Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 25 Mac 2015

Kek Pisang Pemanggang Ajaib

Kek ulang siaran. Dah penah masuk carta dulu. 

Jangan tanya buat bila, sebab kek dah lama hadam.

Mood blogging sangat-sangat ke laut akhir-akhir ni...


Resepi boleh tengok kat sini

Isnin, 16 Mac 2015

Cucur Nasi


Ada nasi lebih kat umah? 

Okay...sila buat cucur macam ni. 

Gerenti habis....

Resepi tengok kat sini ya...

Rabu, 11 Mac 2015

Bihun Goreng....Lai...Lai...Lai...

Tumpang tempek gambar. 

Bihun dah selamat hadam dalam perut. 

Resepi boleh sekodeng kat sini yerrrr....


Isnin, 9 Mac 2015

Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap...Terangkat....


Mak oiii...sedappp...

Kena pisang yang baru masak...ada rasa masam2 sikit...memang makan tak toleh kiri kanan la... Laju je masuk mulut...Lepas sekeping...sekeping...

Pisang tu goreng macam biasa. 

Nak share resepi sambal kicap jer kat sini...

Sambal Kicap
By Shikin

Bahan-Bahan
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
Gula & Kicap secukupnya

Cara-Cara
Tumbuk atau blend semuanya sampai lumat dan sebati.
Bolehlah dicicah dengan pisang, ubi, keladi atau sukun goreng

Khamis, 5 Mac 2015

Cuq Udang Bendang



Cucur Udang My Style 
By Shikin 

Bahan- Bahan Untuk Cucur 
2 cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar  tepung jagung 
Udang 
Taugeh 
Kuchai/Daun Bawang 
Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila dibancuh ngan tepung nanti) 
Minyak untuk menggoreng 

Cara buat 

  • Campurkan kedua-dua jenis tepung. Tuangkan air garam. (Guna air suam bertujuan untuk melembutkan cucur) 
  • Bancuh sampai tepung sebati dan tidak berketul-ketul. Kepekatan adunan tu boleh agak-agak lah ye. Jangan pekat @ cair sangat. Biar sedang-sedang jer...( Timbuk-timbuk sikit untuk menghilangkan udara dalam tepung) 
  • Masukkan udang. Gaul sebati dalam adunan tepung. 
  • Masukkan pula taugeh dan kucai/daun bawang. Masa ni tepung tu kaup balikkan pelan-pelan supaya taugeh tak patah-patah atau hancur. 
  • Bila semua bahan dah bergaul mesra bolehlah digoreng dalam minyak yang panas dan banyak. 
  • Angkat dan hidangkan bersama kuah kacang, tauhu goreng dan timun.(Hari ni cicah ngan sos biasa je)


*kalau cara saya, saya  goreng dengan cara melerek tepung tu di dinding kuali. Bila masak cucur akan jadi leper dan garing. *Boleh juga dijemput dengan tangan atau pakai sudu. Ikut keselesaan masing-masinglah.


Rabu, 4 Mac 2015

Nasi Mandy Ayam Saudi AlBayt

Yang ringkas...yang mudah...yang sedap...

Just follow the instruction kat kotak...insyaAllah gerenti jadi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini