Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 17 April 2015

Bergedil Ikan Tenggiri

Selalu buat bergedil ayam atau daging kan??? Jom kita try buat bergedil ikan pulak. 

Saya guna ikan tenggiri yang dah lama bersemadi dalam esbok tu. Nak buat masak lain macam tak sedap jer sebab masuk ais. So kita transform dia sikit.

Buat simple2 jer...guna bahan2 mana yang ada.



Bergedil Ikan Tenggiri
By Shikin

Bahan-Bahan
2 ketul ikan tenggiri (ambik isi saja)
1 biji bawang besar
3 biji kentang ( buang kulit, potong baji, goreng sampai masak, kemudian lecek)
1 biji telur
Daun sup & daun bawang
Lada sulah
Garam

Cara :-
Campur semua bahan dalam satu bekas. Gaul sebati
Bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian tekan sikit supaya nampak  leper. Buat sampai habis.
Panaskan minyak secukupnya.
Masukkan bergedil yang telah dibulatkan tadi.
Goreng sampai kekuningan. Jangan lupa balik2kan bergedil.
Angkat dan toskan apabila bergedil telah masak sepenuhnya

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini