Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

AYAM MASAK KICAP

Imej
Balik keje, jenguk esbok, nampaklah saki baki ayam dalam suku ekor. Hmmm...buat masak kicap aje lah...  Simple dan mudah. Nak masak pun cepat. AYAM MASAK KICAP by Shikin Bahan-bahannya 4 - 5 ketul ayam (potong kecil-kecil) 2 biji kentang - potong baji 2 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang merah - dimayang 1/2 inci halia - dimayang 1 labu bawang besar -  potong 6 @ 8  1 biji cili merah - dipotong serong (tambah cili padi kalau nak pedas) rempah menumis 4 sekawan - secukupnya 2 sudu makan sos cili 3 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan kicap manis 1 batang lobak merah - potong ikut kesukaan masing-masing Gula secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Cara membuatnya Ayam dan kentang digaul dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan sos dan kicap. Kacau sehingga pecah minyak. Masukk

Kentang Spring

Imej
Buat sekali lagi kentang spring 2 hari lepas. Dapatlah dalam 8 cucuk lidi satay. Tu pun berebut anak-anak makan. Suami pun suka. Lebih puas daripada makan yang dibeli kat pasar-pasar malam tu.  Kentang tu sebelum digoreng, saya salut dengan bancuhan tepung beras, dan sedikit serbuk kari dan garam. Tuang sos ngan mayonis, makan pulak masa panas-panas...Fuhh...memang best.

Bihun Tomyam Simple

Imej
Hidangan ekspress untuk berbuka puasa semalam.  Balik dari keje, intai dalam esbok ada ke tidak barang-barang yang saya pesan suami belikan pagi tadi. hajat hati nak masak bihun tomyam untuk berbuka petang ni. Alhamdulillah, semua barang ada, so mula memasaklah... Masak tomyam paling senang sebab main campak-campak jer. Ringkas tapi rasanya memang berbaloi... Lama tak masak tomyam kat rumah ni, sesekali buat siap menghirup-hirup lah anak-anak dan abah diorang. Ummi pun suka hirup tom yam ni. Jom kita tengok resepi tom yam simple ni... BIHUN TOMYAM SIMPLE by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-Bahannya Bihun secukupnya - celur dalam air panas sehingga lembut Kuah Tom Yam 1/2 kg udang (boleh juga guna ayam,sotong atatu apa-apa bahan yang disukai) 3 batang serai - dititik 1 labu bawang besar dipotong baji 5 biji cili padi - dititik 2 helai daun limau purut - buang tangkainya karot* bunga kubis* baby corn* tomato* (potong mengikut keses

Triffle

Imej
Triffle a.k.a Puding Triple Layer kalau menurut penyumbang resepi ni ( isteri En. Irwan daripada unit Biologi). Ini kali kedua saya buat puding triffle menggunakan resepi beliau. Hasilnya...sangat mengujakan. Puding Triple Layer (Triffle) Bahan-bahannya 2 gulung swissroll/ kek coklat/ kek buah 1 tin fruit coktail 1 tin susu cair 1 tin air 5 sudu makan tepung kastard 5 sudu makan gula 1 kotak Jelly Crystal berperisa Strawberry/Raspberry (masak ikut arahan dalam kotak) Cara membuatnya Potong kek dan susun dalam bekas (kalau letak dalam bekas kaca jernih lagi cantik) Tapis buah-buahan. Jirus air buah atas kek. Campur kastard, gula, susu cair, air dalam periuk. Kacau di atas api yang kecil hingga masak dan berkilat. (saya tambahkan 1 sudu besar serbuk agar-agar) Biarkan beku. Tuangkan jelly yang telah dimasak diatas kastard. (lapik senduk atau sudu sebelum menuang ke atas kasrtad supaya adunan kastard tak pecah) Sejukkan dalam peti ais terlebih dahu

Kentang Spring

Imej
Berjaya juga saya buat sendiri kentang spring macam yang selalu dijual dipasar-pasar malam tu. Lebih sedap dan puas hati lagi. Cuma saya guna perisa original lah sebab dirumah tak de pulak stok perisa bbq, keju atau kari bagai. Tapi bila dah dituang sos dan mayonis atas dia memang licin dikerjakan oleh mak bapak budak-budak berdua tu. Ni lah rupa alat untuk menjadikan kentang tu berbentuk spring. Putar aja... Lepas ni bila anak-anak nak makan kentang spring, buat ajalah sendiri. Tak payah beli lagi. Khasiat dan kebersihannya pun terjamin. Jom pakat buat kentang spring :)

Serunding Ayam

Imej
Tengok isi ayam lebihan soto yang berlambak-lambak dalam peti ais, kepala mula tercongak-congak, apa yang nak dibuat dengan isi ayam yang banyak tu.  Ha...serunding lah. Itu jer yang nampaknya sangat sesuai dengan fizikal ayam yang dah disiat-siat tu. Truly, saya memang tak pernah buat serunding. kalau rendang tu biasalah jugak. Telefon tanya mak, biasalah resepi orang tua-tua. Main agak-agak aja. Haish...tak leh jadi ni Nak juga buat serunding ayam tuh. So, penyelesaiannya apa lagi...gugel aja lah... Dan inilah resepi yang paling atas sekali keluar bila saya tekan search. Belek-belek bahan-bahannya tak lah susah sangat.  Inilah resepi yang menjadi pilihan saya. Serunding Ayam Sumber : Kak Erra @ Myresepi Bahan-bahannya 1kg isi ayam (1 ekor ayam - ambik isi) 1/2 kilo santan 3 genggam ketumbar (rempah biji) 3 genggam jintan kasar (jintan putih) 2cm halia 5 senduk cili kisar (tambah jika nak lebih pedas) 1/2 kg bawang besar 10 ulas bawang put

Soto Raya

Imej
Masak soto untuk acara makan-makan saya adik beradik pada hari raya ke empat. First time buat soto. Itu pun menggunakan rempah ready made yang dibuat oleh ayah kepada ex-student matrik beberapa batch lepas. Rasanya not bad, cuma kalau nak buat lagi nanti bolehlah dilakukan sedikit penambahbaikan.  Oleh kerana rempah soto dah ada, saya cuma menyediakan bahan-bahan sampingan sahajalah.  Jom kita tengok resepi soto saya ni. Soto Raya by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-Bahannya Bahan Utama Bihun - celur dalam air panas, toskan Nasi himpit - rebus, biarkan sejuk dan potong kecil-kecil Bahan Kuah Ayam secukupnya (rebus dan carik halus-halus, ketepikan) Rempah soto Serai - dititik Sup Bunjut Garam dan gula secukup rasa - Ayam direbus sehingga empuk. Angkat dan toskan. - Air bekas rebusan ayam dipanaskan. Masukkan rempah soto, serai dan sup bunjut. - Renehkan. - Rasa garam dan gula - Tuang ke atas bihun atau nasi himpit yang telah d