Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Dodol Noxxa

Imej
NOXXA PC...fenomena sungguh. Skrg ni rata-rata org duk cakap pasal noxxa. Saya ni dr x minat sangat (dulu2 la) sampai la terjebak ( dah beli pun hihihi) Ada la beberapa jenis masakan yang saya sempat try guna noxxa .. Setakat ni.. not bad la. Memang mempercepat dan memudahkan urusan memasak. I like it...  Ok yang pertama sekali saya cuba adalah dodol. Macam tak caya pula boleh masak dodol. Tak penah berangan pun sbb dah bayang mcmnlah nak mengacau dodol gaya tradisional tuh. Tapi dengan noxxa, boleh bha kalo kau...hihi Ekceli dodol noxxa ni x la happening sgt macam dodol kekdah tradisional tu..tp bolehla kalo dah teringin sangat nak makan... Nah saya tempek resepi dengan cara masak dodol guna noxxa...(resepi ni saya dapat bersama2 periuk noxxa yang saya beli) Dodol Noxxa By Shikin Bahan 1 cawan tepung pulut 1 sudu besar tepung beras 1/2 cawan gula 1 cawan santan * 1 cawan gula merah * (blend sekali bahan bertanda * kemudian tapis ) 1 helai dau

Daging Goreng Blackpaper

Imej
Daging Goreng Blackpaper By Shikin Bahan: Daging Lada hitam biji-ditumbuk kasar Kicap  Sos tiram (optional - kalau ada lg sedap rasa) Bawang merah, bawang putih, bawang besar secukupnya -kisar halus Cili kisar/ cili sos  Bawang besar - potong bulat Cili merah / cili padi Garam dan gula ikut keperluan Minyak untuk menumis Cara: Rebus daging sampai agak lembut / kering air. Biarkan seketika. Panaskan minyak,  tumiskan bahan kisar sampai garing / naik bau Kemudian masukkan kicap, sos tiram, cili kisar Bila dah pecah minyak, masukkan daging Gaul hingga sebati Masukkan pula lada hitam yang ditumbuk kasar tadi Masukkan garam dan gula secukupnya Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul sebati, agak2 bawang dah masak layu bolehla padamkan api.