Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 24 Mac 2014

Cheezy Mayo Lekor-Lekor

Keropok lekor made in terengganu. Saya cuma goreng, kemuadian tuangkan sos dan cheese mayonis. 

Anak- anak kalau nampak mayonis ngan cheese memang abis hati la...berebut-rebut...

Sehingga menjilat jari...


Lepat Pisang

Pisang ~ lepat ... lepat ~ pisang... hihihi...

En. Tahiri request...


Lepat Pisang
by Shikin

Bahan-Bahan
12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap
1 cawan tepung gandum/beras
1 cawan santan 
Sagu biji - rendam sekejap
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/3 cawan

Cara buat
  1. Lecek pisang .
  2. Masukkan santan. Kacau sebati.
  3. Masukkan sagu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.
  5. Ambil dua sudu besar adunan, letak atas daun pisang.
  6. Lipatlah macam lepat pisang yang selalu kita tengok tu. (sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
  7. Atur lepat dalam loyang pengukus.
  8. Kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.

Selasa, 18 Mac 2014

Laksaa...


En. Tahiri request. Daun kesum, bunga kantan siap dia bawa balik daripada kampung lagi. Lagipun dah lama tak buat laksa. Layankan lah...

Laksa Kedah Tanpa Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan


Bahan laksa
Laksa (saya suka guna laksa urat halus)
-
Rebus laksa sampai kembang. Bila laksa cukup kembang angkat dan toskan. Siram dengan air sejuk banyak2 supaya laksa tak melekat-lekat.


Bahan Kuah
1kg ikan kembung/selayang
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
1 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
Asam keping
Garam
Air sejuk


Bahan Tabur
Daun selom/salad
Timun
Bawang besar
Cili padi
Telur rebus
Limau nipis

Cara-Cara
  1. Masukkan ikan, asam keping serta air secukupnya kedalam periuk. Rebus sampai isi ikan masak. Padamkan api. Biarkan sampai air rebusan ikan  sejuk.
  2. Asingkan isi ikan dengan tulang. Blend sampai hancur.
  3. Tulang ikan tadi pun di blend dengan air rebusan "tanpa asam gelugur". Tapis. Pastikan tiada tulang yang termasuk kedalam bahan kisar.
  4. Blend halus cili kering dengan bawang besar.
  5. Masukkan kesemua bahan kisar, daun kesum, bunga kantan dan asam keping secukupnya kedalam periuk. Reneh sampai kesemua bahan masak. Tambah air kalau perlu.
  6. Perasakan dengan garam secukupnya.
  7. Apabila kuah masak, bolehlah dinikmati bersama laksa serta taburan hirisan timun, bawang besar, daun selom/salad, telur rebus dan cili padi.

Kuah laksa lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman. Kalau nak makan petang esok, sediakan kuahnya malam ni.

Khamis, 13 Mac 2014

Cekodok Edisi Hangit

Kononnya nak bagi garing sket...terlajak garing sampai bertukar warnanya...hihihi. Apa-apa pun cekodok hangit habis jugak...


Cekodok @ Jemput-Jemput Pisang
By Shikin

Bahan-bahan
Pisang awak
Tepung gandum
Tepung beras
Garam dan gula
Air secukupnya.


Cara
Lenyek pisang. Masukkan bahan-bahan lain secukupnya. Gaul sebati. Adunan tu aga-agak la. Jangan pekat atau cair sangat. Panaskan minyak. Jemput adunan secukupnya masukkan kedalam kuali. Goreng sampai kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.

Rabu, 12 Mac 2014

Kek Pisang Gebu


Ni pun projek hujung minggu baru-baru ni. Pisang berangan yang tak sampai sesikat tu dah masak ranum sangat. Resepi ni pulak memang dah lama save dalam draft, inilah masanya untuk mencuba..:) 

Alhamdulillah, feedback daripada suami dan anak-anak, diorang suka dengan kek ni.



KEK PISANG GEBU
By Shikin
sumber: izah daut, dapur kaknona

Bahan-bahan:

150 gm pisang
200 gm tepung gandum
160 gm gula kastor
3 biji telur
120ml minyak masak
1 sudu besar ovallate *tak nak bubuh pun tak apa
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
Coklat rice - saya tambah


Cara membuatnya:
1. Panaskan oven suhu 170˚C. Griskan loyang dengan butter dan lapik dengan kertas minyak.
2. Pisang dilecek dan ketepikan.
3. Ayak tepung gandum,baking soda dan baking powder, ketepikan.
4. Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan pisang , esen vanila dan ovallate, putar sekejap.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar sekata.  Masukkan minyak. Gaul sekata.
6. Bakar pada suhu 170˚C sehingga 45minit @ masak.
7. Sejukkan dulu kek di atas redai baru keluarkan dari acuan..Sedia untuk dhidangkan..

Selasa, 11 Mac 2014

Kari Jenahak, Sambal Sotong dan Sayur Campur


Update laju-laju...

Menu lunch hari minggu baru-baru ni. Bz betul. Update pun asyik tertangguh...

1st menu. Kari kepala jenahak. Resepi tengok sini.


2nd menu. Sambal sotong. Resepi amik kat sini.


3rd resepi. Sayur campur. Goreng seperti biasa cuma saya tambah sos tiram sket...








Isnin, 3 Mac 2014

Bebola Kentang Berkeju

Saya lebih suka panggil bebola kentang berkeju sebab impak cheese meleleh tu tak jadi pun. 

Jangan kata ala KFC, sipi-sipi pun x dak kott...hehehe...

Simple sangat cara nak buat (tp simple2 tu pun x jadi ^_^). Bahan pun mudah didapati.

X pe, lain kali bolehlah cuba lagi...



CHEEZY CHEESE BALL ALA KFC
By Shikin
Sumber  : Mak Lang Azie , fb Kak Chak

Bhn
Kentang 3 bj
Tpg gdum
Lada sulah
Garam
Breadcrumb
Telur 2 bj - kocok
Cheddar cheese - potong kiub

Cara
Kentang+garam = rebus hingga empuk, toskan
Lenyek kentang + lada sulah + tpg gdum ( tpg msuk skit2 hingga boleb d kepal)
Leperkan dan sumbat cis dlm doh dan bulat2kan sebesar bola pingpong
Golek dlm bcrumb dan celup dlm telur dan golek lg dlm bcrumb n baru d goreng
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini