Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 15 September 2015

Dodol Noxxa

NOXXA PC...fenomena sungguh. Skrg ni rata-rata org duk cakap pasal noxxa. Saya ni dr x minat sangat (dulu2 la) sampai la terjebak ( dah beli pun hihihi)

Ada la beberapa jenis masakan yang saya sempat try guna noxxa .. Setakat ni.. not bad la. Memang mempercepat dan memudahkan urusan memasak. I like it... 

Ok yang pertama sekali saya cuba adalah dodol. Macam tak caya pula boleh masak dodol. Tak penah berangan pun sbb dah bayang mcmnlah nak mengacau dodol gaya tradisional tuh. Tapi dengan noxxa, boleh bha kalo kau...hihi

Ekceli dodol noxxa ni x la happening sgt macam dodol kekdah tradisional tu..tp bolehla kalo dah teringin sangat nak makan...

Nah saya tempek resepi dengan cara masak dodol guna noxxa...(resepi ni saya dapat bersama2 periuk noxxa yang saya beli)


Dodol Noxxa
By Shikin

Bahan
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan gula
1 cawan santan *
1 cawan gula merah * (blend sekali bahan bertanda * kemudian tapis )
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara
  1. Blender semua bahan hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk tekanan. Set butang 'steam' selama 4 minit dan halakan tombol atas tudung ke arah 'steam' juga.
  2. Setelah habis 4 minit buka tudung dan kacau cepat-cepat hingga adunan pekat dan likat.
  3. Ulang langkah 2 sebanyak dua kali ( keseluruhan masa memasak adalah 12 minit)
  4. Setelah habis 4 minit terakhir tekan butang off. Buka tudung dan kacau. Kemudian bolehla diangkat dan dihidangkan..
p/s : Daya tahan dodol noxxa ni x la setahan dodol yang dikacau dalam kawah. Tp yang saya buat ni untuk 3 hari tu masih ok. X berkulat. Hari ke empat? Tak sempat masuk hari ke empat sebab semuanya dah selamat masuk dalam perut...hihihi

Jumaat, 11 September 2015

Daging Goreng Blackpaper



Daging Goreng Blackpaper
By Shikin

Bahan:
Daging
Lada hitam biji-ditumbuk kasar
Kicap 
Sos tiram (optional - kalau ada lg sedap rasa)
Bawang merah, bawang putih, bawang besar secukupnya -kisar halus
Cili kisar/ cili sos 
Bawang besar - potong bulat
Cili merah / cili padi
Garam dan gula ikut keperluan
Minyak untuk menumis

Cara:
Rebus daging sampai agak lembut / kering air. Biarkan seketika.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai garing / naik bau
Kemudian masukkan kicap, sos tiram, cili kisar
Bila dah pecah minyak, masukkan daging
Gaul hingga sebati
Masukkan pula lada hitam yang ditumbuk kasar tadi
Masukkan garam dan gula secukupnya
Masukkan bawang besar dan cili merah.
Gaul sebati, agak2 bawang dah masak layu bolehla padamkan api.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini