Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 2 Oktober 2015

Ketupat Palas & Rendang Ayam Opah

Menu raya haji baru-baru ni...


Ketupat Palas
By Shikin

Bahan2
1kg beras pulut
250 gm santan / 2 biji kelapa (santan tu agak-agak boleh tenggelam pulut lebih seruas jari)
Garam

Cara
Rendam beras pulut semalaman (kalau pulut susu x payah rendam). Basuh bersih dan toskan.
Masak santan dan garam sampai mendidih. 
Kemudian masukkan pulut.
Kacau sampai santan kering.
Balut pulut dengan daun palas (cara balut bole google yer..)
Dah siap balut letak dalam periuk.
Rebus sampai ketupat betul2 masak - Saya rebus ngan Noxxa. HP dalam 7 minit macam tu...


Rendang Ayam Opah
By Shikin
Sumber : Facebook

Bahan2
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Bahan kisar
21 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
Masukkan santan dan ayam, gaul rata.
Tutup kuali dengan tudung kukus dan biarkan sebentar. Kecilkan api.
Masukkan kerisik dan kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan daun kunyit. Kacau sebati.
Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini