Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 25 Februari 2015

Coconut Shake


Panas-panas macam ni kalau dapat coconut shake memang tak terkata nikmatnya.  Antara minuman kegemaran saya dan En. Tahiri, tapi tak boleh buat selalu ya... Tinggi sangat kot kalorinya...

Coconut milk shake 
By Shikin 
Sumber : Bonda Mawar 

Bahan-bahan ( 2 orang ) 
1 1/2 cawan air kelapa (300ml) 
4 sudu besar gula 
1/2 cawan aiskrim perasa vanilla 
2 sudu besar susu cair 
beberapa ketul ais yg kecil 
sedikit isi kelapa(dalam 2-3 sudu) 

Cara-cara 
masukkan semua bahan2 ke dalam blender...klu taknak letak aiskrim skali masa blend pn xpe,just add 1 scoop kt atas air yg dh dihidang tu pn leh gak..tp saya suka blend sume skali...terasa berkrim.. blend kesemuanya hingga gula betul2 hancur dan air jd berbuih dan berkrim ok sedia dihidangkan..mmg sedap rasa lemak nye..hehe..slmt mencuba

Selasa, 3 Februari 2015

Paprik Sotong Terlajak Laris


Paprik Sotong 
By Shikin 

Bahan-bahan 
5 ekor sotong - hiris bulat 
2 ulas bawang merah - mayang halus 
1 ulas bawang putih - mayang halus 
1 biji bawang besar - potong bulat 
1 inci halia - hiris memanjang 
3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong 
2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci 
1/2 batang karot - hiris memanjang 
bunga kobis - potong kecil 
3 susu besar sos cili 
1 sudu besar sos tomato 
1 susu besar sos tiram 
3 helai daun limau purut 
Minyak masak 
Garam dan gula secukupnya 
Air (jika perlu) 

Cara 
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. 
  • Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika. 
  • Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air. 
  • Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi.
  • Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  • Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Isnin, 2 Februari 2015

Apam Nasi

Yang tak pernah jemu...huhuhu




Resepi tengok kat sini

Ahad, 1 Februari 2015

Mee Tulang

Tak mo la cakap banyak-banyak. tumpang letak gambar & resepi ja...


Mee Tulang 
By Shikin 
Sumber : Nafsiah (My Cousin) 

Bahan & Cara 

Mee 
Mee Kuning celur dalam air panas. Angkat, siram dengan air sejuk dan tos. Ketepikan. 

Kuah 
Tulang (saya guna atr 1kg - 2kg) 
Daging (1/2 - 1kg) 
Cili kering (dlm 15 - 20 tangkai)* 
Bawang Merah (10 - 15 ulas)* 
Bawang Putih (3 - ulas)- *kisar halus 
Tomato sup (1 tin) 
Cili Sos (secukupnya) 
Sayur - sawi, 
karot (disagat ), 
tomato 
Garam dan gula secukupnya 
Air secukupnya 


  • Rebus tulang dan daging. Bila dah cukup empuk keluarkan daging dan tulang. Kikis isi yang ada kat tulang. Manakala daging dihiris nipi. 
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sampai garing dan pecah minyak. 
  • Tuangkan tomato sup dan cili sos. Kacau sebati. Masukkan air rebusan daging. Tambah air ikut kadar yang diperlukan. 
  • Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  • Masukkan sawi, karot dan tomato serta air bancuhan tepung jagung. Biar sampai mendidih. Padamkan api.
  • Tuangkan kuah keatas mee yang telah diletakkan dalam pinggan. Hiaskan dengan bahan2 tabur. Sedia unutk dinikmati. 

Bahan Hiasan 
Fishcake - celur & hiris nipis 
Fishball - celur & hiris nipis 
Tauhu - goreng dan dihiris nipis 
Telur rebus Cili merah - hiris nipis 
Daun sup & daun bawang 
Bawang goreng 
Limau nipis 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini