Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 30 Januari 2015

Kerepek Ngaku @ Arrowhead


Kerepek Ngaku
By Shikin

Bahan-Bahan
Ngaku - kupas dan hiris/sagat nipis. Rendam dalam air garam. Kemudian toskan.
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam

Cara-Cara
Panaskan minyak. Masukkan ngaku dan goreng sampai masak.
Angkat dan toskan minyak sampai kering.
Tabur dengan garam secukupnya
Simpan dalam bekas kedap udara.

Khamis, 29 Januari 2015

Spaghetti

Spaghetti cara saya simple macam ni aja. 
Tapi suami dan anak-anak suka. 


Spaghetti 

By Shikin 


Bahan-Bahan 
Spaghetti - rebus sampai lembut. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. ketepikan.
Daging kisar/cincang 
Cili kisar 
Sos cili 
Bawang besar* 
Tomato* 
Karot* 
Capsicum* (*potong dadu) 
Sebuk lada hitam 
Garam 
Sos prego 
Minyak 

Cara 
Mula2 panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu. 
Masukkan daging kisar. 
Kacau bagi mati air daging tu. 
Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis sampai cili garing. 
Masukkan sos cili dan sos prego. Tambah air sikit kalau perlu.
Lepas tu masukkan bahan2 bertanda *. Masak sampai lembut. 
Taburkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya. 
Bila semua dah cukup rasa padamkan api.
Hidangkan kuah bersama-sama spaghetti yang telah direbus tadi.

Rabu, 28 Januari 2015

Kari Ikan Nyok-Nyok


Kari Ikan Nyok-Nyok 
By Shikin

Bahan-Bahan 
Ikan Nyok-Nyok - sederhana besar 
2 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah 
2 tangkai daun kari 
1 sdk halba campur 
3 sudu besar serbuk cili 
2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. Bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) 
Air asam jawa 
santan - RM1 
Air 
Garam
Minyak 
Bendi 
Tomato 

Cara-Cara 
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. 
Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak 
Masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan sedikit air. 
Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan.  
Masukkan bendi. Masak seketika. 
Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa. 
Akhir sekali masukkan tomato. 
Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Sambal Goreng

Menu ulang tayang. 

Tapi feveret en. Tahiri dan saya.

Lauk macam ni pun dah cukup bertambah-tambah nasi...


Sambal Bilis Goreng 
By Shikin 

Bahan-Bahan 
5 biji cili merah
  5 biji cili padi
  4-5 ulas bawang merah
 1 ulas bawang putih
 Sejemput ikan bilis
 1 inci belacan 
Asam keping
 Sedikit minyak 

Cara-Cara 
Tumbuk cili merah, cili padi bawang merah, bawang putih dan belacan. 
Masukkan ikan bilis, tumbuk2 kasar. 
Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk tadi. Biarkan sampai naik bau. 
Masukkan sedikit air dan asam keping serta garam dan gula secukupnya. 
Teruskan memasak sampai pecah minyak.
 Padamkan api, angkat dan boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman. 

Selasa, 27 Januari 2015

Roti Sosej Rangup


Roti Sosej  Rangup 
By Shikin 

Bahan- Bahan 
10 keping roti putih 
10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan 
1 biji telur ~ dipukul
sedikit breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya 
minyak utk menggoreng 



Cara membuatnya :
Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka) 
Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan) 
Gulung dengan kemas. 
Buat hingga habis. 
Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi. 
Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan. 
Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.


Pisang Goreng Cheese



Lamanya tak hapdet blog. Dah bersawang bagai ni ha... 

Tuan rumah terkurang rajin, gini la jadinya

Hari ni nak masuk gambar dan resepi pisang goreng cheese...

Dah lama buat cuma tak sempat nak masuk dalam blog...ngeee

Pisang Goreng Cheese
By Shikin

Bahan2

Pisang
Keju cheddar
Butter
Susu Pekat Manis

Cara2

Goreng macam goreng pisang biasa. Ikut resepi masing2la ye

Bila dah selesai goreng pisang tu, panaskan kuali, cairkan butter, masukkan susu cair dan parutan keju cheddar. Padamkan api.

Gaul bahan tersebut dengan pisang goreng tadi. (buat cepat2 ye)

Angkat. Masukkan dalam pinggan. Tabur dengan parutan keju cheddar dan coklat hiasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini