Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 6 Oktober 2015

Nasi Lemuni Best With Noxxa


Nasi lemuni untuk breakfast baru-baru ni. Kegemaran kami sekeluarga. 



Nasi Lemuni 
By Shikin 
Bahan-Bahan 

Nasi 
3 pot beras  
Santan 
Daun lemuni (Blend dengan air dan tapis)
Garam 
1/2 sdt halba 
1/2 sdt lada hitam 
1 inci halia - hiris memanjang

Cara-cara 
Basuh beras bersih2 dan toskan. 
Kmdn masukkan kedalam periuk. 
Tuang santan dan air perahan daun lemuni  secukupnya (sukatan santan dan air sebanyak 4 pot beras)
Masukkan halba, lada hitam, dan halia. 
Perasakan dengan garam secukup rasa 
Tekan butang HP sebanyak 7 kali. Tekan butang on. Biarkan sampai nasi masak. 
Bila masa Hp dah tamat, pusingkan tombol wap ke titik steam. Lepaskan wap sepenuhnya. Tunggu sampai semua wap habis. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi biar sekata.
Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap



Sambal Nasi Lemak
By Shikin

Bahan
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
Minyak
Asam keping
Air (jika perlu)
Garam dan gula secukupnya

Cara
Blend halus cili kering dengan bawang besar. 
Panaskan minyak. Tumis cili kisar sampai pecah minyak.
Masukkan sedikit air.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan juga asam keping.
Padamkan api apabila sambal dah cukup masak


Telur Rebus


Ikan bilis dan kacang tanah goreng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini