Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Telur

Tauhu Telur

Imej
Dapat resepi ni daripada facebook sapa ntah. Ni share punya hal la ni. Main share jer sampai x tau owner yang asal.  Anyway,sharing is caring. Thanks kepada pemilik resepi.Memang mantop!!! Anak-anak pun suka... Jazakumullahu khairan kathira... ~TAUHU TELUR~ By Shikin 4keping tauhu putih 2 tiub tauhu lembut segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnye) 2 bj telur kesemua bahan2 ni di blender sampai lumat ye, kemudian masukkan dlm besen 2bj cabai merah di cincang halus (kalu nak pedas tambah la lg) sedikit daun bawang yg di potong halus2 (nak gune daun sup pon boleh) sedikit serbuk cukup rasa Maggie (saya pakai perencah hilal) tapi kalu tak suka gune serbuk cukup rasa maggie ni pon takpa..buh je garam yer.. gaulkan sebati bahan2 ni dgn tauhu yg dah di blender lumat tu yer dah tu bolehlah di kukus dlm 20-30min (masa nak kukus tu terpulang la nak gune loyang ke ,tapawe ke..sya gune loyang tp melekat la..baik gune tapawe lg selamat) biar...

Lunch Set

Imej
Sup siam, kubis goreng pedas, ulam-ulaman dan sambal bilis goreng serta telur dadar. Kubis goreng pedas Sup Siam Ulam dan sambal bilis goreng Telur dadar. Jom makan...

Roti Bakar Special

Imej
Suka pulak anak-anak bila saya bakar roti style macam ni. Teruja sungguh... 4 set roti habis dimakan tanpa berbaki sikitpun...  Sesekali kena trick mcm ni... Anak-anak pun seronok nak menikmati sarapan  Roti Bakar By Shikin Bahan-Bahan Roti Gardernia Telur Mentega/marjerin Mayonis Garam Serbuk lada hitam Cara-cara Ambil sekeping roti. Sapukan sebelahnya dengan marjerin/mentega dan mayonis disebelah yang satu lagi. Letakkan roti yang bersapu mentega atas tray/dulang pembakar. (Bhgn mayonis disebelah atas) Ambik sekeping lagi roti, sapukan mentega. Potong bulat ditengah-tengahnya. Tangkupkan roti tersebut dengan bahagian yang bersapu mayonis. (utk roti lapisan ke2 bhgn bersapu mentega disebelah atas.) Manakala roti yang dipotong bulat letakkan ditepi dulang. Masukkan tray roti kedalam ketuhar yang telah dipanaskan. Pecahkan telur. Tuang ke atas roti yang telah dilubangkan tadi. Taburkan dengan garam dan lada hitam. Bakar den...

Sup Telur Jerrr...

Imej
Hari-hari bekerja, masak pun ringkas-ringkas. Cepat dan mudah dimasak. Main campak-campak jerrr...  Sup Telur Dengan Kentang By Shikin Bahan-Bahan 5 biji telur 2 biji kentang# 1 batang karot# (bahan # dipotong dadu) 3 biji bawang merah* 2 biji bawang puting* 1/2 inci halia* 1/2 sudu kecil lada hitam* (bahan * ditumbuk lumat) 1 kiub pati ayam garam secukup rasa air minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 tumbuk sehingga kekiningan dan naik bau. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan kiub pati ayam. Kemudian masukkan kentang dan karot. Biarkan seketika. Perlahankan sedikit api. Pecahkan telur (dalam mangkuk)  kemudian tuangkan kedalam periuk sup tadi. Buat sebiji-sebiji sampai kesemua telur habis. Perasakan sup dengan garam secukupnya Reneh sup sampai telur, kentang dan karot masak. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Telur Bistik

Imej
Telur Bistik By Shikin Bahan-Bahan 4 biji telur 1 biji bawang besar 1 cawan cili sos 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram timun nenas garam dan gula secukup rasa minyak Cara2  Pukul telur dengan garam. Panaskan minyak, goreng telur sampai masak. Angkat dan ketepikan. (minyak biar betul2 panas. semasa menggoreng telur, tutup kuali dengan tudung periuk supaya telur kembang dengan cantik) Tumis bawang besar sampai layu Masukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak.  Masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air. Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika. Padamkan api. Curahkan kuah keatas telur dadar tadi. Sedap dimakan ketika masih panas.

Simple Breakfast

Imej
Aiman minta saya gorengkan nasi untuk dia pagi2 tadi.  Tapi sebab tak der nasi sejuk yang nak digoreng, saya cuma buatkan sandwich telur untuk dia. Just a simple sandwich, tapi Aiman makan dengan berselera dan tersenyum lebar. Saya tau dia suka sandwich yang saya buat tu. Siap tapau lagi sebagai bekal ke sekolah. Nak makan dengan kawan-kawan katanya... Deena pun bila tengok saya sediakan sandwich, cepat-cepat mandi dan bersiap. Nak makan roti telur yang ummi buat katanya... Hurrmmm...suka bila tengok sandwich yang simple tu hilang sekelip mata... Benarkan air tangan ibu pengikat kasih nsyang anak-anak. Simple macam mana pun kalau ibu yang masak, pasti sedap di mulut anak-anak. Bak kata Aiman dan Deena : No 1 yang masak paling sedap...Ummi, No 2...abah (he he ...abah pun masuk list yer...walaupun cuma masak nasi, goreng ikan dan telur saja...) Sandwich Telur By shikin Bahan-Bahan Roti Putih  2 biji telur Serbuk lada hitam/ lada sulah...

Roti Telur

Imej
Edisi makan malam yang sangat ringkas. Sebab abah, ummi dan anak-anak dah makan banyak siang tadi, so malam ni cuma makan roti telur aje yer... Apapun hidangan yang disediakan habis licin sekelip mata. He he... Roti Telur by Shikin Bahan-Bahan 4 - 6 keping roti ( potong empat dan disapu mentega kedua-dua bahagian) 2 biji telur sedikit lada hitam sedikit garam Cara-Caranya Pukul telur bersama-sama garam dan lada hitam. Celup roti kedalam bancuhan telur.  Goreng di atas kuali / pan sehingga masak Angkat dan hidangkan dengan sos.

Parpu Telur

Imej
Makan dengan nasi putih dan sambal ikan bilis . Fuhh!! Terangkat...  Parpu Telur by Shikin Bahan-Bahannya 5 biji telur ( boleh guna telur itik atau telur ayam ) Segenggam kacang dhal atau kacang parpu ( rendam 1 - 2 jam. kalau tak rendam pun tak per) 2 ulas bawang putih 4 cawan santan  (daripada 1/2 biji kelapa) Garam secukup rasa 1 sudu teh serbuk kunyit Sedikit minyak ( lebih kurang 1 sudu makan) Cara Membuatnya Basuh kacang parpu. Toskan. Isi air dalam periuk. Masukkan kacang parpu, hirisan bawang putih, serbuk kunyit dan minyak masak . Rebus sampai kacang kembang. Masukkan santan. Perlahankan api. Biar kuahnya mendidih. Pecahkan telur satu persatu dan masukkan ke dalam periuk. (Pastikan api perlahan). Biarkan telur masak. Perasakan dengan garam. Padamkan api. Curahkan dengan bahan-bahan tumis darat. Tutup periuk serta merta. (supaya bau tumisan tidak hilang) Bahan-bahan tumis darat. 4-5 ulas bawang merah - dimayang halus 3 tangkai cili kering - potong lebih k...

Telur Bistik

Imej
Hidangan ringkas. Biasa order kat kedai. Hari ni try buat sendiri. Hmm...sedap. Tak berapa pedas. Anak-anak pun suka. Telur Bistik by Shikin Bahan-Bahan 2 biji telur 1/2 biji bawang besar - dipotong dadu garam secukupnya Pukul telur, masukkan bawang besar dan garam.  Goreng dadar, masukkan kedalam pinggan  dan ketepikan. Untuk kuah 2 ulas bawang putih - dicincang 1/2 biji bawang besar - potong dadu 1 biji cili merah - dihiris daun bawang - dihiris 3 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram lobak merah - potong dadu 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air kubis bunga -potong kecil minyak untuk menumis garam dan gula secukupnya panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu masukkan semua jenis sos, gaul sebati sehingga pecah minyak masukkan lobak merah dan bunga kubis. tuang bancuhan tepung jagung perisakan dengan garam dan gula curahkan ke atas telur yang telah digoreng tabur daun bawang dan cili merah...

Lauk simple...

Imej
Masak simple-simple jer petang ni. Bukannya apa, sampai rumah pun dah dekat pukul 6. Bukannya boleh terus ke dapur. Nak kena urus diri dulu, mandi sembahyang. kena juga ada masa untuk ulik anak-anak. Paling awal pukul 6.30 baru boleh masuk dapur. Dengan masa yang terhad memang lauk-lauk simple yang mudah dimasak menjadi pilihan. Jenguk dalam kabinet nampaklah tin sardin ni. Sardin pun ok gak apa. Sedap dimakan bersama nasi. Menu saya petang ni sardine masak kicap dan juga telur dadar bermayonis. Alhamdulillah, suami dan anak-anak makan dengan berselera sekali .  Macam tu lah selalunya, kalau hari berkerja memang saya akan usaha untuk memasak, walaupun yang sesimple mungkin. Kerana saya percaya air tangan isteri/ummi adalah pengikat kasih suami dan anak-anak. Layan gambar kat bawah... Sardine masak kicap Telur Dadar Bermayonis Jenama sardine yang saya gunakan...keluaran bumiputera

Makan-makan Hari Jumaat

Imej
Hari Jumaat lepas sempatlah masak-masak serba ringkas kat rumah. Hari khamis sebelumnya saya dan suami ke pasar malam dekat rumah.  Masa tengah pilih-pilih lauk suami menunjuk ke arah ikan siakap. Hmmm...tau dah mesti nak suruh masak 'sweet sour' ni. Kami beli dua ekor ikan siakap sederhana besar. Hajat dihati nak ajak tokwan dan tok makan kat rumah. Ni la hasilnya yang tak seberapa... telur gulung tom yam seafood siakap sweet sour