Sudi-Sudi Ikut Saya...

Sabtu, 25 April 2015

Steambot ala Johnnys


Johnnys la sangat...padahal jejak kaki kat Johnnys tu pun tak penah seumur hidup.


Tapi bila saya search resepi tentang steambot ni memang nama Johnnys la yang disebut-sebut oleh kebanyakan blogger.

Jadi untuk merealisasikan hasrat pertama kali bersteambot di rumah saya sediakan Steambot ala Johnnys untuk keluarga malam tadi.

Excited betu...1st time la katakan...hihihi

Jom tengok resepi


Steambot Ala Johnnys
By shikin
Sumber : aisyahrania.blogspot

BAHAN STEAMBOAT 

Combo Steamboat Selection-Tak jumpa yang jenis combo ni kat pasaraya jadi saya beli crab stick, crab ball, sosej cendawan Ayamas, 
Cendawan - saya guna cendawan Enoki 
Sayur -pilih brokoli dan kobis bunga 
Ayam atau Udang -buat stok
Telur puyuh - rebus siap2 dan kupas kulitnya


Bahan-Bahan Lain
Mee kering
Kentang goreng 

Note:
basuh bersih semua bahan, asingkan dalam bekas ikut kategori... 

Tengok ke bahan-bahan nampak macam remeh je nak buat, tp bila dah buat tak lah susah mana pun. Just potong2 then rebus dengan kuah sup dlm periuk steambot/ricecooker 


SUP STEAMBOAT 

Air secukupnya 
Bawang putih 3-4 ulas * dicincang 
2 kiub pati ikan bilis / 2 kiub pati ayam-saya guna kiub pati ayam Maggie 
Tulang dan sedikit isi ayam- supaya kuah tu nanti jadi macam stok.. 
Daun ketumbar-dicincang 
Sedikit garam-kalau kuah dah ok tak perlu garam ... 

Semua bahan-bahan ni direbus terlebih dulu dalam periuk besar dengan air secukupnya. (Boleh tambahkan dengan perencah tomyam untuk rasa masam dan pedas.


Masa nak makan nanti ambik kuah sup panaskan dalam periuk steambot kemudian bolehlah dicelup dengan bahan-bahan steambot tadi. 

Seronok la pulak, makan sambil ngadap dapur kecik atas meja...hihihi. 

Jangan lupa cicah bahan2 steambot ni dengan sos yang dibuat. Resepi sos kat bawah ya...



SOS STEAMBOAT ALA JOHNNYS 
8 tangkai lada merah 
4 ulas bawang putih 
5 sb minyak bijan 
5 sb apple cider * nak pakai cuka biasa pun boleh 
5 sb sos ikan 
2 sb sos tiram 
2 sb kicap 
1/2 cawan air 
1/2 sb sunquick * 
Bijan * disangai 
1 sb tepung jagung * dibancuh dgn sedikit air suam untuk pekatkan sos.. 
Daun ketumbar * racik halus 
Garam dan gula secukup rasa 

CARA :
  1. Kisar lada bersama bawang putih.
  2. Masak atas dapur bersama air, minyak bijan,sos ikan,apple cider @ cuka, kicap,sos tiram.. 
  3. Masak sampai pekat then baru masuk sunquick dan bancuhan tepung jagung ( kalau perlu je ) . 
  4. Perasakan dengan garam n gula masukkan sikit bijan yg dah disangai dengan daun ketumbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini