Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Kari Ikan Bawal Emas

Imej
Beli ikan ni kat Tesco. En Tahiri minta saya buatkan kari. Hidangan untuk tengahari kelmarin.  Kari Kepala Ikan By Shikin Bahan-Bahan Ikan Bawal - sederhana besar 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 tangkai daun kari 1 sdk halba campur 3 sudu besar serbuk cili 2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) Air asam jawa santan - RM1 Air Garam Minyak Bendi Tomato Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak Masukkan santan. Kacau sebati. Masukkan sedikit air. Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan.  Masukkan bendi. Masak seketika. Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Nasi Ayam dihujung minggu

Imej
Nasi ayam, menu hari Sabtu baru-baru.  Since menghabiskan hujung minggu kat rumah sendiri minggu ni boleh la masa lain daripada biasa. Hehehe... Nasi Ayam My Mom Recipe by Shikin Bahan-Bahan Bahan Nasi 4 cawan beras 6 cawan @ secukupnya air rebusan ayam  5 ulas bawang merah - ditumbuk 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk 3 batang serai - diketuk 1 kiub pati ayam  Rempah tumis 3 sekawan (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis) Sedikit mentega & minyak sapi @ minyak masak Cara memasak nasi  Basuh beras bersih2 dan toskan.  Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk, serai dan rempah menumis sampai naik bau.  Masukkan beras, goreng seketika.  Alihkan beras kedalam periuk, tuangkan air rebusan ayam.  Masukkan juga kiub pati ayam (hancurkan dulu) garam dan gula secukupnya.  Masak nasi seperti biasa  *kali ni saya tak tumis, just masak nasi macam biasa. Bahan Ayam 1 ekor ayam (boleh potong kecil @ biar s

Paprik Udang

Imej
Paprik Udang By Shikin Bahan-bahan Udang - bersihkan 2 ulas bawang merah - mayang halus 1 ulas bawang putih - mayang halus 1 biji bawang besar - potong bulat 1 inci halia - hiris memanjang 3-4 tangkai cili padi - ketuk2 @ potong meyerong 2 batang kacang panjang - potong 11/2 inci 1/2 batang karot - hiris memanjang bunga kobis - potong kecil 3 susu besar sos cili  1 sudu besar sos tomato  1 susu besar sos tiram 3 helai daun limau purut Minyak masak Garam dan gula secukupnya Air (jika perlu) Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan kesemua jenis sos. Kacau seketika. Masukkan sotong serta kesemua sayuran. Kacau lagi. Kalau agak kering boleh tambah sedikit air. Kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili padi serta daun limau purut. kacau lagi. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Ayam Masak Kicap

Imej
Lauk biasa-biasa jerrr...but my kids feveret... Ayam Masak Kicap By Shikin Bahan-Bahan Ayam - potong kecil Cili Sos Kicap Garam Gula Kunyit Bawang putih - mayang Bawang Merah - mayang Halia - hiris memanjang Serai - potong serong Bawang besar - potong bulat Minyak Air (jika perlu) Cara-Cara Basuh ayam bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing)ketepikan. Alih minyak goreng ayam tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj) Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau. Masukkan sos cili dan kicap secukupnya. Kacau sehingga garing. Kalau sos terlalu pekat masukkan sedikit air. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Masukkan pula bawang besar. Kaup balikkan. Agak-agak bawang tu dah layu bolehlah padamkan api. Sedia untuk dihidangkan... Sebenarnya boleh masukkan bahan-bahan sampingan yang lain lagi. Kalau ada karot, bunga kubis, b

Bawal Masak Sos

Imej
Menu Ulang tayang lagikkk... Bawal Masak Sos By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan bawal 4 ulas bawang putih 1 biji bawang besar - dadu 3 sdb cili kisar 3 sdb sos cili 1 sdb sos tomato Nenas, timun - potong kiub Garam dan gula secukup rasa Cara-Cara Basuh ikan bersih2. Bubuh garam kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sampai masak. Angkat. Letak dalam pinggan. Ketepikan sekejap. Untuk sos, panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar, kacau sekejap.  Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Masak sampai pecah minyak. Masukkan sedikit air (biar berkuah sikit). Masukkan pula nenas dan timun. Biarkan sekejap. Letak garam dan gula secukupnya. Padamkan api. Curah kuah ke atas ikan bawal yang telah di goreng tadi. Hidangkan panas2.

Kari Kepala Jenahak

Imej
  Feberet En. Tahiri...  Always teratas dalam senarai ikan yang menjadi pilihan untuk dimasak kari.  Setakat ni belum tergugat kedudukannya dengan kehadiran ikan-ikan lain...hehehe Kari Kepala Ikan By Shikin Bahan-Bahan Kepala ikan - sederhana besar 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 tangkai daun kari 1 sdk halba campur 3 sudu besar serbuk cili 2 bgks rempah kari (Campur serbuk cili dan serbuk kari. bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) Air asam jawa santan - RM1 Air Garam Minyak Bendi Tomato Cara-Cara Panaskan minyak.  Tumis bawang putih, bawang merah daun kari dan halba campur sampai naik bau. Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak Masukkan santan. Kacau sebati. Apabila mendidih bolehlah masukkan ikan.  Masukkan karot. Masak seketika. Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa. Akhir sekali masukkan tomato

Mee Kuah

Imej
Mee Kuah By Shikin Bahan & Cara Mee Mee Kuning Celur dalam air panas.  Angkat, siram dengan air sejuk dan tos. Ketepikan. Kuah Sotong  Cili kering (dlm 15 - 20 tangkai)* Bawang Merah (10 - 15 ulas)* Bawang Putih (3 - ulas)- *kisar halus  Tomato sup (1 tin) Cili Sos (secukupnya) Fishcakes hiris nipis Sayur - sawi, karot(disagat ), tomato Garam dan gula secukupnya Air secukupnya Rebus sotong sampai masak. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sampai garing dan pecah minyak. Tuangkan tomato sup dan cili sos. Kacau sebati. Masukkan sotong yang telah direbus tadi. Tambah air ikut kadar yang diperlukan. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan fishcake.  Masukkan sawi, karot dan tomato serta air bancuhan tepung jagung. Biar sampai mendidih. Tuangkan kuah keatas mee yang telah diletakkan dalam pinggan. Hiaskan dengan bahan2 tabur. Sedia untuk dinikmati. Bahan Hiasan Tauhu - goreng dan dihi

Kari Sotong Dengan Timun

Imej
Kari Sotong By Shikin Bahan-Bahan Sotong (sederhana besar) - dibersihkan 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 2 tangkai daun kari 2 bgks rempah kari (Bancuh dengan air asam jawa, jadikan paste) Air asam jawa santan - RM1 Air Garam Minyak Timun Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari sampai naik bau. Masukkan paste rempah kari. Masak sampai garing dan pecah minyak Masukkan santan. Kacau sebati.  Tambah sedikit air (jika perlu) Apabila mendidih bolehlah masukkan sotong.  Masukkan timun yang dipotong menyerong.  Perasakan dengan garam secukupnya. Rasa juga masamnya. Kalau kurang boleh tambah air asam jawa. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Lepat Pisang My Style

Imej
Balik keje kelmarin, En. Tahiri duk hint2 pasal 2 sikat pisang awak yg masak ranum didapur. Ada la tu nak suruh buat apa-apa... Ikutkan saya nak buat lengat pisang...cepat sikit keje. Tapi En. Tahiri request lepat pisang pulak. Lama tak buat katanya... Maka lepas maghrib bermula aktiviti lepat melepat.  Tak der sukatan bagai...main taram ikut sedap rasa aje... Bahan2 yang saya gunakan adalah  2 sikat pisang awak (lecek @ kalau rajin blend), santan RM2, 3/4 cawan sagu (rendam dlm air lebih kurang 1/2 jam), tepung beras (ada kot dalam 1/2 - 3/4 cawan)  agak2 la adunan jgn terlalu keras @ lembik, gula dan sedikit garam. Mula-mula bancuh adunan dulu. Nak bancuh senang jer...campur semua bahan dan gaul sebati. Biar semua secukup rasa. Lepas siap adunan dibancuh pegi ke acara membungkus lepat pulak.  Nak bungkus lepat kena la ada daun pisang. Layur dulu daun pisang tu. Kemudian potonglah ikut saiz yang dikehendaki. Jgn terlalu besar @ kecil. Yang pasti yang

Set Nasi Hujan Panas Sempena Cuti Maulidur Rasul

Imej
Alhamdulillah...cuti yang bermanfaat. Dapat juga sediakan hidangan istimewa untuk santapan seisi keluarga. Nasi Minyak Hujan Panas My Style Nasi Minyak Hujan Panas cara saya...hihihi.  Bahan-bahan yang digunakan bawang merah, bawang putih, halia (blend @ tumbuk ketiga2nya), rempah tumis empat sekawan, majerin, minyak sapi, susu cair, daun pandan dan bahan utamanya ofkoslah beras dan air. Jgn lupapewarna merah,hijau dan kuning. Cara masak pulak, cairkan minyak sapi dan marjerin dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan rempah tumis 4 sekawan. Biarkan sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan air secukupnya. Masukkan beras. Bila dah mendidih tuangkan susu cair serta garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun pandan Teruskan memasak sehingga nasi masak sekata. Untuk efek warna tu,masa nasi baru kering, titiskan pewarna. Tutup tudung periuk seketika. Biarkan wap naik.Kmdn buka tudung periuk kaupbalikkan nasi perlahan2 sampai jd mcm dlm gambar. Gu

Coconut Shake

Imej
Dah lama buat coconut shake ni, cuma tak tulis entry jerr... Godek2 dlm folder picture adalah gambar coconut shake yang saya buat tu.  Resepi pulak dah memang save dalam folder draft. So...tepek kat sini Ikut resepi kat bawah. Memang terbaikla... Buat sendiri boleh minum sepuas hati....hehehe Posing dalam cup recycle ni saja... Coconut milk shake By Shikin Sumber : Bonda Mawar Bahan-bahan ( 2 orang ) 1 1/2 cawan air kelapa (300ml) 4 sudu besar gula 1/2 cawan aiskrim perasa vanilla 2 sudu besar susu cair beberapa ketul ais yg kecil sedikit isi kelapa(dalam 2-3 sudu) Cara-cara masukkan semua bahan2 ke dalam blender..klu taknak letak aiskrim skali masa blend pn xpe,just add 1 scoop kt atas air yg dh dihidang tu pn leh gak..tp saya suka blend sume skali..terasa berkrim.. blend kesemuanya hingga gula betul2 hancur dan air jd berbuih dan berkrim ok sedia dihidangkan..mmg sedap rasa lemak nye..hehe..slmt mencuba

Paprik Ayam

Imej
Beraksi dari dalam kuali jerr... Kalau memasak kat kampung memang cenggini lah gayanya. Masak-masak terus snap gambar... Dengan suasana kampung yang redup, gambarnya pun redup jerr. Apapun nak masuk entry jugak dalam blog ni...hihihi... Resepi tengok kat sini .  Cuma bahan-bahan tu ejas-ejas sendiri ikut apa yang ada kat dapurlah yerr...

Sambal Belacan Ekspress

Imej
Malas punya cerita la ni.... Masuk semua benda dalam blender...prrrr... Nah dah siap...  Sambal belacan cair...hehehe

Tom Yam Putih Jenahak

Imej
Lauk ulang tayang jer ni... Dah selalu buat. Resepi boleh tengok kat sini

Cucur Ikan

Imej
Kalau banyak stok ikan dalam peti ais, cuba buat macam ni.  Cucur Ikan By Shikin  Inspired by Ta Bahan-bahan 4-5 ekor ikan kembung (temenung) 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1 sudu cili kisar 1/2 ulas bawang besar 1 batang cili hidup Air suam secukupnya  Garam secukup rasa Cara-cara membuatnya Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau sebati. Pecahkan telur. Kacau lagi. Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung. Perisakan dengan garam dan gula. Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos yang sesuai. *kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

Lunch set @ kampung

Imej
Menu lunch kat kampung... Kerang Rebus Cicah Sambal Kicap Sambal Sardin Dengan Ulam Timun Petola Goreng Bertelur Kena dengan suasana kampung memang masyukkkk...

Nasi Goreng Kampung En. Tahiri

Imej
Hehe....beria-ia En. Tahiri suruh saya ambik gambaq nasi goreng yang dia goreng. Haa...nindia... Nasi Goreng Kampung air tangan suamiku... Superb...Mabeles...hehehe Tapi kalau masuk sayur lagi meriah ekk???

Gulai Daging Kuda

Imej
Gambar dah lama ni...posing dalam periuk lagi tu... Tempek jer kat sini...bagi penuh folder... Gulai Daging Kuda By Shikin Resepi : Mak mertua K.Am Bahan2 Untuk Tumis :- 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 kuntum bunga lawang 5-6 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari Bahan Kisar 1 bungkus rempah kari 15 tangkai cili kering 11/2 inci halia 8-9 ulas bawang merah 1 sudu teh serbuk kunyit Bahan Lain 1kg tulang/daging/ekor - rebus sampai empuk 11/2 cawan santan 2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih) Garam secukup rasa 1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan pula tulang/daing/ekor yg telah direbus dan kentang. Gaul sebati. Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan. Perasakan dengan garam secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidang

Bawal Goreng Panas Dengan Cili Kicap

Imej
Kalau hari bekerja, memasak seringkas yang mungkin... Ini menu yang paling mudah...tetapi best!!! Hehehe....