Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 30 September 2014

Gulai rias batang pisang

Ada orang panggil ni gulai hulu, tapi yang saya duk tengok orang hilir pun suka aih makan gulai ni. Saya x penah buat, makan pun tidak tapi en. Tahiri suka sangat...

Baru2 ni dia bawa balik batang pisang dari kampung. Setelah digodek2 maka terhasillah gulai batang pisang buat pertama kalinya di dapur saya...



Gulai Rias Batang Pisang
By Shikin

Bahan-Bahan
Daging
2 bungkus rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan paste
3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 ulas bawang putih - di mayang halus
11/2 inci halia - hiris memanjang
2 tangkai daun kari - lurutkan
Rempah tumis 4 sekawan
Kerisik
Batang pisang - potong serong rendam dengan air garam
Santan
Garam
Minyak

Cara-Cara

  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari serta rempah tumis. Apabila sudah naik bau masukkan paste rempah kari. Kacau sampai pecah minyak. 
  • Masukkan pula daging. Gaul sebati dengan rempah. Tunggu sampai air daging keluar. Kemudian masukkan pula kerisik. Gaul rata.
  • Masukkan santan secukupnya. Masukkan juga batang pisang. Biarkan sehingga batang pisang masak sepenuhnya.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Padamkan api. Sedia untuk dihidang. 


Khamis, 25 September 2014

Kek coklat Kukus Mudah

Projek segera untuk jamuan mentor mentee baru2 ni. Rasanya ini yang paling mudah.


Sebenarnya dah agak lama tak buat kek. Sampaikan masa bawa keluar bahan2 kek anak2 pun teruja sangat. Tambah2 si Deena dan Nuha, menyanyi2 nak makan kek yang ummi buat. Siap chup nak bawa sorang berapa bekas ke sekolah... Hai la anak...

Kek Coklat Kukus Mudah
by Shikin

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar
1/2 cawan milo
1 sudu kecil nescafe (saya x letak)
3 biji telur


Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
-ayak bersama 2,3x


Cara memasak.
Satukan semua bahan A hingga sebati. (kali ni saya masak dulu kat atas dapur sehingga berkilat)
Masukkan bahan B. Kacau rata.
Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping mudah
1 cawan milo
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan air panas
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek

Rabu, 24 September 2014

Sambal Goreng Dengan Ulam-Ulaman

Sedap makan macam ni. Kata orang mak mentua lalu belakang pun tak perasan dah...hihihi


Sambal Bilis Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
5 biji cili merah 
5 biji cili padi 
4-5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis
1 inci belacan
Asam keping
Sedikit minyak


Cara-Cara

  • Tumbuk cili merah, cili padi bawang merah, bawang putih dan belacan.
  • Masukkan ikan bilis, tumbuk2 kasar.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi. biarkan sampai naik bau.
  • Masukkan sedikit air dan asam keping serta garam dan gula secukupnya.
  • Teruskan memasak sampai pecah minyak.
  • Padamkan api, angkat dan boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman.

Tambah cekur dengan ulam raja hasil tanaman en. Tahiri.

Isnin, 22 September 2014

Apam Nasi


Percubaan kali kedua. Biasa buat dulu, tapi tak jadi. Apamnya bantat.


Kali ni, Alhamdulillah menjadi.


Resepi saya ambik daripada group kat FB Resepi Ringkas. Saya tempekkan pula kat sini ya...


Sebekas untuk tokwan dan to Aiman... :)


Jumaat, 12 September 2014

Laksa

Dah tak ingat bila saya buat laksa ni. Tengok gambar still ader dalam folder, belum publish lagi. Since, x der masak2 yang lain share yang ni pun okay lah ye..



Laksa Kedah Tanpa Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan

Bahan laksa
Laksa

Bahan Kuah
1kg ikan kembung/selayang
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
1 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan - x de stok jadi saya x guna
Asam keping
Garam
Air sejuk

Bahan Tabur
Daun selom/salad
Timun
Bawang besar
Cili padi
Telur rebus
Limau nipis

Cara-Cara
  • Rebus laksa sampai kembang. Bila laksa cukup kembang angkat dan toskan. Siram dengan air sejuk banyak2 supaya laksa tak melekat-lekat.
  • Masukkan ikan, asam keping serta air secukupnya kedalam periuk. Rebus sampai isi ikan masak. Padamkan api. Biarkan sampai air rebusan ikan  sejuk.
  • Asingkan isi ikan dengan tulang. Blend sampai hancur.
  • Tulang ikan tadi pun di blend dengan air rebusan "tanpa asam gelugur". Tapis. Pastikan tiada tulang yang termasuk kedalam bahan kisar.
  • Blend halus cili kering dengan bawang besar.
  • Masukkan kesemua bahan kisar, daun kesum, bunga kantan dan asam keping secukupnya kedalam periuk. Reneh sampai kesemua bahan masak. Tambah air kalau perlu.
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Apabila kuah masak, bolehlah dinikmati bersama laksa serta taburan hirisan timun, bawang besar, daun selom/salad, telur rebus dan cili padi.

*Kuah laksa lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman. Kalau nak makan petang esok, sediakan kuahnya malam ni.

Jumaat, 5 September 2014

Makaroni Bakar


Makaroni Bakar
By Shikin

Bahan2
300gm makaroni - rebus sampai lembut
daging kisar secukupnya
1 biji bawang besar - potong dadu
1 senduk cili kisar
1 cawan sos prego (saya guna yg original punya)
cendawan butang
karot - potong dadu
lada benggala - potong dadu
1 tin susu cair
4 biji telur
keju parut secukupnya
garam
gula 
serbuk lada hitam
mixed herbs
minyak masak 


  
Cara2

  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu.
  • Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak.
  • Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati. Teruskan memasak sampai air ayam kering.
  • Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati.
  • Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala.
  • Tuangkan susu cair dan air.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati.
  • Padamkan api.
  • Masukkan makaroni kedalam loyang
  • Tuang telur yang telah dipukul. Ratakan.
  • Taburkan keju parut. (lagi banyak lagi sedap)
  • Bakar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit @ sampai masak.

Kuey Teow Goreng


Kue Teow Goreng
By Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus kuey teow
Taugeh
Sawi
4 ulas bawang putih
4 sdb cili kisar
1 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
Udang, fishball & fishcake
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak

Cara-Cara

  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan.
  • Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata. Letak garam dan gula secukup rasa.
  • Masak sampai bahan2 tumisan pecah minyak. Kemudian masukkan udang, fishball dan fishcake.
  • Masukkan kue teow dan sawi .Goreng sehingga kue teow berpalut dengan bahan2 tumisan tadi.
  • Masukkan taugeh secukupnya. Gaul sebati.
  • Padamkan api.
  • Letakkan ke dalam pinggan. Hias dengan cili merah, daun bawang, bawang goreng dan telur rebus.
  • Boleh juga dihidangkan bersama2 cili jeruk @ cili kicap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini