Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Catatan Ummi

Nasi Goreng Kampung En. Tahiri

Imej
Hehe....beria-ia En. Tahiri suruh saya ambik gambaq nasi goreng yang dia goreng. Haa...nindia... Nasi Goreng Kampung air tangan suamiku... Superb...Mabeles...hehehe Tapi kalau masuk sayur lagi meriah ekk???

Lunch Set

Imej
Sup siam, kubis goreng pedas, ulam-ulaman dan sambal bilis goreng serta telur dadar. Kubis goreng pedas Sup Siam Ulam dan sambal bilis goreng Telur dadar. Jom makan...

Biskut Raya 2013

Imej
Salam Aidilfitri 1434H.  Rasa lama tak update blog...sibuk sgt kot ngan urusan sambutan Aidilfitri baru2 ni. Dalam sibuk2 tu sempatlah juga saya buat beberapa jenis biskut. Itupun buat yang paling mudah.  Dalam 3 jenis biskut macam tu.  Biskut-biskut yang menjadi pilihan adalah : Biskut Sarang Semut Biskut Samperit Cornflake Coklat Tgk gambar biskut tu, pakai posing dalam talam aja. Tak sempat dah nak dressing cantik2. Baki biskut pun dah tak banyak mana. Yang pastinya cornflake coklat dah selamat masuk dalam perut...hehehe. Semuanya biskut2 oldies, sengaja nak mengembalikan nostalgia zaman silam. Tayang gambar dulu...lepas2 ni saya masuk resepinya pulak.

Mee Sanggul Goreng dan Apam Beras Kembang Tak Jadi

Imej
Tayang gambar ajelah.  Mee sanggul ni memang sentiasa ada stok di rumah saya. Senang, bila2 nak masak pun boleh. Anak2 pun suka ngan rasa mee sanggul ni. Bila dah digoreng rasa macam maggie pun ada. Proses menggoreng mee seperti biasa. Saya masukkan udang dan sotong serta telur goreng hancur sebagai rencahnya. Saya masukkan juga sawi dan hirisan karot. Manakala apam beras kembang tak jadi ni saya cuma nak tunjuk gambarnya aja. Sebab kejadiannya sangatlah menyedihkan. Dah la ini kali pertama saya cuba buat apam beras.  Nampak macam senang, tp rupa2nya susah juga nak menjadi ye... Dah macam kuih lompang pulak. Saya tabur2 juga kelapa parut.  Adalah 2,3 ketul yang dimakan anak2. Yang lain jadi habuan cik tong....

Review Biskut Raya Tahun2 Lepas

Imej
Dah 3,4 hari dapur maya ni tak berasap.  Biasalah, hujung minggu sibuk kelentang kelentung di ceruk dapur, sambil uruskan anak2 dan rumahtangga. Dah macam lipas kudung gayanya.  Memang la tak sempat nak mengadap laptop. Nak hapdet entry??? Hmmm...lagi la...jgn harap.  Selalunya saya update masa hari bekerja. Lepas klas, sambil2 release tu, bolehlah masukkan resepi yg telah dimasak  dan gambar2nya. Ingat, hari ni pun nak buat macam tulah. Dah...kamera tertinggal kat rumah pulak. Jadi, hari ni saya nak review balik resepi biskut raya tahun2 lepas yang saya penah buat. Raya pun dah dekat kan...   Blossom Pineapple Tart http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2011/08/blossom-pineapple-tarts.html Almond London http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2011/08/almond-london.html Cornflakes Kismis Berkacang http://www.dapur-ummi.blogspot.com/2012/06/cornflakes-kismis-berkacang.html Biskut Bunga Cina http://www.dapur-ummi.bl...

Kue Teow Goreng, Buah Melaka Dan Agar-Agar Santan

Imej
Iftar 12 Macam banyakla pulak hidangan hari ni ekk...  Tp bila tengok betul2, takdelah banyak mana pun. Semuanya serba sepiring. Ekceli hari ni saya ajak mak,abah dan adik saya berbuka dirumah. Oooo...ada tamu yerrr...Tu yang jadi bermata-mata tu... Semuanya yang ringkas-ringkas saja. Itupun rasa dah nak bersilat bagai dah. Hehehe... Alhamdulillah, sempat juga menyediakan juadah tak seberapa ni untuk santapan tetamu yang hadir... Untuk menu berbuka hari ni saya sediakan kue teow goreng, buah melaka dan agar-agar santan.  Letak gambar dulu yerr... Resepinya nanti-nanti...

Bawal Goreng Bercili

Imej
Menu sahur 9 Masak simple jer pg ni.  Adalah anak2 bawal putih 7,8 ekor dalam peti ais tu. Saya cuma goreng garing-garing dan curahkan dengan sambal atasnya.  Gu dengan telur dadar goreng...  Cukuplah tu sebagai alas perut untuk menruskan ibadah puasa...

Dapur, Boleh Jadi Jalan Ke Syurga Untuk Wanita

Imej
Santapan rohani... Nak share satu artikel yg saya dapat drpd inbox email pagi ni. Selamat membaca!  Pinjam dapur Mr. Google japp... Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”. Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka. Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya yang menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya untuk si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah. Maka, betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir b...

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Imej
Semoga Ramadhan ini membawa seribu rahmat dan keberkatan.

Dinner Treat

Imej
Makan malam yang simple, sebab virus M ummi sgt tinggi hari ni. Mujurla ada sandwich patty Ayamas dalam freezer. Tinggal bakar, sapu dengan mayonis dan cili sos. Kemudian tangkup 2 roti tu. Lepas tu apalagi...Ngap la... Alhamdulillah...kenyang suami dan nak2....

Lunch Set

Imej
Menu lunch tengahari tadi. Nasik minyak hujan panas tak jadi hehehe... daging masak ros, daging masak kicap dan jelatah. Nasi Minyak Hujan Panas Daging Masak Kicap   Jelatah   Daging Masak Ros Alhamdulillah...mendapat sambutan seisi keluarga. Anak2 excited la pulak makan nasik kaler2 ni... hehehe Letak gambar dulu yerrr...resepinya nanti-nanti...

Lunch....

Imej
 Lunch tadi.  Siakap 5 rasa ...tu dia aihhh, Tomyam Seafood (Sotong), Cendawan Crispy. Alhamdulillah... Semuanya menepati selera suami dan anak-anak. Resepinya...nanti yerrr....

Menu di hari Jumaat

Imej
Minggu lepas kami habiskan masa di Jitra. Tak balik ke kampung pun. Sebab hari Sabtu Deena terlibat dengan sukaneka, manakala abahnya pula ada acara merentas desa kat sekolah. Dah ada kat rumah hujung-hujung minggu tu bolehlah masak yang special sikit yer ker? untuk keluarga. Menu sajian kami seisi keluarga adalah siakap masam manis, udang goreng tepung,   home made fishball sup dan telur dadar.  Seronok bila tengok suami dengan anak-anak makan berselera sekali tengahari tu. Ya lah, bukan selalu kan ummi masak beria-ia macam ni.. Saya letak gambar dulu, resepinya kemudian ya... Ikut putaran jam : Siakap sweet sour, udang goreng tepung, telur dadar dan home made fishball sup.

Kentang Spring

Imej
Berjaya juga saya buat sendiri kentang spring macam yang selalu dijual dipasar-pasar malam tu. Lebih sedap dan puas hati lagi. Cuma saya guna perisa original lah sebab dirumah tak de pulak stok perisa bbq, keju atau kari bagai. Tapi bila dah dituang sos dan mayonis atas dia memang licin dikerjakan oleh mak bapak budak-budak berdua tu. Ni lah rupa alat untuk menjadikan kentang tu berbentuk spring. Putar aja... Lepas ni bila anak-anak nak makan kentang spring, buat ajalah sendiri. Tak payah beli lagi. Khasiat dan kebersihannya pun terjamin. Jom pakat buat kentang spring :)

Mee Sanggul Lagi..

Imej
Juadah berbuka hari ni. Tak mo cakap banyak. Layan gamber je ekkk...

Ikan Pekasam Goreng

Imej
Hmmm...malam ni goreng ikan pekasam aja. Tambah dengan hirisan bawang besar dan cili kering (kalau dapat cili padi lagi best nih, tapi tak der stok la pulak) . Lauk macam nilah pembuka selera sebenarnya. Tak perlu kari bagai. Yang ni pun jalaaannn... He he  Makan pulak dengan nasik panas-panas, fuh! Shedapnyerrr... Mak mentua lalu belakang pun tak toleh dah. (untuk yang masih ada mak  mentua la...) Terima kasih kepada orang yang bagi pekasam tu. I liiiiiiiiiiiike it....

KUIH LOPES

Imej
Kuih ni bukan saya buat sendiri yerr...Al-kisahnya kuih ni diberi oleh mak kiah (pengasuh) Nuha, masa saya ambik dia petang kelmarin. Basic kuih ni daripada pulut yang dibalut dalam daun pisang kemudian dikukus sampai masak. Lepas tu dipotong dan digaul dalam kelapa parut. Kira kuih tradisional ni.. Sebelum makan, tuangkan air gula merah ke atasnya. Dengan rasa lemak pulut dan kelapa, campur rasa manis dari gula merah, memang sedap sangat rasanya. Dari seketul bertambah ke dua, tiga. Ralit makan. Tak pernah buat lagi ni. Nantilah kalau berkesempatan saya nak cuba buat...

Sambal Tempe Dengan Ikan Bilis

Imej
Tempe ni beli kat pasar malam hari tu. Saya suka beli yang ni sebab dia balut dengan daun pisang. Selalu beli yang dalam plastik tu rasa dia lain sikit. Yang ni kalau kita goreng, dia akan jadi garing. Makan macam tu saja pun sedap. Macam biasa lah, kalau buat sambal tempe mesti campur dengan ikan bilis goreng. Baru 'kick' rasa dia. Aiman cukup suka kalau saya buat sambal macam ni. Makan bertambah-tambah. Tak kira pedas dah. Abah dia lagi la suka. Memang feveret kami anak-beranak. He he... licin. Tak sempat simpan untuk esok pun.

Tenggiri in Chilie Paste

Imej
Wah..wah...main speaking meaking plak noh... He he saja la nak bagi gempaq sikit. Iya-iya bila baca tajuk, padahal menu biasa-biasa jer.. Sebenarnya nak cerita pasal sambal tumis ikan tenggiri yang saya masak untuk hidangan tengahari kelmarin.  Ikan tenggiri ni dibeli oleh ayah mentua saya di pekan sehari Gulau. Tanya suami nak buat masak apa. Dia kata ikut suka mu lah... So, kalo ikut suka saya,  goreng dan masuk dalam sambal pun sedap... Senang keja...he he Inilah hasilnya... Digandingkan dengan sayur bayam masak lemak...hmmm..sodap weih...

Nasi Goreng nenas

Imej
Nasi goreng ni menu untuk breakfast pagi sabtu. Nasi goreng kampung yang sedikit pedas digandingkan dengan hirisan nenas madu. Hmm...mabeles, dengan rasa pedasnya, masin dan masam.  Gu dengan  ikan sepat ronggeng, memang terangkat... Ikan sepat ni suami beli di pasar malam hari Khamis baru-baru ni. Digoreng garing. Rasanya crunchy dan tidak terlalu masin. Siap boleh ratah lagi. Macam makan keropok.