Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 30 Jun 2014

Jus Kedondong @ Amra

Ada orang panggil kedondong, ada orang panggil amra. Mana-mana panggilan pun buahnya sama.

Pokok kedondong kat depan rumah tengah galak berbuah. Bulan2 puasa ni takkan nak menyicah garam belacan kot. So saya blend buat jus.

Kedondong ni jenis yang kecik jadi saya tak buang biji / empulurnya. 

Resepi hentam keromo...pakai taruk apa yang ada.


Jus Kedondong
By Shikin

Bahan-Bahan
Buah kedondong (basuh bersih2) - Nak guna berapa biji ikut kesesuaian masing2. 
Air
Gula
Asam boi

Cara-Cara
  • Blend buah kedondong, air dan gula sampai halus. 
  • Kemudian tapiskan kedalam satu bekas.
  • Masukkan asam boi secukupnya. Kacau sebati.
  • Pastikan cukup manis masamnya.
  • Tambahkan ketulan ais.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 27 Jun 2014

Maggie Ketam

Ketam ni En. Tahiri beli kat pasar malam petang kemarin...adalah dalam 5 ekor macam tu. Nak menunaikan hajat isteri katanya...hik hik...thanks abang.

Maggie + ketam...Wallah...hihihi



Maggie Ketam
By Shikin

Bahan-Bahannya
3 bungkus Maggie Big Ayam
5 ekor ketam
3 ulas bawang putih
Rempah tumis 4 sekawan
2 sudu besar sambal udang Delichef's (Cosway punya)*
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
2 biji telur
sawi
tomato
garam (jika perlu)



Cara-cara
  • Cuci ketam bersih-bersih. Ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan rempah tumis sampai kekuningan. Masukkan bahan2 bertanda *. Masukkan juga serbuk perisa Maggie. Kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air secukupnya. Kemudian masukkan ketam. Biar mendidih dan ketam masak sempurna.
  • Bila ketam dah masak, alihkan dalam bekas lain sekejap
  • Masukkan mee Maggie ke dalam kuah. Pecahkan telur. Biar seketika.
  • Kemudian masukkan sawi dan tomato. Kacau sebati.
  • Pastikan semua secukup rasa.
  • Padamkan api. Tuang mee Maggie kedalam mangkuk. Letakkan ketam di atasnya. 
  • Hidangkan...

Rabu, 25 Jun 2014

Mee Sanggul Goreng

Menu biasa di dapur saya...



Mee Sanggul Goreng
By Shikin

Bahan2
1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur -
sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna sotong)
sawi, kobis, karot (saya letak sawi)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan
Masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak
Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.
Masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)
Perisakan dengan garam dan gula secukupnya
Pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan. Kacau sebati
Masukkan sawi. Kacau sebentar. Padamkan api.
Media untuk dihidangkan

Selasa, 24 Jun 2014

Taugeh Goreng

Ntah kebizian apa yang melanda, saya hanya mampu masak yang simple2 cam ni je ha...


Taugeh Goreng Kunyit
By Shikin

Bahan-Bahan
Taugeh
Fishball/Fishcake/Tauhu
Bawang Merah
Bawang Putih
Daun Bawang
Cili Merah
Garam & Serbuk Kunyit secukupnya

Cara-Cara
Panaskan Minyak
Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
Masukkan Fishball/Fishcake/Tauhu, kacau perlahan2.
Masukkan pula taugeh, goreng sekejap.
Letak garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Padamkan api.
Letak dalam pinggan. Taburkan daun bawang dan cili merah.


Isnin, 23 Jun 2014

Roti Telur Berkeju


Suke dengan resepi ni. Kalau keju..macam mana pun tak pa. Makan hari-hari pun boleh...hihihi. Bam...bam pun cepat kalau selalu lagu ni.


Roti Telur Berkeju
By Shikin

hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 org )
4 keping roti
1 biji telur
2 keping slice cheese
2 sudu minyak msk


Cara-cara
Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.

Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2.Belah dua.Buat lagi sampai abis.

Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur. dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Takde pun tkpe...kuali biasa jek la... Pastu balik2kan sampai la kekuningan.

Dah siap...mkn la panas2......SeLaMat MenCube..

Jumaat, 20 Jun 2014

Bengkang Tepung Air Tangan Ibu

Bengkang ni mak saya yang buat. Balik-balik keje dah siap ada dalam tapaware. Lepas la untuk minum petang...hehehe. Kena pulak dengan kopi panas.

Memang sedap kalau dapat makan air tangan ibu. Hari-hari pun x pe...


Isnin, 16 Jun 2014

Roti Bakar kacang Phool...

Sesekali tukar breakfast dengan roti pulak. Asyik nasi jer pun jemu jugak...


Resepi boleh tengok kat sini.

Pulut Pelam

Buat pulut pelam ni masa musim harumanis baru2 ni...

First time saya buat utk santapan keluarga...En.Tahiri x penah makan pulut ngan pelam. Saya pula biasala makan masa zaman duk asrama dulu. Tu pun parents kawan2 bawa datang. Kalau kat umah sendiri memang x penah buat.

Saya buat pulut lemak ja...

Pulutnya dikukus macam biasa, kemudian arun dengan santan dan dikukus sekali lagi. Dah masak boleh dihidangkan dengan pelam yang dah dipotong-potong...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini