Bihun Goreng
Bihun goreng ni dimasak untuk makan malam 3,4 hari lepas. Kira resepi tertangguhlah ni yerr... Bihun Goreng By Shikin Bahan-Bahan 1 bungkus bihun - direndam sampai lembut kmdn toskan 3 ulas bawang putih - diketuk 3 sudu besar cili kisar* 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap pekat* ( bahan2 * boleh ditambah @ dikurangkan ikut citarasa masing2) udang & sotong sawi minyak masak Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati. Sekiranya kuah agak kering boleh tambah sedikit air. Masukkan pula udang dan sotong. Kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kmdn masukkan bihun . Kaup balikkan bihun spy sebati dengan bahan tumisan tadi. Teruskan menggoreng sehingga bihun masak dengan sekata. Padamkan api. Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng, hirisan...