Cornflakes Madu Chef Khairi Mansor
Yang ni pun win... :). Lepas berbuka anak-anak mesti cari yang ni. Berbaloi buat sbb depa suka makan. Resepi asal viral dalam FB. Saya catatkan pula kat dalam blog ni untuk rujukan masa depan. Corn Flakes Madu Chef Khairi Mansor By Shikin Bahan2 175 gm Butter 100 gm gula kastor 100 gm madu 1 tsp vanilla 2 tbs susu pekat Cara - campur kesemua bahan dan masak menggunakan api yg kecil sehingga gula hancur & berbuih.. - Tuang & gaul rata pd 380gm corn flakes (boleh dicampur dgn kepingan badam & Kismis) - (ketika masih suam) terus di susun atur dalam papercup.. - sejukkan dan simpan dlm bekas yg kedap udara. # sekiranya kurang rapuh, masukkan kedlm oven dgn suhu 100-120C utk 8-10mnt.