Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 26 Julai 2014

Tom Yam Jenahak

Jenahak ni lawan dia kari baru best. Tapi dari mula puasa asyik makan kari...muak pula rasanya. En. Tahiri kata masak tom yam aja la... 

Haa...ok..ok...hirup tom yam panas pagi buta terbuka juga selera...


Resepi boleh tengok kat sini

Jumaat, 25 Julai 2014

Kentang Belado

Serius...memang terbuka selera makan nasi panas2 dengan lauk ni. Simple dan sedap. Sahur2 pun makan bertambah2...


Kentang belado
By : Shikin Rahmat
Sumber:Fieza Ahamad (www.facebook.com/bukuresepi)

Bahan2 
5biji kentang
*2biji bawang besar (
*20bji cili padi (xsuke pedas kurangkn)
*Ikan bili sengengam.
Garam
Yg btanda (*) dtumbuk berasingan/blend tp tumbuk lg sedap

Cara2
1.Goreng kentang hga garing angkat
2.goreng ikan bilis dtumbuk garing angkat.
3.tumis bawang dan cili yg dtumbuk td da garing masukkn garam ikan bilis dan kentang. N siap dhidang.

Khamis, 24 Julai 2014

Roti Jala Dengan Serawa Durian


Aduh....lama sungguh x menjala...Sekali nak menjala, jalanya x terbuka. Macam2 rupa dah jadinya. 

Lama2 sekali buat macam tu lah. Habis lari semua skill. Hehehe...

Untuk resepi roti jala saya guna resepi Kak Reenkhan. Mula2 nak guna botol 3 muncung, tapi tah kenapa bila leretkan tepung x berapa nak menjadi. Akhirnya saya guna acuan roti jala biasa je...


ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAM
By Shikin
Sumber : Reenkhan

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum 
1 cawan santan pekat 1 1/2 air 
garam secukup rasa 
2 warna yang berbeza (guna pewarna kuning saja)
1 biji telor 

Cara
  • Blend kesemuanya.
  • Tapiskan adunan supaya tidak berketul2
  • Bahagikan 2 bahagian
  • Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain
  • Masuk kan kedalam botol muncung 3
  • 1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan
  • 1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegak
  • Biarkan roti jala masak
  • Angkat daripada pan. Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing 



Serawa Durian
By Shikin

Bahan-Bahan
Durian 
Santan
Gula
Garam 
Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan)

Cara-Cara
  • Masukkan isi durian kedalam periuk. Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
  • Masukkan gula secukupnya.  Masukkan daun pandan.
  • Masukkan juga secubit garam. Teruskan memasak sehingga semuanya sebati.
  • Rasa kuahnya, kalau cukup lemak dan manisnya padamkan api.
  • Bolehlah dihidangkan.
  • Sedap dicicah dengan roti jala atau roti.


Rabu, 23 Julai 2014

Sup Kepala Jenahak

Selalu ja masak kari...sesekali kena masak dengan cara yang sihat.

Sup ni simple jer...


Sup Kepala Jenahak
By Shikin

Bahan-Bahan
Kepala Jenahak (saya guna sebelah je)
Rempah tumis 4 sekawan
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
10 biji lada hitam* (bahan bertanda * ditumbuk)
Capsicum (merah, hijau, kuning) - hiris memanjang
Cendawan hitam
Suhun
Karot
Bunga kubis
Tomato
Garam
Minyak

Cara
Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk serta rempah tumis. Tumis sampai kekuningan.
Masukkan air secukupnya. Apabila air mendidih, masukkan ikan, karot dan bunga kubis. Renehkan seketika.
Kemudian masukkan cendawan hitam, suhun dan capsicum.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Padamkan api. Masukkan kedalam mangkuk. sebelum dihidangkan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cili Kicap

Saya dapat resepi ni daripada FB. X pasti siapa pemilik asal dia sebab share atas share. Link yang asal pun dah x jumpa.

Resepi dia pun pakai ingat apa yang saya buat. Tu pun nasib baik saya ada ambik gambar step by step.

Apapun terima kasih kepada pemilik asal resepi ni...

Sapa2 yang banyak stok cili boleh lah cuba nanti...

Macam ni cara nak buat dia...

Bahan yang kita nak guna cili padi, dalam segenggam macam tu, bawang besar - 1 labu, bawang putih - 2 ulas. 
(Bawang tu hiris-hiris)


Kemudian goreng semua bahan-bahan sampai layu. Goreng satu per satu yerr...


Masukkan dalam bekas kaca. Kalau x de bekas kaca, masukkanlah ke dalam apa2 bekas pun. Pastikan bekas bertutup.


Kemudian tuangkan kicap lemak manis sampai memenuhi botol. Pastikan semua bahan-bahan terendam dengan kicap tu.


Biar dalam 2,3 hari lepas tu bolehlah di cicah dengan apa2 yang patut. Kena dengan nasi panas waktu bershur memang terbuka selera...

Selasa, 22 Julai 2014

Makaroni Goreng

Makaroni goreng...


Makaroni Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus makaroni 
250gm daging - dicincang 
1 senduk cili kisar
1 tin sos spagethi prego
1 biji bawang besar - potong dadu
1 batang karot - potong dadu/sagat halus
Capsicum ( merah, kuning, hijau)
Garam
Serbuk lada hitam

Cara-cara

  • Rebus makaroni sampai lembut. Angkat daripada periuk. Siramkan dengan air sejuk. Tos dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili masak.
  • Masukkan daging kisar. Gaul sebati. Masukkan pula sos spagethi. Teruskan memasak sampai kuah agak kering (jgn kering sangat).
  • Masukkan karot dan capsicum.
  • Akhir sekali masukkan  makaroni. Tabur garam dan lada hitam secukupnya. Biarkan semua bahan bergaul mesra.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.

Agar-Agar Santan Gula Melaka


Agar-Agar Santan Gula Melaka.
By Shikin

Bahan-Bahan
10g serbuk agar-agar
600ml air
400ml air
200gm gula pasir
Seketul gula melaka
Secubit garam

Cara-Cara
Masak agar-agar dengan air sampai larut.
Kemudian masukkan gula. Tunggu sehingga gula hancur.
Masukkan pula santan dan gula melaka. Biar sampai mendidih. (jaga jangan sampai meruap)
Taburkan secubit garam.
Padamkan api. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam loyang.
Sejukkan. Bolehlah potong sesuka hati semasa nak dihidangkan nanti.

Isnin, 21 Julai 2014

Nasi Ulam Lagi...:-)



Kali ni ulam-ulamannya En. Tahiri ambil drpd kebun kat kampung. Saya lebih suka nasi ulam yang macam ni daripada versi yang racik2 sebelum ni.

Anak-anak pun suka makan sbb x de rasa daun sangat. Sekali pandang dah macam nasi goreng.


Nasi Ulam 
By Shikin

Bahan-Bahan
Nasi 
Ulam-ulaman secukupnya - saya guna daun putat, sekentut dengan enau.
2 batang serai
1 inci lengkuas - agak2lah. Jgn banyak sgt nti rasa pedar.
2 ulas bawang merah
4-5 biji cili padi - kalau dpt cili padi kampung lg best
Kerisik
Garam secukup rasa
Jus limau nipis

Cara-cara
Tumbuk kesemua bahan (jus limau nipis) sampai lumat.
Tuangkan bahan-bahan tumbuk tadi keatas nasi. Perahkan jus limau nipis. 
Gaul sebati kesemua bahan sehingga bergaul mesra.
Sedia dimakan dengan lauk-pauk yang sesuai.

Pelengkap hidangan...

Puyuh Goreng


Jantung pisang goreng dengan udang


Telur masin, timun dan limau nipis.


Keropok ikan.


Coconut Shake

Sedap dan nikmat terasa berbuka dengan coconut shake yang smooth dan dingin macam ni... Segar anak tekak...hihihi

Request En. Tahiri, dah sekian lama barulah tertunai....


Ada banyak resepi yang saya google...tapi saya stick dengan resepi yang satu ni. Memang heaven...

Coconut milk shake
By Shikin
Sumber : Bonda Mawar

Bahan-bahan ( 2 orang ) 
1 1/2 cawan air kelapa (300ml) 
4 sudu besar gula 
1/2 cawan aiskrim perasa vanilla 
2 sudu besar susu cair 
beberapa ketul ais yg kecil 
sedikit isi kelapa(dalam 2-3 sudu) 

Cara-cara 
masukkan semua bahan2 ke dalam blender..klu taknak letak aiskrim skali masa blend pn xpe,just add 1 scoop kt atas air yg dh dihidang tu pn leh gak..tp saya suka blend sume skali..terasa berkrim..
blend kesemuanya hingga gula betul2 hancur dan air jd berbuih dan berkrim
ok sedia dihidangkan..mmg sedap rasa lemak nye..hehe..slmt mencuba

Jumaat, 18 Julai 2014

Kari Daging Rusa

Cuba kari daging rusa pula... Macam biasa saya guna resepi kat bawah ni...


Gulai Daging/Ayam/Tulang
By Shikin
Resepi : Mak mertua K.Am

Bahan2

Untuk Tumis :-
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 kuntum bunga lawang
5-6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar
1 bungkus rempah kari
15 tangkai cili kering
11/2 inci halia
8-9 ulas bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan Lain
Daging
11/2 cawan santan
2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih)
Ubi kentang (potong 4)
Garam secukup rasa
1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak
Minyak untuk menumis
Air
(saya gaul daging, rempah kari & kerisik bersama, kemudian perap sekejap)

Cara-Cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan pula daging dan kentang. Gaul sebati.
  • Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.(Boleh tambahkan air, jika perlu)
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Padamkan api.
  • Sedia untuk dihidang.


Tips dan petua :
Masak dengan api perlahan 

Khamis, 17 Julai 2014

Rabu, 16 Julai 2014

Spaghetti

Spaghetti untuk berbuka puasa...sesekali tu bolehla. Tekak melayu ni nak cari makanan melayu jugak baru rasa nikmatnya berbuka...


Spaghetti
By Shikin

Bahan-Bahan
Spaghetti - rebus sampai lembut. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. ketepikan.
Daging kisar/cincang
Cili kisar
Sos cili
Bawang besar*
Tomato*
Karot*
Capsicum* (*potong dadu)
Sebuk lada hitam
Garam
Sos prego
Minyak

Cara
  • Mula2 panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu. Masukkan daging kisar. Kacau bagi mati air daging tu. 
  • Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai cili garing. Masukkan sos cili dan sos prego. Tambah air sikit kalau perlu.
  • Lepas tu masukkan bahan2 bertanda *. Masak sampai lembut.
  • Taburkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
  • Bila semua dah cukup rasa padamkan api.
  • Hidangkan kuah bersama-sama spaghetti yang telah direbus tadi.

Roti Sosej Berkeju Rangup

Hari tu beli roti sosej macam ni kat bazar Ramadhan, sebiji RM 1.20. X der cheese dalam tu. Beli 2 biji berebut2 anak-anak makan. Ummi ngan abahnya tengok ajela... Budak2 ni dengan sosej memang berantu... So buat sendiri la kalau nak makan puas2...

Dah lama save resepi ni, ambil daripada blog kak Yatie Memories. Simple jer bahan dan caranya, tapi itulah...baru kali ni sempat mencuba.

Apapun, yang ni memang paling laris....


Roti Sosej Berkeju Rangup
By Shikin
Sumber : Yatie Memories

Bahan- Bahan
10 keping roti putih
10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan
10 keping slice cheese
1 biji telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya :
  • Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  • Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej. Kalau takde tak payah letaklah ya.
  • Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  • Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  • Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  • Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  • Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Cucuq Ikan

Rare sekali sekala...goreng cucuq ikan utk berbuka puasa... lapaq-lapaq semuanya rasa sedap. 

Makan cucuq panas-panas sambil cicah sos cili...fuhhh...

Abaikan warna cucur yang berbeza tu...masalah teknikal ajerrr...hihi

Cucur Ikan
By Shikin 
Inspired by Ta

Bahan-bahan
4-5 ekor ikan kembung (temenung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 sudu cili kisar
1/2 ulas bawang besar
1 batang cili hidup
Air suam secukupnya 
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya

  • Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan.
  • Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau sebati.
  • Pecahkan telur. Kacau lagi.
  • Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung.
  • Perisakan dengan garam dan gula.
  • Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak.
  • Hidangkan bersama sos yang sesuai.
*kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

Rabu, 9 Julai 2014

sambal sotong

Sambal sotong biasa-biasa....resepi boleh tengok kat sini


Selasa, 8 Julai 2014

Nasi Ulam


Nasi ulam cara saya...very simple...

Bila sebut nasi ulam, tentulah ulam menjadi bahan utamanya. Ulam yang macam dalam gambar kat bawah ni...


Ulam tu En. Tahiri beli kat nat Tok Jalai baru2 ni. Macam2 jenis ulam yang ada, ada kot dekat 10 jenis.  Adalah satu dua jenis yang saya kenal, macam daun kunyit, daun limau purut, daun kaduk. Setengahnya sampai stak tau nama daun apa..haha.  


Daun yang jenis kecik tu saya tumbuk dengan serai, lengkuas, bawang merah dan cili padi. Manakala daun yg besar sikit saya racikkan halus2.

Bila dah siap di tumbuk, gaul dengan nasi panas. Saya letak juga kerisik sikit. Daun yang dihiris pun gaulkan sekali. Jangan lupa perah limau nipis, bagi rasa masam2 sikit (tp jgn masam sgt yaa...)


Boleh makan nasik ulam ni dengan lauk yang sesuai macam ayam goreng berempah dalam gambar kat atas. Yang ni pun main taram ja rempahnya. Saya tumbuk 3 ulas bawang merah, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Kemudian gaulkan ayam dengan bahan2 tu. Tambah serbuk kunyit dan garam. Lepas tu goreng sampai masak. Masa goreng tu, taburla daun kari untuk mendapatkan aroma yang wangi. 


Pelengkapnya timun dan telur masin. Jangan lupa keropok ikan (kalau ada). Limau nipis tu sebagai tambahan. Kalau nak nasi rasa lebih masam, perahkan.



Isnin, 7 Julai 2014

Agar-Agar Santan Salju

Berbuka dengan agar-agar yang sejuk macam ni memang terasa nikmatnya. Simple tapi mengancam...hihihi


Agar-Agar Santan Salju

By Shikin

Sumber : Yatiememories


Bahan-bahan


Lapisan Bawah

1 sb serbuk agar2

900 ml air biasa

150 gm gula pasir
1 sk esen rose
pewarna merah


Lapisan Atas
1 sudu kecil serbuk agar2
100 ml air biasa
400 ml santan
90 gm gula pasir
1 helai daun pandan

Cara membuatnya.

1. Masak bahan2 lapisan bawah sehingga mendidih. Setelah siap tuang ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.Sementara itu masak bahagian lapisan atas.

2. Dalam periuk, masak 100 ml air tu dan masukkan gula serta daun pandan. Masukkan pula serbuk agar2 dan kacau sebati. Masukkan pula santan dan kacau guna api perlahan dan sehingga mendidih.

3. Setelah siap, cakar2 sikit agar2 lapisan bawah tadi dngn menggunakan pisau, supaya ianya lekat dan tuang adunan atas pula.

4. Setelah siap, biarkan beku dan letak dalam peti ais. Sedap di makan sejuk.


Nasi Goreng Puyuh


Selalu makan nasi goreng puyuh ni kat gerai Iwan Char Kue Teow depan Yawata. 
Kali ni try buat sendiri kat rumah. Resepi sendiri saja. Very simple...

Aiman kata..."sedap Ummi"...

En. Tahiri pulak komen..."kalah Yawata ni"... hahaha... Iyolah tu...

Jom tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara membuatnya...


Nasi Goreng Puyuh
By Shikin

Nasi

Bahan

4 cawan nasi sejuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji telur
sebuk lada hitam
garam
minyak

Cara

Mula2 panaskan minyak.  Bila minyak dah cukup panas tumis bawang putih & bawang merah. Kacaulah bawang tu  sampai kekuningan.

Kemudian pecahkan telur. Gaul rata &cepat2, kalau boleh telur tu jgn masak sangat terus masukkan nasi sejuk. Goreng nasi sekejap.

Kemudian taburkan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
Teruskan menggoreng nasi sampai masak.

Last sekali titikkan perwarna kuning telur. Kaup balikkan nasi supaya warna tu berserak rata.

Padamkan api. Bolehlah hidang nasi goreng ni dengan puyuh goreng, sayur dan keropok.


Sayur Goreng Simple

Bahan

Kacang buncis
Karot
Bawang Holland
Garam/gula
Minyak (semua bahan yang digunakan ikut keperluan masing)

Cara

Panaskan minyak terlebih dahulu. Kemudian tumis bawang holland. Biarkan sampai layu.

Masukkan kacang buncis dan karot. Perasakan dengan garam/gula secukupnya secukupnya.

Teruskan menggoreng sehingga sayur masak sepenuhnya.

Padamkan api. Hidangkan bersama2 nasi goreng tadi.


Puyuh Goreng

Bahan

Puyuh - potong kecil kemudian basuh bersih2 dan toskan.
Serbuk kunyit
Serbuk kari daging
Tepung beras - 1@2 sudu besar
Garam
Minyak

Cara

Gaul puyuh dengan serbuk kunyit, serbuk kari daging dan garam. Perap sekejap.

Sebelum goreng puyuh taburkan tepung beras, gaul rata

Panaskan minyak. Kemudian goreng puyuh (deep fryer) sampai masak dan garing.

Angkat dan toskan minyak.

Hidangkan dengan nasi goreng dan sayur.



Jumaat, 4 Julai 2014

Permata sagu gula melaka.

Hari kelima berpuasa, saya sempat sediakan dessert untuk berbuka. Kali ni Permata Sagu Gula Melaka menjadi pilihan. Lagipun bahan-bahannya nak buat sagu ni memang dah ada kat rumah. 

Saya pernah buat sagu gula melaka  sekali , tapi kali ni guna resepi lain.


Permata Sagu Gula Melaka
By Shikin
Sumber : Raihannavanilla.blogspot

Bahan2 membuatnya:

SAGU MERAH:
1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 titik sirap ros

SAGU HIJAU:
1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
sedikit pewarna hijau
setitik perisa pandan/pes pandan

SANTAN LEMAK MANIS:
3 cawan santan (leh guna dalam kotak juga)
sedikit garam
sedikit daun pandan

SIRAP GULA MELAKA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
sedikit daun pandan

Cara2 membuatnya:



SAGU MERAH:
1. Masak sagu bersama2 air hingga mendidih..
2. Bubuh sedikit sirap dan kacau.
3. Kacau hingga sagu kembang dan hilang semua putih2nya.... (sagu menjadi jernih.... proses ini memang mengambil sedikit masa...Setengah jam pun rasanya boleh sampai... so bersabar tau!!! ) Masukkan gula hanya bila semua sagu tingal sket2 putihnya (kalau korang masukkan gula awal2 pe yang rai perasan... nanti sagu tu lambat nak jadi jernih)...Kacau sebati.Jika sagu masih belum kembang dan air nya telah kering, tambahkan air sedikit demi sedikit... jangan tambah air sekali banyak...

SAGU HIJAU:
1. Masak sagu bersama2 air hingga mendidih..
2. Titikkan sedikit pewarna hijau, perisa pandan dan kacau.
3. Kacau hingga sagu kembang dan hilang semua putih2nya.... (sagu menjadi jernih.... proses ini memang mengambil sedikit masa...Setengah jam pun rasanya boleh sampai... so bersabar tau!!! ) Masukkan gula hanya bila semua sagu dah tinggal sket2 putihnya(kalau korang masukkan gula awal2 pe yang rai perasan... nanti sagu tu lambat nak jadi jernih)...kemudian, kacau sebati.Jika sagu masih belum kembang dan air nya telah kering, tambahkan air sedikit demi sedikit...jangan letak air sekali banyak k.



Masukkan kedua2 sagu tadi ke dalam acuan/bekas.. biarkan ia sejuk dan mengeras.

SANTAN LEMAK MANIS:
1. Didihkan santan. masukkan sedikit daun pandan + garam. kacau sentiasa bagi mengelakkan ia meruap dan berketul2..

2. Tutup api. Tapis, dan sejukkan santan pada suhu bilik.Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

SIRAP GULA MELAKA:
1. Didihkan gula melaka bersama2 air.. Masukkan Daun Pandan. Biarkan semua gula tadi larut dan sedikit likat.

2. Tutup api ,tapis ke dalam bekas lain dan sejukkan pada suhu bilik. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

kemudian boleh la potong sagu tersebut... hias mengikut kreativiti masing2...



sebab sagu saya agak lembut, terlebih air ke apa, saya just cedok dengan sudu dan masukkan kedalam mangkuk


Tuang Sirap Gula Melaka


Pastu tuangkan Pati Santan

Hidangkan.... 

Boleh tambahkan ais ketul sbb sagu ni lebih sedap dinikmati dingin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini