Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Bengkang Ubi

Imej
Yang ni pun edisi tayang gambar jer. Buat masa cuti sem baru2 ni. Ubi kayu hasil daripada kebun sekangkang kera depan rumah tu. 
En. Tahiri duk gaduh sangat nak buat apa ngan ubi tu, maka saya kata "cabut bawak mai bang, kita buat bengkang."



BENGKANG UBI by Shikin
Bahan-bahan
2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkan nanti. 
550ml santan (drpd sebiji kelapa)
1/2cawan tepung gandum 
300gm gula 
Sedikit garam
Pewarna kuning (optional)
Cara Membuatnya
Campur kesemua bahan,gaul sebatiTuang adunan kedalam loyangMasukkan ke dalam ovenBakar selama 30-45 minit (sehingga masak)

Puding Roti Marble

Imej
Hasil godekan atas dapur beberapa minggu sudah, ttp sbb kesuntukan masa, baru sempat nak update.
Macam biasa, layan ajerlah...


PUDING ROTI MARBLE
By Shikin Sumber : Hana Myresepi
Bahan-bahan ( satu loyang 7x7 ) 4 keping roti  2 biji telur  1/2 cawan susu pekat  170ml susu cair  8gram serbuk agar2  1/2 cawan gula - bleh kurangkn  2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)  31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.  2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara  Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hin…

Jenahak Bersos Plum

Imej
Jenahak Bersos Plum By Shikin

Bahan-Bahan

3 keping isi jenahak - letak garam kunyit dan goreng sampai masak. Kalau boleh jangan garing sangat. 5 ulas bawang merah - mayang halus 3 ulas bawang putih - mayang halus 1 inci halia - hiris memanjang 1 labu bawang besar - hiris 1 biji cili merah - hiris 2 sudu besar cili kisar 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos plum Garam dan gula secukupnya Minyak
Cara-cara Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai kekuningan.Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili garing.Masukkan sos cili dan  sos plum. kacau lagi.Tambahkan pula cili hiris dan bawang besar.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Masukkan isi jenahak yang telh digoreng. Kaup balikkan sehingga semuanya mesra sebati.Padamkan api.Sedia untuk dihidang

Kerabu Pelam

Imej
My taste my style...bahan-bahan apa yang adalah...


Kerabu Pelam By Shikin
Bahan-bahan Sebiji pelam - sagat panjang2 Segenggam ikan bilis - goreng garing. 1 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak. Tumbuk kasar. 1 labu bawang besar - hiris nipis 1 biji cili merah - hiris nipis 3-4 biji cili padi - hiris nipis 1-2 sudu sos ikan Garam dan gula secukupnya
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebatiPastikan semuanya cukup rasa.Hidangkan.

Tomyam Ayam

Imej
Datang mengemas blog yang bersawang ni. Dah lama tak update, rasa mengong sekejap kepala otak ni. Hehehe...


Malas nak berceloteh panjang. Nak tempek jer  gambar-gambar yang dah lama diambil, tapi sebab tak menyempat nak update maka terperam jer dalam kamera tu. 
Tinggal gambar je lah yer...bendanya dah lama hadam dalam perut.

Masak ni dah lama dah. masa cuti hari tu. Ada tomyam ayam, kerabu pelam dengan jenahak bersos plum. Resepi ikut suka sendiri dan menggunakan bahan-bahan yang ada kat dapur. 
Letak jer lah resepi kat sini...

Tomyam Ayam By Shikin
Bahan-Bahan (secukupnya) Ayam - goreng sekejap dengan sedikit minyak/tanpa minyak untuk matikan air ayam Pes Tomyam Serai - hiris/ketuk Bawang Besar - hiris Cili merah / cili padi - hiris/ketuk Daun limau purut Jus limau nipis Air Garam Bunga kobis, karot 
Cara-cara Masukkan ayam, air, pes tomyam, serai, bawang besar cili merah/cili padi kedalam periuk. Hidupkan api. reneh bahan-bahan tersebut secukupnya.Masukkan karot, bungan kobis dan daun limau purut.Per…