Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Mee Tulang Noxxa

Imej
Stok tulang ada dalam peti ais, baru lepas raya haji kannn... So...kita buat mee tulang lah...
Guna resepi yang selalu saya buat...boleh tengok resepinya disini atau disini.
Daging dan tulang rebus dengan periuk Noxxa, HP 45 minit kemudian baru tuangkan bahan-bahan yang ditumis.

Nasi Lemuni Best With Noxxa

Imej
Nasi lemuni untuk breakfast baru-baru ni. Kegemaran kami sekeluarga. 


Nasi Lemuni  By Shikin  Bahan-Bahan 
Nasi  3 pot beras   Santan  Daun lemuni (Blend dengan air dan tapis) Garam  1/2 sdt halba  1/2 sdt lada hitam  1 inci halia - hiris memanjang
Cara-cara  Basuh beras bersih2 dan toskan.  Kmdn masukkan kedalam periuk.  Tuang santan dan air perahan daun lemuni  secukupnya (sukatan santan dan air sebanyak 4 pot beras) Masukkan halba, lada hitam, dan halia.  Perasakan dengan garam secukup rasa  Tekan butang HP sebanyak 7 kali. Tekan butang on. Biarkan sampai nasi masak.  Bila masa Hp dah tamat, pusingkan tombol wap ke titik steam. Lepaskan wap sepenuhnya. Tunggu sampai semua wap habis. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi biar sekata. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap


Sambal Nasi Lemak By Shikin
Bahan 20 tangkai cili kering 1 labu bawang besar Minyak Asam keping Air (jika perlu) Garam dan gula secukupnya
Cara Blend halus cili kering dengan bawang besar.  Panaskan minyak. Tumis cili kisar sampai pe…

Ketupat Palas & Rendang Ayam Opah

Imej
Menu raya haji baru-baru ni...

Ketupat Palas By Shikin
Bahan2 1kg beras pulut 250 gm santan / 2 biji kelapa (santan tu agak-agak boleh tenggelam pulut lebih seruas jari) Garam
Cara Rendam beras pulut semalaman (kalau pulut susu x payah rendam). Basuh bersih dan toskan. Masak santan dan garam sampai mendidih.  Kemudian masukkan pulut. Kacau sampai santan kering. Balut pulut dengan daun palas (cara balut bole google yer..) Dah siap balut letak dalam periuk. Rebus sampai ketupat betul2 masak - Saya rebus ngan Noxxa. HP dalam 7 minit macam tu...

Rendang Ayam Opah By Shikin Sumber : Facebook
Bahan2 1 ekor ayam 2 cawan santan 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit diracik halus Minyak untuk menumis Garam & gula secukup rasa
Bahan kisar 21 tangkai cili kering 2 labu bawang besar 4 ketul kunyit hidup 1 sudu ketumbar 2 biji buah keras 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas
Cara Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus dan biarkan sebentar. K…

Rendang Daging Noxxa

Imej
1st try masak rendang daging guna periuk noxxa. Ambik masa tak lama. Lebih kurang 1 jam macam tu. Hasilnya...sangat memuaskan. Daging pun lembut elok ja...
Resepi rendang daging yang biasa saya gunakan, cuma cara memasak menggunakan periuk noxxa memudahkan cara memasak.

Rendang Daging Noxxa By Shikin
Bahan-Bahan 1 kg daging - potong kecil kmdn basuh dan toskan 15 tangkai cili kering* 10 ulas bawang merah* (kisar bahan bertanda * sampai lumat) 5 batang serai - dititik 2 inci lengkuas - diketuk 2 cawan santan pekat 2 cawan santan cair 2 tangkai daun limau purut Sehelai daun kunyit - simpulkan garam secukup rasa
Cara Masukkan daging, bahan kisar, serai, lengkuas dan santan ke dalam periuk. Kacau rata. Tutup periuk. Setkan butang HP pada periuk Noxxa selama 30 minit. Alihkan juga tombol tekanan kepada pressure. Tekan On dan biarkan sampai masa tamat.  Setelah masa tamat, alihkan tombol tekanan ke titik steam dan lepaskan wapnya. Buka tudung periuk. Setkan butang stir fry, masukkan daun limau purut dan daun …