Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 19 April 2016

Pisang tanduk dan sambal kicap cili kering


Resepi Sambal Kicap Lada Kering

Bahan-bahannya:

10 tangkai lada kering
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
sedikit perasa yang dibenarkan
sedikit garam
3 sudu teh gula pasir
2 biji limau kasturi

Cara membuatnya:

1. Rebus lada kering hingga masak. Kemudian toskan
2. Masukkan semua bahan seperti bawang putih, garam, serbuk perasa, gula , kicap dan kisarkan dengan lada kering tadi.
3. Bila telah sebati, masukkan ke dalam mangkuk.
4. Perahkan limau kasturi untuk menambah perisa.
5. Siap untuk dimakan bersama dengan pisang goreng dan sebagainya.

Bila kita gantikan cili padi dengan lada kering, kita akan dapat rasakan perbezaan rasa pedasnya. Dengan lada kering, rasa pedasnya lebih lembut dan tidak pijar.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini