Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 25 April 2014

Bengkang Ubi

Berbengkang la pulokkk...tapi tu laaa x berapa nak molek jadi dia...hihihi


BENGKANG UBI
by Shikin

Bahan-bahan

2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkang nanti. 

550ml santan (drpd sebiji kelapa)

1/2cawan tepung gandum 

300gm gula  

Sedikit garam

Pewarna kuning (optional)



Cara Membuatnya

  • Campur kesemua bahan,gaul sebati
  • Tuang adunan kedalam loyang
  • Masukkan ke dalam oven
  • Bakar selama 30-45 minit (sehingga masak)

Selasa, 22 April 2014

Gulai Haruan


Rajin pulak En. Tahiri menjala sehari dua ni. Tapi banyak dapat anak2 ikan jerr.. Ikan haruan ni ada lah 2 ekor. Tu pun yg sedang2 saja.

En. Tahiri minta saya buatkan gulai. Ok...permintaan ditunaikan tapi ada satu syarat...ikan haruan kena lah En. Tahiri yg siangkan...hihihi



Gulai Haruan
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan haruan - siang, potong ikut kesesuaian dan basuh bersih2.
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
1 sdk halba campur
3 sudu besar serbuk cili
2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste)
Air asam jawa
santan - RM1
Air
Garam
Minyak
Bendi
Tomato


Cara-Cara
  • Panaskan minyak. 
  • Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau.
  • Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan. 
  • Masukkan karot. Masak seketika.
  • Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa.
  • Akhir sekali masukkan tomato.
  • Padamkan api. Sedia untuk dihidang.



Isnin, 14 April 2014

Cucur Udang Bendang

Request yang tertangguh sekian lama...udang tu pulak dah dekat2 sebulan chek in dalam esbok. 

Cuma sempat buat cucur sahaja. Kuah, guna lebihan sos nasi ayam yang ntah kurun ke berapa tah...tp still elok la...

Heee...kebizian apa tah...


Cucur Udang My Style
By Shikin

Bahan- Bahan

Untuk Cucur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad + tepung jagung
Udang
Taugeh
Kuchai/Daun Bawang
Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila dibancuh ngan tepung nanti)
Minyak untuk menggoreng

Cara buat
  • Campurkan kedua-dua jenis tepung. Tuangkan air garam. (Guna air suam bertujuan untuk melembutkan cucur)
  • Bancuh sampai tepung sebati dan tidak berketul-ketul. Kepekatan adunan tu boleh agak-agak lah ye. Jangan pekat @ cair sangat. Biar sedang-sedang jer...( Timbuk-timbuk sikit untuk menghilangkan udara dalam tepung)
  • Masukkan udang. Gaul sebati dalam adunan tepung.
  • Masukkan pula taugeh dan kucai/daun bawang. Masa ni tepung tu kaup balikkan pelan-pelan supaya taugeh tak patah-patah atau hancur.
  • Bila semua bahan dah bergaul mesra bolehlah digoreng dalam minyak yang panas dan banyak. 
  • Angkat dan hidangkan bersama kuah kacang, tauhu goreng dan timun.

*kalau cara saya, saya  goreng dengan cara melerek tepung tu di dinding kuali. Bila masak cucur akan jadi leper dan garing.
*Boleh juga dijemput dengan tangan atau pakai sudu. Ikut keselesaan masing-masinglah.

Masak Lemak Ayam Kampung

Lately update blog ni x sempat nak berceloteh bagai. Masa amat mencemburui...datang sapu2 habuk...pas tu balik...hihihi

Ekceli masak lauk ni kemarin.

Oh ya! Ayam kampung masak cenggini mmg feveret En. Tahiri :-)



Masak Lemak Ayam Kampung
By Shikin

Bahan-Bahan
1 ekor ayam kampung - bersihkan, potong ikut kesesuaian
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 inci halia*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
4-5 biji cili merah* (bahan bertanda * blend sampai halus)
4-5 biji cili padi
3 batang serai - dititik
Asam keping
Tomato
1 mangkuk air
Santan - lebih kurang RM1
Garam secukup rasa.


Cara-Cara Membuatnya
  • Masukkan  ayam, serai, asam keping, bahan-bahan yang dikisar beserta air kedalam periuk. Masak dengan api perlahan sampai ayam lembut. Kalau air kering, tambah lagi
  • Masukkan pula santan.  Kacau sentiasa. Api biar perlahan supaya santan tak pecah minyak.
  • Masukkan garam.
  • Biarkan mendidih.
  • Masukkan tomato. 
  • Boleh lah rasa kuahnya. Klau semua dah ok, padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.

Isnin, 7 April 2014

Tomyam Seafood/ Sambal Belacan...untuk hujung minggu...


Tomyam Seafood (Sotong & Udang)
By Shikin

Bahan-Bahannya
Udang dan Sotong (boleh juga gunakan ayam @ daging @ campur semua sekali, tapi better diasingkan.)
3 sudu besar pes tomyam
2 biji bawang besar - hiris bulat. Kalau dapat bawang bombay lagi best sbb rasa dia manis
5 biji cili padi - ketuk2 sket utk mendapatkan rasa pedas yang menyengat
3-4 batang serai - hiris 2,3 secara menyerong
1 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - hiris
3-4 helai daun limau purut - lurutkan daripada batangnya
1 sudu besar susu pekat manis - kali ni x letak
1 batang seleri - hiris
2 biji tomato - potong 4
karot, bunga kobis, putik jagung secukupnya - potong sesuka hati
Perahan limau nipis - ikut kemasaman yang dikehendaki
Air
Garam

Cara Membuatnya
Tuang air dalam periuk, masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, halia, hirisan bawang besar, seleri dan cili padi. Masak sampai mendidih. (Api jangan terlalu kuat. Biar ia mendidih perlahan-lahan)
Masukkan sayur2 yang keras dulu (karot, putik jagung & bunga kobis) Biarkan seketika. Masukkan pula daun limau purut.
Masukkan udang, sotong. Didihkan sekejap.
Masukkan garam secukupnya.
Kemudian masukkan pula tomato.
Akhir sekali tuangkan perahan limau nipis dan masukkan susu pekat manis. Kacau sebati.
Padamkan api. Sedia ubtuk dihidangkan.
Hidangkan panas2 bersama nasi putih dan gandingan lauk pauk yang lain.
Boleh juga dimakan bersama mee, bihun yang telah dicelur


Sambal Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan
6 biji cili merah
5 biji cili padi
1-2 inci belacan
Air asam Jawa
Jus limau nipis/kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa dan jus limau) ke dalam lesung. Tumbuk sampai lumat.
Tambahkan air asam jawa dan jus limau.
Pastikan semuanya cukup rasa.
Bolehlah dicicah bersama-sama ulam-ulaman yang disukai.

Selasa, 1 April 2014

Ikan Masak Kicap



Ikan Masak Kicap
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan
Cili Sos
Kicap
Garam
Gula
Kunyit
Daun Kari
Bawang putih - mayang
Bawang Merah - mayang
Halia - hiris memanjang
Serai - potong serong
Bawang besar - potong bulat
Minyak
Air (jika perlu)

Cara-Cara

  • Basuh ikan bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing) ketepikan.
  • Alih minyak goreng ikan tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj)
  • Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari sampai naik bau.
  • Masukkan sos cili dan kicap secukupnya. Kacau sehingga garing. Kalau sos terlalu pekat masukkan sedikit air.
  • Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
  • Masukkan pula bawang besar. Kaup balikkan. Agak-agak bawang tu dah layu bolehlah padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan...
  • Sebenarnya boleh masukkan bahan-bahan sampingan yang lain lagi. Kalau ada karot, bunga kubis, baby corn @ tomato masukkanlah sekali. Nak pedas sikit, ketuk2 cili api masukkan sama. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini