Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 20 April 2015

Sambal Hijau Nyok-Nyok

Orang Kedah panggil ikan ni ikan nyoq-nyoq. Tak pasti kat tempat lain panggil apa. Nanti kita gugel tengok ya.



Sambal Hijau Nyok-Nyok
By Shikin 

Bahan-Bahan
2 keping isi ikan nyok-nyok - basuh bersih-bersih. Buh garam kunyit siap2.
6 tangkai cili hijau*
5-10 biji cili padi hijau*
1 ulas bawang besar* (bahan * blend @ tumbuk)
1 keping asam gelugur
Minyak masak
Garam & gula secukupnya

Cara-Cara
Panaskan minyak. Goreng ikan sampai masak. Angkat dan ketepikan dulu.
Tumis bahan-bahan tumbuk. Biar sampai cili cukup masak. Kalau nampak bahan tumisan kering sangat, masukkan air sikit.
Jangan lupa letakkan asam keping.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. kaup balikkan supaya sambal dan ikan mesra sebati.
Sedia untuk dihidang


2 ulasan:

  1. 1st time dgr ikan nyok nyok...hihihihi

    BalasPadam
  2. Kat utara dia panggil nyok2, kat tempat lain x pasti pulak...hihihi...adda org mana?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini