Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 21 Mei 2014

Maggie Goreng


Sesekali layan megi best jugak. Anak-anak memang tak penah tolak kalau dengan megi ni. Masaklah macam mana pun, gerenti habis. Cuma x boleh lah masak selalu kan megi ni. x baik utk kesihatan.

Kali ni saya buatkan megi goreng simple untuk diorang.

Maggie Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
2 bungkus mee segera - saya guna Indomie (celur sekejap, kemudian toskan)
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
perencah maggie
2 biji telur
Sawi
Tomato
Minyak secukupnya

Cara Membuatnya

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kisar. Kacau.
  • Bili cili dah masak masukkan sos cili, kicap, perencah. Kacau lagi.
  • Kemudian pecahkan telur, kacau rata.
  • Bolehlah masukkan mee yang telah dicelur tadi. Masukkan juga sawi. Kaupbalikkan supaya semua bergaul mesra.
  • Masukkan pula tomato. Gaul sekejap.
  • Pastikan semuanya cukup rasa.
  • Padamkan api. Bolehlah dihidangkan.

Isnin, 19 Mei 2014

Masak Lemak Ikan Tenggiri

Jarang ikan tenggiri bersiaran dalam dapur ummi.  Kalau selalu ikan saya masak kari, tapi kali ni saya buat masak lemak pulak. 

Cara saya buat masak lemak ni simple ja... Semua bahan-bahan dihiris dan saya kurangkan penggunaan cili padi sebab kalau pedas sangat tak sesuai untuk anak-anak.


Masak lemak Ikan Tenggiri
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan tenggiri
2 ulas bawang putih - mayang halus
3 ulas bawang merah - mayang halus
2 tangkai cili merah - hiris kasar
5 biji cili padi - hiris kasar
1 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - hiris
3 batang serai - diketuk
Santan RM2
Air secukupnya
Garam
Asam Keping
Kacang Panjang


Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan (kecuali ikan, santan dan kacang panjang ke dalam periuk).  Hidupkan api. Masak sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan kacang panjang. 
  • Masukkan juga santan.
  • Masak dengan api perlahan. Pastikan selalu dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
  • Pastikan secukup rasa.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 16 Mei 2014

Spaghetti Carbonara

Nak feeling mat saleh sekali-sekala...hihihi

Saya x pernah buat spaghetti sos putih ni.  Biasa buat yang sos merah. So, nak try pulak yang putih ni rasa dia macam mana.

Saya gunakan sos carbonara campbells, senang lah kejenya. Tambah apa-apa yang patut aja. Ni cara saya :- 

Cincang 2 ulas bawang putih, panaskan minyak, tumis bawang putih sampai layu. Masukkan daging ayam cincang. Kacau rata. Kemudian tuangkan sos carbonara. Masukkan cili benggala, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Padamkan api. 

Masa nak menghidang, letakkan spaghetti yang telah dicelur di atas pinggan. Tuangkan sos secukupnya. Hiaslah sesuka hati. Hidangkan...


Khamis, 15 Mei 2014

Teh 3 Layer) @ Teh Cinta

Kat rumah pun boleh minum cam ni...ala2 minum kat cafe ...

Lepas ni boleh try sirap ngan kopi pulak...hihihi


Teh 3 Layer
By Shikin

Bahan-bahan:
300 ml Pati gula melaka/nissan (cara nak menghasilkannya,rebuslah 5 kerek gula melaka ke dalam 300ml air tapis. Kemudian sejukkan)
1 tin Susu cair
Pati teh/Pati Sirap Ros/Pati Kopi (Bancuh dengan air panas kemudian sejukkan_.
Ais

Cara membuatnya:

  1. Tuangkan gula melaka terlebih dahulu. Kemudian isi ais memenuhi gelas
  2. Tuangkan susu cair dengan perlahan ke atas ais
  3. Kemudian diikuti sirap/teh/kopi. Beginilah hasilnya.

SELAMAT MENCUBA

Ahad, 11 Mei 2014

Kerabu Pelam

Beli pelam ni kat nat  Anak Bukit, harumanis kata Siti Herba, penjualnya. Saya beli 2 kilo. Balik kupas, Ya Rabbi...maniiisss amat...

Last-last saya kupas wat kerabu. Yang bakinya gaul garam gula wat jeruk...huhuhu


Kerabu Pelam
By Shikin

Bahan-Bahannya
1 biji pelam - sagat memanjang
1 batang karot - sagat memanjang
1 biji tomato - buang purinya - sagat memanjang
1 sudu kecil sosikan
1 genggam ikan bilis - goreng garing
Cili merah & cili padi secukupnya - dihiris
1 biji bawang besar - hiris nipis
Kacang tanah secukupnya - goreng tanpa minyak, sejukkan, buang kulit kmdn ditumbuk kasar.
Garam gula secukupnya

Cara membuatnya

Masukkan semua bahan (kecuali ikan bilis dan kacang tanah) ke dalam besen. Gaul sebati.

Pastikan semuanya secukup rasa.

Kemudian masukkan ikan bilis goreng dan sebahagian kacang tanah. Gaul lagi.

Letakkan ke dalam pinggan. Tabur lebihan kacang tanah tadi.

Hidangkan.

Kerabu pelam ni elok dimakan segera, kerana kalau dibiarkan lama nanti dia berair...

Kari Sotong

Lari sikit dari kebiasaan...

Saya dapat resepi ni dari fesbuk Teratak Resepi Bonda kalau x silap. Kebetulan pula masa p nat Bukit Pinang nampak orang juai sotong murah. Sekilo 8 ringgit. Saiz sederhana. Terus saya beli.

Hehehe...hajat nak try resepi ni lah...



Resepi Kari Sotong 
By Shikin

Bahan-Bahan


•1 kg sotong-bersihkan, cuci dan toskan
•2 biji tomato, belah 4
•1 keping asam gelugor
•2 sudu besar rempah kari ikan *
•1 sudu besar rempah kari daging *(*di bancuh dngn sedikit air)
•2 sudu besar cili kisar
•2 sudu besar kicap manis jalen
•2 sudu besar sos tiram
•2 sudu besar madu
•Air jika perlu
•Garam dan gula secukup rasa
•Minyak utk menumis

Bahan Hiris dan Tumis

•1 labu bawang besar
•2 ulas bawang putih
• 1 tangkai daun kari, dilurut
•2 batang serai- di ketuk



Cara- Caranya

1.Sotong di bersihkan, cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.

2. Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.

3.Masukkan sotong, asam gelugor, madu sos tiram, kicap dan gaul rata.

4.Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh tutup api dan bolehlah di hidangkan

Rabu, 7 Mei 2014

Waffle Rangup

Akhirnya... 

Homemade waffle by shikin...hihihi... 

Thanks to En.Mydin yang telah menjodokan saya dengan En.Takada. Kehadiran En.Takada telah menceriakan rumah kami.En. Tahiri malah berbesar hati sbb En.Takada telah merealisasikan hasrat kami untuk makan waffle buatan sendirik...hikhik...



Waffle Rangup
By Shikin
Sumber : Reenaonline

Bahan-bahan untuk 2-3 orang makan :
12 sudu besar tepung gandum (bubuh penuh-penuh satu sudu besar macam bukit)

2 sudu kecil yis kering (guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang i bagitau tadi)

1 sudu besar gula

1/2 sudu kecil garam

3 sudu besar mentega yang dicairkan (guna brand Buttercup)

1 cawan susu segar dalam suhu bilik (brand Dutch Lady Full Cream Milk)

1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu,rendam dalam air panas seketika. Jgn lama sgt, kang jadik telur 3 suku plak...

1 sudu besar esen vanila

Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

Cara-caranya :


1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni kena buat anggaran sendiri ok. Boleh letak 1/2 cawan air panas/suam dulu,kmdn tambah sikit-sikit sampai adunan ok.

2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu panaskanlah waffle maker.


3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu.


4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripada waffle maker. (Tips ni!)


5. Kebiasaannya masa untuk buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.

6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle dah masaklah tu.


7. Hidangkanlah waffle korang dengan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat menjamu selera korang :)

Tauhu Telur

Dapat resepi ni daripada facebook sapa ntah. Ni share punya hal la ni. Main share jer sampai x tau owner yang asal. 

Anyway,sharing is caring. Thanks kepada pemilik resepi.Memang mantop!!! Anak-anak pun suka... Jazakumullahu khairan kathira...



~TAUHU TELUR~
By Shikin
  • 4keping tauhu putih
  • 2 tiub tauhu lembut
  • segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnye)
  • 2 bj telur
  • kesemua bahan2 ni di blender sampai lumat ye, kemudian masukkan dlm besen
  • 2bj cabai merah di cincang halus (kalu nak pedas tambah la lg)
  • sedikit daun bawang yg di potong halus2 (nak gune daun sup pon boleh)
  • sedikit serbuk cukup rasa Maggie (saya pakai perencah hilal)
  • tapi kalu tak suka gune serbuk cukup rasa maggie ni pon takpa..buh je garam yer..
  • gaulkan sebati bahan2 ni dgn tauhu yg dah di blender lumat tu yer
  • dah tu bolehlah di kukus dlm 20-30min (masa nak kukus tu terpulang la nak gune loyang ke ,tapawe ke..sya gune loyang tp melekat la..baik gune tapawe lg selamat)
  • biarkan sejuk br di potong (ikut suke kome le nak potong gaye apa yer hihihi)
  • celopkan tauhu yg dah di potong dalm telur yg dah di pukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan..
  • mudahkan..
~selamat mencuba~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini