Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 29 Ogos 2014

Serawa Labu

Labu banyak kat rumah sekarang ni. Hasil tuaian kebun En. Tahiri. Bulat2 pulak tu. Nak buat lepat @ kuih koci rasa macam renyah sikit. Paling senang buat serawa aje lah...


Serawa Labu
By Shikin

Bahan-Bahan
Labu - potong2 ikut suka hati
Gula
Santan - perah santan secukupnya. Asingkan pati dengan santan cair
Sagu biji - rendam, rebus sampai kembang. Toskan
Sedikit garam
Daun pandan

Cara-Cara
  • Masak santan cair dengan gula sehingga mendidih ( guna api perlahan)
  • Masukkan labu. Masak lagi. Masukkan juga daun pandan.
  • Tambahkan garam ( fungsi garam adalah untuk membangkitkan lemak santan. Jadi masukkan garam secukupnya)
  • Masukkan sagu biji.
  • Tuangkan pati santan. Masak sampai mendidih. (bila dah masuk pati santan kena berhati2 supaya kuah serawa tidak pecah minyak)
  • Matikan api. 
  • Sedia untuk dihidangkan.


Rabu, 20 Ogos 2014

Agar-Agar Kering


Syawal semakin menghilang, agar-agar pun dah susut dalam balang, baru sempat nak post entry pasal agar-agar kering ni... 

Agar-Agar Kering
By Shikin
Sumber : Buku Resepi Mak



Bahan-bahan
60gm agar-agar strip (agar2 bertali)
500gm gula batu
1kg gula pasir (sukatan gula memang kena banyak, barulah agar-agar kering dengan elok dan menghasilkan kerak-kerak gula disekelilingnya)
2300ml air
1-2 sdt esen ros/banana - saya prefer esen ros 
1-2 sdt pewarna - bergantung kepada jenis pewarna. 



Cara-cara

  1. Masak agar-agar bersama air sampai hancur.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Masak sampai kedua-dua gula hancur dan larut bersama-sama agar-agar.
  3. Tuangkan esen ros secukupnya.
  4. Masukkan pewarna yang disukai. (Pewarna ni kalau lebih sikit pun tak per, sebab proses mengeringkan agar-agar menjadikan tone warna tu semakin cerah)
  5. Tuang ke dalam loyang. Sejukkan.
  6. Apabila agar-agar telah mengeras, potong ikut bentuk yang disukai (saya tuang dalam mould coklat, so agar-agar memang dah ikut bentuk mould tu)
  7. Aturkan dalam dulang yang besar.
  8. Jemur dibawah terik matahari sampai agar-agar betul-betul kering. (Kalau cuaca panas elok proses menjemur ni ambik masa 3-5 hari)

Agar-Agar Susu Gula Nipah


Agar-Agar Susu Gula Nipah
By Shikin

Bahan2
10gm serbuk agar-agar
100gm gula pasir
2 keping gula nipah - patah-patahkan dan masak dengan 100ml air
700ml air
200ml susu cair
1 biji telur
Secubit garam

Cara
Masak agar-agar dan air sampai larut.
Kemudian masukkan gula pasir.  Teruskan memasak sampai gula larut.
Masuukan pula air gula nipah.
Blend susu, telur dan secubit garam. Masukkan kedalam adunan agar-agar.
Apabila mendidih, padamkan api. 
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Sejukkan sebalum dipotong

Isnin, 18 Ogos 2014

Nasi Mandy Ayam Saudi


Cubaan pertama buat sendiri nasi arab Mandy. Saya guna pek instant jenama Albayt. Dalam pek ni dia dah sediakan siap-siap beras basmathi serta rempah tumis & rempah serbuk mandy. Tinggal nak cari ayam dengan bahan-bahan untuk buat sos harrah dan salad arab jer.

Satu pek ni beras dia dalam 450gm macam tu. Kiranya saya masak cukup untuk kami 5 beranak makan sampai ke malam. 

Apapun, memang mudah la guna instant pek macam ni. Just follow instruction...& gerenti jadi. Lepas ni nak cuba pek Nasi Mandy Kambing pulak. Depa kata sedap. Bolehla try buat untuk en. Tahiri...hihi

Nasi Mandy Ayam Saudi
By Shikin

Nasi
450gm  Beras basmathi*
600ml air
Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lumi)*
1 camca besar rempah serbuk mandy* (*ada tersedia dalam pek)
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
2 sudu besar tomato puree - x de stok , guna tomato sos aja.
Sedikit garam

-Rendam beras selama 20 minit atau lebih kemudian toskan.
-Tumis rempah hidup, bawang besar, bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah --serbuk mandy dan tomato puree. Jaga api masa ni. Jangan bahan tumisan sampai hangus pulak.
-Kemudian masukkan air.
-Apabila air mendidih padamkan api. 
-Masukkan beras beserta bahan tumisan kedalam rice cooker. Taburkan garam secukupnya dan letak cili -hijau (x perlu hiris)
-Tanak sehingga nasi masak 80%. Kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan nasi masak seperti biasa.


Ayam Panggang
1 ekor ayam
11/2 sudu besar rempah serbuk mandy
5 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak - saya gunakan minyak zaitun
2 sudu besar tomato puree - saya guna tomato sos ja

-Perapkan ayam dengan kesemua bahan.
-Kemudian panggang ayam dalam oven selama sejam dengan suhu 180c. Balikkan ayam selepas 1/2 jam. - -sya bakar guna pemanggang ajaib.
-Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.


Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
Cili padi
Sedikit daun ketumbar
Garam

- Kisar semua bahan tanpa air




Salad Arab
2 biji tomato*
1 batang timun* (* potong dadu)
1 labu bawang besar - hiris halus
Sedikit daun ketumbar
Garam dan gula
Serbuk lada hitam

-Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.



Jenama yang saya gunakan.

Selasa, 12 Ogos 2014

BBQ Kambing & Daging Rusa

BBQ ni buat malam raya ri tu. Dah jadi rutin pulak kami adik beradik berbbq setiap kali hari raya. Ini tahun ke tiga.

Biasalah saya ni, mana sempat nak update on time... Mesti makan hari, tak pun berminggu2 baru boleh nak masuk dalam blog ni. Layan je lah walaupun semuanya dah selamat masuk kedalam abdomen.

Tapi kali ni lain sikit sebab ada menu baru untuk dibakar iaitu kambing dan daging rusa. Maka saya pun sibuk la menggugel resepi2 yang sesuai utk memerap daging kambing ni. Tak biasa buat, takut tak sedap dan tak termakan pulak. Sayanglah kalau tak habis. Dahlan kambing & rusa harganya boleh tahan jugak...ngee...

Hasil carian saya nampak macam resepi Lina Pg ni senang untuk di follow. Bahan-bahannya pun saya dah ready awal2... Resepinya kat bawah...
Ni jer gambar kambing dan rusa yang sempat di ambil. Posing dalam talam jer..tak sempat nak plating elok2. Maklumlah semua dah tak sabar nak menyantap...
BBQ
By Shikin Rahmat
Sumber : Lina Pg

Bahan-Bahan
4 keping daging kambing - rendam dengan air bancuhan tepung gandunm dalam setengah jam. Basuh bersih2 kemudian perahkan jus lemon biarkan setengah jam. Bilas bersih2 dan bolehlah diperap dengan bahan2 perapan.
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk kasar
Lada sulah / lada hitam / rosemarry / tyme / oregano (herba)
Sedikit olive oil
*Saya tambahkan dengan sos sour plum life dan sedikit perahan lemon dan garam

Cara-Cara
Bersihkan daging kambing dan toskan
  1. Ketuk2 sikit bahagian isi daging kambing supa isinya tidak liat - saya ketuk pakai lesung ja. Ketuk2 manja k.. jgn sampai hancur pulak daging tu...
  2. Lumurkan daging kambing dengan kiub ayam, diikuti dengan herba.
  3. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis
  4. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  5. Perap daging sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama lagi best sebab bahan perapan akan menyerap masuk ke dalam daging.
  6. Bakar daging sampai masak. The best result kalau bakar guna arang. Tapi kalau x de, leh grill atau guna pemanggan ajaib saja.

Selain kambing dan rusa, ada juga ayam kampung, sosej dan stick ketam. Semuanya saya perap dengan bahan yang sama sebelum dibakar. 

Feedback daripada suami dan adik2, resepi ni menepati citarasa semua. Everything sold out malam tu. Alhamdulillah...

Selasa, 5 Ogos 2014

Bandung Cincau



Layan bandung cincau pulak

Tapi tak nampak bandung sangat sebab terlebih tuang sirap...jenuh tuang susu...duk takat tu je lah kaler dia...

Cincau tu pulak saya x cincang macam biasa tapi saya sagat halus2...tu yang nampak meremut tu...


Ikut resepi sendiri, antara bahan2 utama dia, sirap, susu pekat@ cair, air gula, cincau & ais kiub. Bancuhlah sirap bandung sesedap rasa, pas tu tuangkan dalam gelas. Letak cincau dan ais secukupnya...

Nah...dah siap pun...

Isnin, 4 Ogos 2014

Puding Aiskrim Oreo

Ni produk ramadhan baru2 ni. Buat untuk berbuka puasa. Dah lama saya simpan resepi ni. Tapi nak buat macam tak menyempat...haila bz sungguh... Just nak tempek resepi ngan gambar kat sini...




~ Puding Ice Cream Oreo~
By : Shikin
Sumber : Facebook

Bahan2:
25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
1250ml air
1 Tin susu cair
1 cup Gula
1 Sudu teh esen Vanila 
1 Biji telur
1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream)
** apa2 perasa ice cream pun boleh**


Cara membuat:
  • Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
  • kemudian masukkan gula...kacau sebati.
  • Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila 
  • Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....
  • Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...
  • Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini