Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Mee Tulang Noxxa

Imej
  Stok tulang ada dalam peti ais, baru lepas raya haji kannn... So...kita buat mee tulang lah... Guna resepi yang selalu saya buat...boleh tengok resepinya disini atau disini . Daging dan tulang rebus dengan periuk Noxxa, HP 45 minit kemudian baru tuangkan bahan-bahan yang ditumis.

Nasi Lemuni Best With Noxxa

Imej
Nasi lemuni untuk breakfast baru-baru ni. Kegemaran kami sekeluarga.  Nasi Lemuni  By Shikin  Bahan-Bahan  Nasi  3 pot beras   Santan  Daun lemuni (Blend dengan air dan tapis) Garam  1/2 sdt halba  1/2 sdt lada hitam  1 inci halia - hiris memanjang Cara-cara  Basuh beras bersih2 dan toskan.  Kmdn masukkan kedalam periuk.  Tuang santan dan air perahan daun lemuni  secukupnya (sukatan santan dan air sebanyak 4 pot beras) Masukkan halba, lada hitam, dan halia.  Perasakan dengan garam secukup rasa  Tekan butang HP sebanyak 7 kali. Tekan butang on. Biarkan sampai nasi masak.  Bila masa Hp dah tamat, pusingkan tombol wap ke titik steam. Lepaskan wap sepenuhnya. Tunggu sampai semua wap habis. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi biar sekata. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap Sambal Nasi Lemak By Shikin Bahan 20 tangkai cili kering 1 labu bawang besar Minyak Asam keping Air (jika perlu) Gara

Ketupat Palas & Rendang Ayam Opah

Imej
Menu raya haji baru-baru ni... Ketupat Palas By Shikin Bahan2 1kg beras pulut 250 gm santan / 2 biji kelapa (santan tu agak-agak boleh tenggelam pulut lebih seruas jari) Garam Cara Rendam beras pulut semalaman (kalau pulut susu x payah rendam). Basuh bersih dan toskan. Masak santan dan garam sampai mendidih.  Kemudian masukkan pulut. Kacau sampai santan kering. Balut pulut dengan daun palas (cara balut bole google yer..) Dah siap balut letak dalam periuk. Rebus sampai ketupat betul2 masak - Saya rebus ngan Noxxa. HP dalam 7 minit macam tu... Rendang Ayam Opah By Shikin Sumber : Facebook Bahan2 1 ekor ayam 2 cawan santan 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit diracik halus Minyak untuk menumis Garam & gula secukup rasa Bahan kisar 21 tangkai cili kering 2 labu bawang besar 4 ketul kunyit hidup 1 sudu ketumbar 2 biji buah keras 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas Cara Tumis bahan kis

Rendang Daging Noxxa

Imej
1st try masak rendang daging guna periuk noxxa. Ambik masa tak lama. Lebih kurang 1 jam macam tu. Hasilnya...sangat memuaskan. Daging pun lembut elok ja... Resepi rendang daging yang biasa saya gunakan, cuma cara memasak menggunakan periuk noxxa memudahkan cara memasak. Rendang Daging Noxxa By Shikin Bahan-Bahan 1 kg daging - potong kecil kmdn basuh dan toskan 15 tangkai cili kering* 10 ulas bawang merah* (kisar bahan bertanda * sampai lumat) 5 batang serai - dititik 2 inci lengkuas - diketuk 2 cawan santan pekat 2 cawan santan cair 2 tangkai daun limau purut Sehelai daun kunyit - simpulkan garam secukup rasa Cara Masukkan daging, bahan kisar, serai, lengkuas dan santan ke dalam periuk. Kacau rata. Tutup periuk. Setkan butang HP pada periuk Noxxa selama 30 minit. Alihkan juga tombol tekanan kepada pressure. Tekan On dan biarkan sampai masa tamat.  Setelah masa tamat, alihkan tombol tekanan ke titik steam dan lepaskan wapnya. Buka tudun

Dodol Noxxa

Imej
NOXXA PC...fenomena sungguh. Skrg ni rata-rata org duk cakap pasal noxxa. Saya ni dr x minat sangat (dulu2 la) sampai la terjebak ( dah beli pun hihihi) Ada la beberapa jenis masakan yang saya sempat try guna noxxa .. Setakat ni.. not bad la. Memang mempercepat dan memudahkan urusan memasak. I like it...  Ok yang pertama sekali saya cuba adalah dodol. Macam tak caya pula boleh masak dodol. Tak penah berangan pun sbb dah bayang mcmnlah nak mengacau dodol gaya tradisional tuh. Tapi dengan noxxa, boleh bha kalo kau...hihi Ekceli dodol noxxa ni x la happening sgt macam dodol kekdah tradisional tu..tp bolehla kalo dah teringin sangat nak makan... Nah saya tempek resepi dengan cara masak dodol guna noxxa...(resepi ni saya dapat bersama2 periuk noxxa yang saya beli) Dodol Noxxa By Shikin Bahan 1 cawan tepung pulut 1 sudu besar tepung beras 1/2 cawan gula 1 cawan santan * 1 cawan gula merah * (blend sekali bahan bertanda * kemudian tapis ) 1 helai dau

Daging Goreng Blackpaper

Imej
Daging Goreng Blackpaper By Shikin Bahan: Daging Lada hitam biji-ditumbuk kasar Kicap  Sos tiram (optional - kalau ada lg sedap rasa) Bawang merah, bawang putih, bawang besar secukupnya -kisar halus Cili kisar/ cili sos  Bawang besar - potong bulat Cili merah / cili padi Garam dan gula ikut keperluan Minyak untuk menumis Cara: Rebus daging sampai agak lembut / kering air. Biarkan seketika. Panaskan minyak,  tumiskan bahan kisar sampai garing / naik bau Kemudian masukkan kicap, sos tiram, cili kisar Bila dah pecah minyak, masukkan daging Gaul hingga sebati Masukkan pula lada hitam yang ditumbuk kasar tadi Masukkan garam dan gula secukupnya Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul sebati, agak2 bawang dah masak layu bolehla padamkan api.

Apam Nasi....

Imej
Resepi kat sini ... :) Apam Nasi dah siap dipotong-potong Setelah dikeluarkan daripada acuan Masih dalam acuan

Cornflakes Madu Chef Khairi Mansor

Imej
Yang ni pun win... :). Lepas berbuka anak-anak mesti cari yang ni. Berbaloi buat sbb depa suka makan. Resepi asal viral dalam FB. Saya catatkan pula kat dalam blog ni untuk rujukan masa depan. Corn Flakes Madu Chef Khairi Mansor By Shikin Bahan2 175 gm Butter 100 gm gula kastor 100 gm madu 1 tsp vanilla 2 tbs susu pekat Cara - campur kesemua bahan dan masak menggunakan api yg kecil sehingga gula hancur & berbuih.. - Tuang & gaul rata pd 380gm corn flakes (boleh dicampur dgn kepingan badam & Kismis) - (ketika masih suam) terus di susun atur dalam papercup.. - sejukkan dan simpan dlm bekas yg kedap udara. # sekiranya kurang rapuh, masukkan kedlm oven dgn suhu 100-120C utk 8-10mnt.

Samperit Susu

Imej
Seterusnya biskut samperit susu. Tengok resepi dan bahan ini yang paling mudah. Tapi azab sikit nak menekan kuih tu keluar dari acuan dia...hihihi... Untuk yang bahagian bawah saya guna acuan samperit manakala yang atas warna pink tu guna nozzle aising kek. Hias dengan coklat chip. Resepi boleh tengok kat sini.

Green Peas Cookies aka Mazola Kacang Peas

Imej
Ini biskut kedua yang saya buat tahun ni... dan paling win rasanya. Dah sebalang abis dikudap suami dan anak2. Saya ambik resepi dari blog Izza Akma . Green Peas Cookies aka Mazola Kacang Peas By Shikin Bahan2 120gm tepung kacang peas 180gm tepung gandum 20gm santan serbuk 100gm gula aising 1/8 tsp baking powder 1/4 tsp garam 120gm minyak mazola Hiasan 1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola Cara Sangai sebentar tepung kacang peas. Sejukkan seketika. Campurkan semua bahan, masukkan minyak mazola dan uli sampai sebati. Rehatkan doh 10 minit. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan ( saya timbang doh seberat 7gm setiap satu) Sapu kuning telur di atas biskut. Bakar 160c selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Red Pearl Cookies

Imej
Meh nak update entry tentang biskut raya. Ini biskut raya saya yang pertama tahun ni. Red Pearl Cookies. Dah lama dok mengintai resepi. Banyak blogger masak2 yang share resepi.  Dalam facebook pun mcm dah viral. Tak mo cerita panjangla. Saya nak tempek resepi ngan gambar ye... Red Pearl Cookies By Shikin Sumber : Blog Azlita Masam Manis Bahan2 150gm butter 150gm tepung gandum 75gm gula halus atau gula kastor 60gm cornflakes 50gm coklat cip 25gm almond nibs 1st esen vanila ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang Cara Mula-mula kita satukan butter dan gula. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti. Masukkan tepung dan gaul rata Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata Sudukan atas dulang pembakar Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu Letakkan hi

Mee Goreng Dengan Bengkang Jagung

Imej
Parking resepi dan gambar kat sini. Mee dan bengkang dah selamat masuk ke dalam perut beberapa hari lepas... :) Mee Goreng Tengok resepi di label mee Bengkang Jagung By Shikin Sumber : Jendeladapursuriati.blogspot.com Bahan2 1 cwn gula 1 3/4 cwn tepung gandum 1/4 cwn tepung kastard 1 cwn santan pekat 2 cwn air 2 sudu besar mentega / minyak sapi 1 tin jagung manis ala krim (cream style golden sweet corn) bijan utk hiasan Cara2 Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. gaul sebati. Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega. Panaskan loyang dlm oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180c selama 1jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas bawah.

Cucur Udang Dengan Kuah Kacang

Imej
Resepi boleh skodeng kat sini ya...

Apam Serabai Dengan Serawa Durian

Imej
Testing apam serabai untuk buka puasa baru-baru ni... Selalu beli kat kafe di tempat keja ni 3 seringgit. Kali ni buat sendiri puas la anak-anak makan. Apam Serabai By Shikin  Sumber : https://www.facebook.com/dapurbaru.net Bahan-bahan:  2 cawan tepung beras  ½ cawan nasi  ½ cawan santan  1 ½ cawan air  2 sb gula & sedikit garam  1 sudu yis  Cara :   1) blend smua bhan kecuali yis, masukkan dlm 1 bekas, then masukkan yis n kacau, tutup bekas dan biarkan 2 jam atau sampai ianya berbuih 2) panaskan acuan serabai,sapukan sedikit minyak menggunakan daun pandan yg disimpuldn masukkan kdlm stiap acuan sama paras  3)Tutup dgn penutup periuk,bila ia dah masak,apam serabai td jadi berlubang halus,bleh diangkat,dan jom kita sediakan kuahnya pula  Kuah Manis Apam Serabai :  Bahan-bahan  2 cawan santan gula perang 3 sudu@gula merah  1 ½ sudu sdikit garam  2 sudu tepung gandum(bleh dikurangkan)  Cara : 1) Masukkan semua bahan kacau sampai masak…bleh dihidangkan

Roti Jala, Pengat Durian & Sandwich Simple

Imej
Juadah berbuka puasa kami kelmarin. :) ROTI JALA By Shikin  Sumber : Reenkhan  Bahan-bahan  2 cawan tepung gandum  1 cawan santan pekat  1 1/2 air  garam secukup rasa    2 warna yang berbeza (guna pewarna hijau saja)  1 biji telor  Cara   Blend kesemuanya.  Tapiskan adunan supaya tidak berketul2  Bahagikan 2 bahagian  Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain  Masuk kan kedalam botol muncung 3  1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan  1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegak Biarkan roti jala masak Angkat daripada pan.  Warnakan dengan pewarna hijau Jala seperti biasa dengan acuan roti jala Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing  Pengat Durian By Shikin Bahan-Bahan Durian  Santan  Gula  Garam  Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan)  Cara-Cara  Masukkan isi durian kedalam periuk. Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.  Masuk

Nasi Ayam Penyet

Imej
Menu yang sesuai untuk berbuka puasa Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap By Shikin Bahan-bahan & Cara Membuatnya ( 6 orang ) Bahan2 Untuk Ayam  1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar Serbuk Kunyit ½ sudu besar Serbuk Lada Putih 3 ulas Bawang Putih 1cm Halia Sedikit Air 1 sudu kecil Garam Minyak masak untuk menggoreng. Cara-cara Memasak  Ayam Penyet Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak

Popia Cheese Crab

Imej
Lama tak mengemas blog ni.  Hari ni pun datang sapu-sapu sikit dan nak tinggal resepi Popia Cheese Crab ni...

Steambot ala Johnnys

Imej
Johnnys la sangat...padahal jejak kaki kat Johnnys tu pun tak penah seumur hidup. Tapi bila saya search resepi tentang steambot ni memang nama Johnnys la yang disebut-sebut oleh kebanyakan blogger. Jadi untuk merealisasikan hasrat pertama kali bersteambot di rumah saya sediakan Steambot ala Johnnys untuk keluarga malam tadi. Excited betu...1st time la katakan...hihihi Jom tengok resepi Steambot Ala Johnnys By shikin Sumber : aisyahrania.blogspot BAHAN STEAMBOAT  Combo Steamboat Selection-Tak jumpa yang jenis combo ni kat pasaraya jadi saya beli crab stick, crab ball, sosej cendawan Ayamas,  Cendawan - saya guna cendawan Enoki  Sayur -pilih brokoli dan kobis bunga  Ayam atau Udang -buat stok Telur puyuh - rebus siap2 dan kupas kulitnya Bahan-Bahan Lain Mee kering Kentang goreng  Note: basuh bersih semua bahan, asingkan dalam bekas ikut kategori...  Tengok ke bahan-bahan nampak macam remeh je nak buat, tp bila dah

Lengat Pisang

Imej
Letak gambar ngan resepi pagi-pagi ni. Kejap lagi nak bergegas ke dewan, jaga Exam... Lengat pisang ni antara menu masakan yang menjadi pilihan kat dapur saya. Kegemaran En. Tahiri dan anak-anak... Lengat Pisang  by Shikin   Bahan-Bahan  5 biji pisang abu - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap  1 cawan tepung gandum/beras  1 cawan santan  3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/2 cawan. Cara buat  Lecek pisang (saya blend bersama gula sampai halus)  Masukkan santan. Kacau sebati.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi(sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)  Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.  Sejukkan sebelum dipotong.

Serawa Nangka

Imej
Rezeki nangka sebiji pemberian jiran kpd En. Tahiri.  Saya try buat serawa ni. En. Tahiri kata ok... Sedap! Buat ikut resepi serawa pisang kat sini .

Kari Ikan Nyok-Nyok

Imej
Enterframe sat no... Pelakon berbakat dalam Dapur Ummi...hihihi... En. Tahiri & kari berpisah tiada... Resepi boleh check kat label kari