Fruit Jelly
Try buat fruit jelly ni sempena makan-makan untuk meraikan hari lahir seorang rakan sekerja Kak Ti. Kelmarin genap usianya 40 tahun. Dah masuk 4 series u...he he.. Selamat Hari Lahir Kak Ti. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Idea untuk buat fruit jelly ni saya dapat daripada k.nor@secubit garam, dimana idea asalnya k.nor ambik daripada yaniMyR. Minta izin daripada kedua-duanya untuk share resepi kat sini pulak ye... FRUIT JELLY by shikin sumber Yani MyR Bahan-bahan ( 2 orang ) 2 biji limau- large size 4g serbuk agar-agar 500ml air + jus limau 50g gula secubit garam Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ...