Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 1 Februari 2015

Mee Tulang

Tak mo la cakap banyak-banyak. tumpang letak gambar & resepi ja...


Mee Tulang 
By Shikin 
Sumber : Nafsiah (My Cousin) 

Bahan & Cara 

Mee 
Mee Kuning celur dalam air panas. Angkat, siram dengan air sejuk dan tos. Ketepikan. 

Kuah 
Tulang (saya guna atr 1kg - 2kg) 
Daging (1/2 - 1kg) 
Cili kering (dlm 15 - 20 tangkai)* 
Bawang Merah (10 - 15 ulas)* 
Bawang Putih (3 - ulas)- *kisar halus 
Tomato sup (1 tin) 
Cili Sos (secukupnya) 
Sayur - sawi, 
karot (disagat ), 
tomato 
Garam dan gula secukupnya 
Air secukupnya 


  • Rebus tulang dan daging. Bila dah cukup empuk keluarkan daging dan tulang. Kikis isi yang ada kat tulang. Manakala daging dihiris nipi. 
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sampai garing dan pecah minyak. 
  • Tuangkan tomato sup dan cili sos. Kacau sebati. Masukkan air rebusan daging. Tambah air ikut kadar yang diperlukan. 
  • Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  • Masukkan sawi, karot dan tomato serta air bancuhan tepung jagung. Biar sampai mendidih. Padamkan api.
  • Tuangkan kuah keatas mee yang telah diletakkan dalam pinggan. Hiaskan dengan bahan2 tabur. Sedia unutk dinikmati. 

Bahan Hiasan 
Fishcake - celur & hiris nipis 
Fishball - celur & hiris nipis 
Tauhu - goreng dan dihiris nipis 
Telur rebus Cili merah - hiris nipis 
Daun sup & daun bawang 
Bawang goreng 
Limau nipis 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini