Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Daging/kambing

Mee Tulang Noxxa

Imej
  Stok tulang ada dalam peti ais, baru lepas raya haji kannn... So...kita buat mee tulang lah... Guna resepi yang selalu saya buat...boleh tengok resepinya disini atau disini . Daging dan tulang rebus dengan periuk Noxxa, HP 45 minit kemudian baru tuangkan bahan-bahan yang ditumis.

Rendang Daging Noxxa

Imej
1st try masak rendang daging guna periuk noxxa. Ambik masa tak lama. Lebih kurang 1 jam macam tu. Hasilnya...sangat memuaskan. Daging pun lembut elok ja... Resepi rendang daging yang biasa saya gunakan, cuma cara memasak menggunakan periuk noxxa memudahkan cara memasak. Rendang Daging Noxxa By Shikin Bahan-Bahan 1 kg daging - potong kecil kmdn basuh dan toskan 15 tangkai cili kering* 10 ulas bawang merah* (kisar bahan bertanda * sampai lumat) 5 batang serai - dititik 2 inci lengkuas - diketuk 2 cawan santan pekat 2 cawan santan cair 2 tangkai daun limau purut Sehelai daun kunyit - simpulkan garam secukup rasa Cara Masukkan daging, bahan kisar, serai, lengkuas dan santan ke dalam periuk. Kacau rata. Tutup periuk. Setkan butang HP pada periuk Noxxa selama 30 minit. Alihkan juga tombol tekanan kepada pressure. Tekan On dan biarkan sampai masa tamat.  Setelah masa tamat, alihkan tombol tekanan ke titik steam dan lepaskan wapnya. Buka t...

Daging Goreng Blackpaper

Imej
Daging Goreng Blackpaper By Shikin Bahan: Daging Lada hitam biji-ditumbuk kasar Kicap  Sos tiram (optional - kalau ada lg sedap rasa) Bawang merah, bawang putih, bawang besar secukupnya -kisar halus Cili kisar/ cili sos  Bawang besar - potong bulat Cili merah / cili padi Garam dan gula ikut keperluan Minyak untuk menumis Cara: Rebus daging sampai agak lembut / kering air. Biarkan seketika. Panaskan minyak,  tumiskan bahan kisar sampai garing / naik bau Kemudian masukkan kicap, sos tiram, cili kisar Bila dah pecah minyak, masukkan daging Gaul hingga sebati Masukkan pula lada hitam yang ditumbuk kasar tadi Masukkan garam dan gula secukupnya Masukkan bawang besar dan cili merah. Gaul sebati, agak2 bawang dah masak layu bolehla padamkan api.

Gulai rias batang pisang

Imej
Ada orang panggil ni gulai hulu, tapi yang saya duk tengok orang hilir pun suka aih makan gulai ni. Saya x penah buat, makan pun tidak tapi en. Tahiri suka sangat... Baru2 ni dia bawa balik batang pisang dari kampung. Setelah digodek2 maka terhasillah gulai batang pisang buat pertama kalinya di dapur saya... Gulai Rias Batang Pisang By Shikin Bahan-Bahan Daging 2 bungkus rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan paste 3 ulas bawang merah - dimayang halus 2 ulas bawang putih - di mayang halus 11/2 inci halia - hiris memanjang 2 tangkai daun kari - lurutkan Rempah tumis 4 sekawan Kerisik Batang pisang - potong serong rendam dengan air garam Santan Garam Minyak Cara-Cara Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari serta rempah tumis. Apabila sudah naik bau masukkan paste rempah kari. Kacau sampai pecah minyak.  Masukkan pula daging. Gaul sebati dengan rempah. Tunggu sampai air daging keluar. Kemudian masukkan p...

BBQ Kambing & Daging Rusa

Imej
BBQ ni buat malam raya ri tu. Dah jadi rutin pulak kami adik beradik berbbq setiap kali hari raya. Ini tahun ke tiga. Biasalah saya ni, mana sempat nak update on time... Mesti makan hari, tak pun berminggu2 baru boleh nak masuk dalam blog ni. Layan je lah walaupun semuanya dah selamat masuk kedalam abdomen. Tapi kali ni lain sikit sebab ada menu baru untuk dibakar iaitu kambing dan daging rusa. Maka saya pun sibuk la menggugel resepi2 yang sesuai utk memerap daging kambing ni. Tak biasa buat, takut tak sedap dan tak termakan pulak. Sayanglah kalau tak habis. Dahlan kambing & rusa harganya boleh tahan jugak...ngee... Hasil carian saya nampak macam resepi Lina Pg ni senang untuk di follow. Bahan-bahannya pun saya dah ready awal2... Resepinya kat bawah... Ni jer gambar kambing dan rusa yang sempat di ambil. Posing dalam talam jer..tak sempat nak plating elok2. Maklumlah semua dah tak sabar nak menyantap... BBQ By Shikin Rahmat Sumber : Lina Pg Bahan-Bahan ...

Kari Daging Rusa

Imej
Cuba kari daging rusa pula... Macam biasa saya guna resepi kat bawah ni... Gulai Daging/Ayam/Tulang By Shikin Resepi : Mak mertua K.Am Bahan2 Untuk Tumis :- 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 kuntum bunga lawang 5-6 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari Bahan Kisar 1 bungkus rempah kari 15 tangkai cili kering 11/2 inci halia 8-9 ulas bawang merah 1 sudu teh serbuk kunyit Bahan Lain Daging 11/2 cawan santan 2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih) Ubi kentang (potong 4) Garam secukup rasa 1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak Minyak untuk menumis Air (saya gaul daging, rempah kari & kerisik bersama, kemudian perap sekejap) Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan pula daging dan kentang. Gaul sebati. Tuangkan santan. Biar mendidi...

Set Nasi Hujan Panas Sempena Cuti Maulidur Rasul

Imej
Alhamdulillah...cuti yang bermanfaat. Dapat juga sediakan hidangan istimewa untuk santapan seisi keluarga. Nasi Minyak Hujan Panas My Style Nasi Minyak Hujan Panas cara saya...hihihi.  Bahan-bahan yang digunakan bawang merah, bawang putih, halia (blend @ tumbuk ketiga2nya), rempah tumis empat sekawan, majerin, minyak sapi, susu cair, daun pandan dan bahan utamanya ofkoslah beras dan air. Jgn lupapewarna merah,hijau dan kuning. Cara masak pulak, cairkan minyak sapi dan marjerin dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan rempah tumis 4 sekawan. Biarkan sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan air secukupnya. Masukkan beras. Bila dah mendidih tuangkan susu cair serta garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun pandan Teruskan memasak sehingga nasi masak sekata. Untuk efek warna tu,masa nasi baru kering, titiskan pewarna. Tutup tudung periuk seketika. Biarkan wap naik.Kmdn buka tudung periuk kaupbalikkan nasi perlahan2 sampai jd mcm dlm gambar. ...

Gulai Daging Kuda

Imej
Gambar dah lama ni...posing dalam periuk lagi tu... Tempek jer kat sini...bagi penuh folder... Gulai Daging Kuda By Shikin Resepi : Mak mertua K.Am Bahan2 Untuk Tumis :- 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 kuntum bunga lawang 5-6 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari Bahan Kisar 1 bungkus rempah kari 15 tangkai cili kering 11/2 inci halia 8-9 ulas bawang merah 1 sudu teh serbuk kunyit Bahan Lain 1kg tulang/daging/ekor - rebus sampai empuk 11/2 cawan santan 2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih) Garam secukup rasa 1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan pula tulang/daing/ekor yg telah direbus dan kentang. Gaul sebati. Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan. Perasakan dengan garam secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidang...

Daging Kuda Goreng Bawang

Imej
Pernah makan kuda? Ya...K.U.D.A...Kuda... :) Baru2 ni En. Tahiri tolong kawan dia melapah kuda yang disembelih. Seekor kuda diorang bahagi 4. Banyak jugalah yang En. Tahiri bawa balik kerumah. Kelam - kabut tanya sedara mara dan jiran2 sapa nak daging kuda. Dah bagi kat orang pun masih banyak lagi dalam peti ais tu. Daging yang ada tu saya masak sikit-sikit. Sebab yang makan En. Tahiri dan anak-anak. Saya tak lalu. Tak boleh nak telan... Masak simple2 pun En. Tahiri kata sedap. Dah dia suka daging kuda tu...sedaplah kott. Daging Kuda Goreng Bawang By Shikin Bahan-Bahan Daging Kuda Bawang Merah Bawang Putih Bawang Besar Halia Cili merah / cili padi Serbuk kunyit Garam secukupnya Minyak Cara-Cara Hiris daging ikut saiz yang disukai. Gaul dengan garam kunyit.  Panaskan minyak. Masukkan daging. Goreng hingga hampir masak.  Taburkan bahan-bahan hiris.  Teruskan menggoreng sanpai bawang layu dan daging masak dengan semp...

Daging Congo

Imej
Menu sahur 7 Menu favourite kami.  Resepi warisan keluarga. Bahan-bahan yang simple saja tapi memasak perlu dengan api yang tidak terlalu kuat dan ambil sedikit masa supaya daging tu lembut dan bergaul mesra dengan semua bahan yang ada. DAGING CONGO by Shikin@Dari Dapur Ummi Bahan-bahannya 1 kg daging - dihiris nipis 2 labu bawang besar - dikisar halus 1 labu bawang besar - dihiris 1/2 cawan kicap pekat 1/2 cawan air asam jawa 3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas) 3 sudu besar gula (boleh ejas ikut kesesuaian) garam secukupnya (jika perlu) sedikit minyak untuk menumis Cara-caranya Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam Panaskan minyak dalam kuali , tumis bawang besar sampai layu. Tuangkan bahan-bahan perapan.  Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri) Masukkan cili pes, masak lagi dengan...

Gulai Tulang

Imej
Gulai Tulang+Ekor By Shikin Resepi : Mak mertua K.Am Bahan2 Untuk Tumis :- 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 kuntum bunga lawang 5-6 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari Bahan Kisar 1 bungkus rempah kari 15 tangkai cili kering 11/2 inci halia 8-9 ulas bawang merah 1 sudu teh serbuk kunyit Bahan Lain 1kg tulang/daging/ekor - rebus sampai empuk 11/2 cawan santan 2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih) Garam secukup rasa 1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan pula tulang/daing/ekor yg telah direbus dan kentang. Gaul sebati. Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan. Perasakan dengan garam secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Daging Congo

Imej
Lauk ni memang kegemaran kami sekeluarga.  DAGING CONGO by Shikin@ Dari Dapur Ummi Bahan-bahannya 1 kg daging - dihiris nipis 2 labu bawang besar - dikisar halus 1/2 cawan kicap pekat 1/2 cawan air asam jawa 3/4 cawan pes cili (tambah jika nak pedas) 2 sudu besar gula garam secukupnya (jika perlu) sedikit minyak untuk menumis Cara-caranya Daging diperap bersama kicap, bawang besar yang dikisar, gula dan juga air asam jawa lebih kurang 1/2 jam Panaskan minyak dalam kuali , tuangkan bahan-bahan perapan.  Masak dengan api perlahan sehingga air daging tinggal separuh (daging akan mengeluarkan airnya sendiri) Masukkan cili pes, masak lagi dengan api perlahan sehingga kuahnya agak pekat dan pecah minyak Rasa garam dan gula Sedia untuk dihidang *Daging Congo ni juga sedap dicecah bersama roti, ketupat ataupun lemang.

Daging Masak Ros

Imej
Daging Masak Ros   By Shikin Bahan-Bahan 500 gm daging - hiris nipis 10 tangkai cili kering 5 tangkai cili merah 5 batang serai 2 inci lengkuas 1 inci halia 1 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 1 cawan tomato sup 1 cawan susu cair Garam dan gula secukup rasa Minyak Cara-Cara Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar (kecuali cili merah, sehingga naik bau. Kacau sentiasa, biarkan bahan tumisan agak garing. Masukkan cili merah yang telah dikisar dan tomato sup. Kacau sebati. Masukkan daging. Tambah sedikit air. Perlahankan api. Reneh sehingga daging agak lembut dan kuah agak kering. Masukkan susu cair. kacau sebati. Perisakan dengan garam dan gula sekupnya. Matikan api. Sedia untuk dihidangkan. 

Nasi Daging

Imej
Awal2 lagi dah aim nak masak nasi daging sempena Hari Raya Korban. Nak jamu adik-beradik yang datang kerumah.  2,3 hari sebelum raya saya dah surfing dan BW, intai resepi2 yang sesuai. Zaman maklumat dihujung jari ni, memang mudah betul. Taip jer keywood dan enter...berduyun2 yang kluar. Hehehe... Dalam banyak2 resepi nasi daging hasil carian tu, saya berkenan dengan resepi dibawah ni. So, raya Haji baru2 ni saya buatlah. Alhamdulillah...sedap nasik dia. Kiranya dapat pujian lah daripada kaum keluarga yang merasa. En. Tahiri??? Thumbs up... Nasi Daging By Shikin  Sumber : salwahcm @ myresipi.com Bahan-bahan ( 5 orang ) 1 kilo beras Basmathi 1/2 kilo daging 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi 1 sudu besar rempah kurma 1 inci halia 1 batang kulit kayu manis 2 biji buah pelaga Sedikit mentega/ minyak sapi 1/2 cawan tomato soup 1 cawan susu cair sedikit garam Cara-cara Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam. Pastika...

Daging Masak Merah Ala Thai

Imej
Letak resepi dan gambar jer yer... Dah lama buat tapi tak sempat nak publish dalam blog... Daging Masak Merah Ala Thai By Shikin Adaptasi Daripada  Buku : Hidangan Terbaik Dunia Thai - Nazira Noran Bahan-Bahan 250gm daging - dihiris nipis dan diperap dengan dua sudu makan sos tomato semalaman 1 labu bawang besar - dihiris bulat 1 tangkai daun bawang - dipotong memanjang 1 tangkai daun ketumbar - dipotong memanjang 1 cawan air @ secukupnya 2 sudu makan cili kisar 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa 3 sudu makan minyak masak Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan daging dan goreng sehingga separuh masak. Ketepikan di dalam kuali yang sama. Tumis cili kisar, sos cili dan sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan satu cawan air ataupun secukupnya. Kacau dan biarkan hingga mendidih. Rasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan hirisan bawang besar, daun bawang dan ketumbar. Kacau sebati da...

Rendang Daging

Imej
Bila  buat rendang daging, memang inilah resepi yang selalu saya guna. Resepi turun temurun, daripada arwah tok kepada emak, kemudian kepada saya, dan insyaAllah kepada anak-anak saya pulak satu hari nanti. Rendang daging ni memang sedap dimakan dengan nasi atau pun ketupat palas . Rendang Daging  by Shikin Bahan-bahannya 1 kg daging - potong kiub (lebih kurang sebesar 1/2 kotak mancis) 1/2 kg santan 25 - 30 tangkai cili kering* 3 biji bawang besar* 1 inci halia* (* blend sampai halus) 2 inci lengkuas - di ketuk 5 batang serai - dititik 3 helai daun limau purut - lurut daripada tangkainya 2 helai daun kunyit - simpulkan garam secukup rasa Cara-caranya  Masukkan kesemua bahan ( kecuali daun limau purut, daun kunyit dan garam ) ke dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga kuahnya separuh kering. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sentiasa untuk mengelakkannya hangit. Masukkan garam secukupnya. Masak se...

Daging Congo

Imej
Kali ni saya nak share resepi Daging Congo dengan anda semua. Kenapa namanya daging Congo??? Saya pun tak pasti kenapa namanya macam tu, tapi sejak saya kenal dengan masakan ni memang itulah namanya. Pernah juga kami adik-beradik main agak-agak sebab apa namanya Daging Congo. Last-last kami buat kesimpulan, mungkin sebab warnanya yang macam tu kot, macam orang-orang kat Congo he he...  Tapi tak per... HITAM ITU MENAWAN! Biar rupanya macam tu, yang pasti rasanya sedap dan memang kena dengan selera anak tekak kami sekeluarga. Daging Congo ni resepi turun temurun keluarga kami. Resepi asal daripada arwak tok saya sebelah abah. Arwah tok saya ni kalau ada daging , memang inilah lauk wajib yang dia akan masak. Sebab tok saya tak der anak perempuan, resepi ini diperturunkan pula kepada menantu-menantunya (dah macam satu kewajipan pulak semua menantu-menantunya mesti tau resepi ni,termasuklah emak saya) dan kemudian turun pula kepada kami cucu-cucunya.  Seb...

Daging Goreng Black Pepper

Imej
Menu Ramadhan 3 Hari ni saya masak lauk daging. Bukan untuk berbuka, tapi untuk sahur esok. Untuk berbuka saya main tunjuk-tunjuk ajer.. Tanya suami nak buat apa dengan daging tu, dia cakap masaklah apa-apa pun.  Suami memang macam tu, urusan masak dia akan serahkan pada saya. Apa saja saya masak dia akan makan. Tak banyak songeh. Sesekali dia  teringin nak makan apa-apa baru dia request.  So, saya decide nak masak Daging Goreng Black Pepper lah, ... my style. Ok, jom tengok resepi. Daging Goreng Black Pepper by Shikin @  Dari Dapur Ummi Bahan-bahannya 250gm daging - direbus dan dihiris nipis 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang merah - dimayang 1 labu bawang besar - dipotong bulat 1 batang saleri - hiris dalam ketebalan 1/2 cm 1/2 cawang sos tiram 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar ( tambah kalau nak pedas) karot (boleh diganti dengan lain-lain sayur yang berkenan) sedik...

Kerutub Daging

Imej
Akhirnya...Tercapai jugak hajat nak masak kerutub. Daging ni dibeli oleh en. suami masa pergi pasar malam hari khamis. D aging yerr...isi sahaja, tak dak tulang. Tu yang melompat-lompat seronok tu. Ada peluang nak bereksperimen dengan rempah kerutub  yang dah berbulan dalam simpanan. Macam biasa, sebab sesi memasak hujung minggu (Jumaat) berlangsung kat kampung, bahan-bahannya apa yang ada lah. Kerutub daging ni sedap rasanya, nak-nak pulak bila dimakan dengan nasi panas-panas. Fuhh...terangkat.  Sengaja saya pekatkan kuahnya supaya bersalut gitu. Kalau dapat cicah dengan ketupat atau lemang pun sodap nih...  Resepi kat bawah yerrr... KERUTUB DAGING By Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-Bahannya 1kg daging 2 ulas bawang putih - dimayang halus* 4 ulas bawang merah - dimayang halus* 1/2 inci halia - dihiris memanjang* sedikit bunga lalang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga* daun kari* rempah kerutub (dibancuh dengan s...

Sup Tulang ala-ala siam.

Imej
Jumaat lepas, saya masak sup tulang kat Gulau (kg. suami). Sebenarnya minta suami belikan daging sbb saya rasa macam nak masak kerutub dengan rempah yang saya beli kat Kelantan hari tu ( he he dah berbulan beli...) Tapi suami beli tulang... hmmm tulang tak best kot masak kerutub. So, saya decide untuk buat sup. Sebenarnya, saya lemah betul kalau nak masak-masak kat kampung suami ni. Bukannya apa, sebab rempah-ratusnya tak mencukupi. (selalunya kalau saya merancang nak masak apa-apa kat kg saya akan beli bahan-bahannya siap-siap, jadi tak la bila nak memasak nanti itu x da, ini x cukup).  Tapi tak apa, berpegang pada prinsip kita yang buat dia..(sup) saya redah aje la. Dan saya pilih untuk memasak sup siam ( biasa sup Melayu aje...) Kosong aje sup ni sebab x da bahan-bahan tabur. Tapi rasa dia best... Sambal kicap sebagai penambah rasa Tulang tu saya renehkan bersama-sama serai, lengkuas dan halia dan bawang bombay yang dihiris nipis-nipis. Masukkan juga baha...