Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Sambal Sotong

Imej
Sambal sotong ni memang kegemaran anak-anak, tambah-tambah anak sulung saya Aiman. Aiman ni memang suka segala jenis sambal. Kalau ada sambal laju je dia makan. Siap tambah lagi tu... Sambal Sotong by Shikin Bahan-Bahannya 300gm sotong - bersihkan dan potong ikut suka (kalau sotong kecik tak yah potong ) 15 tangkai cili kering* 1 biji bawang besar* (*blend bersama) 1 biji bawang besar - potong bulat air asam jawa garam dan gula secukupnya sedikit minyak untuk menumis Cara-Cara Membuatnya Campurkan sotong, bahan-bahan blend, garam dan gula dalam satu bekas. Gaul sebati Masukkan juga air asam jawa. Perap bahan tersebut lebih kuran 30 - 45 minit. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yang di potong bulat sehingga layu. Masukkan bahan-bahan yang telah di perap. Masak dengan api yang perlahan sehingga masakan garing dan pecah minyak. Rasa masam, masin dan manisnya. Kalau tak cukup boleh ejas sendiri. Padamkan api. Hidangkan.

Bengkang Roti

Imej
Kalau beli roti kat rumah ni, selalunya tak habis di makan. Jadi terpaksalah umminya modified jadi benda-benda lain pulak.  Kali ni saya modified jadi bengkang roti ...  Resepi daripada emak saya. Biasalah resepi orang lama ni mana ada sukatan sangat, main agak-agak jer. Tapi saya dah cuba sukat bahan-bahan yang saya gunakan untuk membuat bengkang roti tersebut. Hasilnya seperti dibawah : Bengkang Roti by Shikin Bahan-Bahannya 1 buku roti - saya guna roti benggali 2 cawan santan 1 cawan susu cair 1 cawan air 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula secubit garam Cara-Cara Membuatnya Carik-carikkan roti dan rendam lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan roti dan letak ke dalam mangkuk. Masukkan santan, susu cair, gula, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk roti. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul-ketul. Sekiranya adunan agak pekat, tambah sedikit air ( tak perlu habiskan secawan air) Tuang ke dalam loyang. Bakar didalam oven dengan suhu 220c (atau ikut suhu kepana