @ tomato masukkanlah sekali. Nak pedas sikit, ketuk2 cili api masukkan sama. 

Selasa, 21 Januari 2014

Bawal Masak Sos

Menu Ulang tayang lagikkk...


Bawal Masak Sos
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ikan bawal
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - dadu
3 sdb cili kisar
3 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
Nenas, timun - potong kiub
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  • Basuh ikan bersih2. Bubuh garam kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sampai masak. Angkat. Letak dalam pinggan. Ketepikan sekejap.
  • Untuk sos, panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu.
  • Masukkan cili kisar, kacau sekejap. 
  • Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air (biar berkuah sikit). Masukkan pula nenas dan timun. Biarkan sekejap.
  • Letak garam dan gula secukupnya.
  • Padamkan api. Curah kuah ke atas ikan bawal yang telah di goreng tadi.
  • Hidangkan panas2.



Kari Kepala Jenahak

 Feberet En. Tahiri... 

Always teratas dalam senarai ikan yang menjadi pilihan untuk dimasak kari. 

Setakat ni belum tergugat kedudukannya dengan kehadiran ikan-ikan lain...hehehe



Kari Kepala Ikan
By Shikin

Bahan-Bahan
Kepala ikan - sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sdk halba campur
3 sudu besar serbuk cili
2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak
Bendi
Tomato

Cara-Cara

Panaskan minyak. 

Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau.

Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
Masukkan santan. Kacau sebati.

Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan. 

Masukkan karot. Masak seketika.

Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.

Akhir sekali masukkan tomato.

Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 20 Januari 2014

Mee Kuah


Mee Kuah
By Shikin

Bahan & Cara

Mee
Mee Kuning


Celur dalam air panas. 
Angkat, siram dengan air sejuk dan tos. Ketepikan.

Kuah
Sotong 
Cili kering (dlm 15 - 20 tangkai)*
Bawang Merah (10 - 15 ulas)*
Bawang Putih (3 - ulas)- *kisar halus 
Tomato sup (1 tin)
Cili Sos (secukupnya)
Fishcakes hiris nipis
Sayur - sawi, karot(disagat ), tomato
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya




Rebus sotong sampai masak. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sampai garing dan pecah minyak. Tuangkan tomato sup dan cili sos. Kacau sebati.
Masukkan sotong yang telah direbus tadi. Tambah air ikut kadar yang diperlukan. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan fishcake. 
Masukkan sawi, karot dan tomato serta air bancuhan tepung jagung.
Biar sampai mendidih. Tuangkan kuah keatas mee yang telah diletakkan dalam pinggan.
Hiaskan dengan bahan2 tabur.
Sedia untuk dinikmati.



Bahan Hiasan

Tauhu - goreng dan dihiris nipis
Taugeh - dicelur
Telur rebus
Cili merah - hiris nipis
Daun sup & daun bawang 
Bawang goreng
Limau nipis

Kari Sotong Dengan Timun


Kari Sotong
By Shikin

Bahan-Bahan
Sotong (sederhana besar) - dibersihkan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
2 bgks rempah kari (Bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak
Timun

Cara-Cara
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari sampai naik bau.
  • Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
  • Masukkan santan. Kacau sebati. 
  • Tambah sedikit air (jika perlu)
  • Apabila mendidih bolehlah masukkan sotong. 
  • Masukkan timun yang dipotong menyerong. 
  • Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.
  • Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 16 Januari 2014

Lepat Pisang My Style


Balik keje kelmarin, En. Tahiri duk hint2 pasal 2 sikat pisang awak yg masak ranum didapur. Ada la tu nak suruh buat apa-apa...

Ikutkan saya nak buat lengat pisang...cepat sikit keje. Tapi En. Tahiri request lepat pisang pulak. Lama tak buat katanya...

Maka lepas maghrib bermula aktiviti lepat melepat. 

Tak der sukatan bagai...main taram ikut sedap rasa aje...


Bahan2 yang saya gunakan adalah  2 sikat pisang awak (lecek @ kalau rajin blend), santan RM2, 3/4 cawan sagu (rendam dlm air lebih kurang 1/2 jam), tepung beras (ada kot dalam 1/2 - 3/4 cawan)  agak2 la adunan jgn terlalu keras @ lembik, gula dan sedikit garam.

Mula-mula bancuh adunan dulu. Nak bancuh senang jer...campur semua bahan dan gaul sebati. Biar semua secukup rasa.

Lepas siap adunan dibancuh pegi ke acara membungkus lepat pulak. 

Nak bungkus lepat kena la ada daun pisang. Layur dulu daun pisang tu. Kemudian potonglah ikut saiz yang dikehendaki. Jgn terlalu besar @ kecil. Yang pasti yang sedang2 saja.

Ambik sehelai daun pisang, letakkan adunan lepat tadi. Kemudian bungkuslah macam lepat pisang yang selalu kita beli tu.

Saya ni mmg tahap amatur habis dalam bab ni. Jarang-jarang buat. Last-last hentam ajelah, asal jadi sudah. Hasilnya... bersememeh...hihihi...

Lepas siap bungkus semua masukkan dalam periuk kukus, dan kukus dalam 20 minit macam tu @ sampai masak...

Dah siap masak boleh la di makan...pagi petang siang malam...tak kisah. Setiap masa lepat pisang sedap dimakan...hehehe


Rabu, 15 Januari 2014

Set Nasi Hujan Panas Sempena Cuti Maulidur Rasul



Alhamdulillah...cuti yang bermanfaat.

Dapat juga sediakan hidangan istimewa untuk santapan seisi keluarga.

Nasi Minyak Hujan Panas My Style
Nasi Minyak Hujan Panas cara saya...hihihi. 

Bahan-bahan yang digunakan bawang merah, bawang putih, halia (blend @ tumbuk ketiga2nya), rempah tumis empat sekawan, majerin, minyak sapi, susu cair, daun pandan dan bahan utamanya ofkoslah beras dan air. Jgn lupapewarna merah,hijau dan kuning.

Cara masak pulak, cairkan minyak sapi dan marjerin dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan rempah tumis 4 sekawan. Biarkan sampai naik bau dan kekuningan.

Masukkan air secukupnya.

Masukkan beras. Bila dah mendidih tuangkan susu cair serta garam dan gula secukup rasa.

Masukkan daun pandan

Teruskan memasak sehingga nasi masak sekata.

Untuk efek warna tu,masa nasi baru kering, titiskan pewarna. Tutup tudung periuk seketika. Biarkan wap naik.Kmdn buka tudung periuk kaupbalikkan nasi perlahan2 sampai jd mcm dlm gambar.

Gulai Daging My Style gak...
Bahan-Bahan : Daging, Bawang Merah, Bawang Putih, halia (mayang halus) , rempah tumis 4 sekawan, daun kari, rempah kari daging, kerisik (rempah kari dan kerisik digaul bersama daging), kentang, santan, garam, minyak

Cara masak :  Panaskan minyak,  tumis bahan2 mayang, rempah tumis 4 sekawan dan dau kari. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan daging yang telah digaul dengan rempah kari dan kerisik.  Masak sampai rempah pecah minyak.

Masukkan santan. Kalau kuah pekat sangat masukkan sedikit air. Agak-agak sendirilah...

Masukkan kentang. Teruskan memasak sampai kentang lembut.

Perasakan dengan garam secukupnya.

Padamkan api

Jelatah @ acar timun
Bahan-bahan : Timun, nenas, bawang besar, cili merah, garam, gula dan cuka

Cara- cara : campur kesemua bahan, gaul sebati. Pastikan secukup rasa..


Ayam Madu
Bahan-Bahan : Ayam, cili kisar, bawang besar(potong bulat), gula merah, gula, garam, minyak

Cara-cara : Ayam digoreng sampai masak, ketepikan. Tumis cili kisar, biarkan sehingga cili pecah minyak. Sambil2 tu tu kacaula sekali sekala. Masukkan gula merah (bancuh dengan air, tapis).

Perasakan dengan gula (kalau manis gula merah dah ok, skip part ni)  dan garam secukupnya.

Taburkan dengan hirisan bawang besar.

Padamkan api.

Ayam Goreng
Yang ni tak yah explain lah yerrr... Buat la macam mana pun asal jadi ayam goreng...hehehe...


Isnin, 13 Januari 2014

Coconut Shake

Dah lama buat coconut shake ni, cuma tak tulis entry jerr...

Godek2 dlm folder picture adalah gambar coconut shake yang saya buat tu. 

Resepi pulak dah memang save dalam folder draft. So...tepek kat sini

Ikut resepi kat bawah.

Memang terbaikla...

Buat sendiri boleh minum sepuas hati....hehehe

Posing dalam cup recycle ni saja...

Coconut milk shake
By Shikin
Sumber : Bonda Mawar

Bahan-bahan ( 2 orang )
1 1/2 cawan air kelapa (300ml)
4 sudu besar gula
1/2 cawan aiskrim perasa vanilla
2 sudu besar susu cair
beberapa ketul ais yg kecil
sedikit isi kelapa(dalam 2-3 sudu)

Cara-cara

  • masukkan semua bahan2 ke dalam blender..klu taknak letak aiskrim skali masa blend pn xpe,just add 1 scoop kt atas air yg dh dihidang tu pn leh gak..tp saya suka blend sume skali..terasa berkrim..
  • blend kesemuanya hingga gula betul2 hancur dan air jd berbuih dan berkrim
  • ok sedia dihidangkan..mmg sedap rasa lemak nye..hehe..slmt mencuba

Paprik Ayam

Beraksi dari dalam kuali jerr...

Kalau memasak kat kampung memang cenggini lah gayanya.

Masak-masak terus snap gambar...

Dengan suasana kampung yang redup, gambarnya pun redup jerr.

Apapun nak masuk entry jugak dalam blog ni...hihihi...


Resepi tengok kat sini

Cuma bahan-bahan tu ejas-ejas sendiri ikut apa yang ada kat dapurlah yerr...

Jumaat, 10 Januari 2014

Sambal Belacan Ekspress


Malas punya cerita la ni....

Masuk semua benda dalam blender...prrrr...

Nah dah siap... 


Sambal belacan cair...hehehe


Tom Yam Putih Jenahak

Lauk ulang tayang jer ni...

Dah selalu buat.

Resepi boleh tengok kat sini





Rabu, 8 Januari 2014

Cucur Ikan

Kalau banyak stok ikan dalam peti ais, cuba buat macam ni. 


Cucur Ikan
By Shikin 
Inspired by Ta

Bahan-bahan
4-5 ekor ikan kembung (temenung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu cili kisar
1/2 ulas bawang besar
1 batang cili hidup
Air suam secukupnya 
Garam secukup rasa




Cara-cara membuatnya
  1. Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau sebati.
  3. Pecahkan telur. Kacau lagi.
  4. Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung.
  5. Perisakan dengan garam dan gula.
  6. Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak.
  7. Hidangkan bersama sos yang sesuai.
*kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

Isnin, 6 Januari 2014

Lunch set @ kampung


Menu lunch kat kampung...

Kerang Rebus Cicah Sambal Kicap


Sambal Sardin Dengan Ulam Timun


Petola Goreng Bertelur


Kena dengan suasana kampung memang masyukkkk...


Jumaat, 3 Januari 2014

Nasi Goreng Kampung En. Tahiri

Hehe....beria-ia En. Tahiri suruh saya ambik gambaq nasi goreng yang dia goreng.

Haa...nindia...

Nasi Goreng Kampung air tangan suamiku...

Superb...Mabeles...hehehe

Tapi kalau masuk sayur lagi meriah ekk???


Gulai Daging Kuda

Gambar dah lama ni...posing dalam periuk lagi tu...

Tempek jer kat sini...bagi penuh folder...


Gulai Daging Kuda
By Shikin
Resepi : Mak mertua K.Am

Bahan2

Untuk Tumis :-
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 kuntum bunga lawang
5-6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
1 bungkus rempah kari
15 tangkai cili kering
11/2 inci halia
8-9 ulas bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Lain
1kg tulang/daging/ekor - rebus sampai empuk
11/2 cawan santan
2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih)
Garam secukup rasa
1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak
Minyak untuk menumis

Cara-Cara

  • Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan pula tulang/daing/ekor yg telah direbus dan kentang. Gaul sebati.
  • Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.

Rabu, 1 Januari 2014

Bawal Goreng Panas Dengan Cili Kicap

Kalau hari bekerja, memasak seringkas yang mungkin...

Ini menu yang paling mudah...tetapi best!!!

Hehehe....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini