Catatan

2 Ramadhan 2020

Imej
Alhamdulillah menu hari niCucur nasi Puding jagung Ayam masak kicap Manggo shake



Resepi puding jagung 
Resepi manggo shake 


1 Ramadhan 2020 (PKP)

Imej
Assalamualaikum
Menu 1 Ramadhan 2020
Tahun ni tak de bazar Ramadhan. Jadi kita masak sendiri lah juadah berbuka ya.
Hari ni kami berbuka dengan beberapa jenis kuih seperti kuih cara manis, kuih ketayap, dan murtabak kulit popia. 
Tak banyak pun. Serba satu adunan ja.. Dan dikongsi dengan jiran-jiran 😍
Untuk sahur pulak saya sediakan kari kepala ikan. 
Check resepi dalam link ya.. 😘
Kuih Cara Manis

Resepi kuih cara disini disini

Resepi kuih ketayap disini

Resepi murtabak popia

Resepi kari kepala ikan

Roti Puri Tanpa Yis

Imej
Duk lalu lalang ja dalam Fb. Setiap kali orang share resepi kita keja save ja 🤭🤭.
So, hari ni cuba buat. Versi resepi tak pakai yis, jadi kembung elok 😄
Bf pagi ni makan roti puri cicah kuah dhal dan sardin. Alhamdulillah 😋😋

Roti puri tanpa yis...
Bahan - Bahan *2 cawan tepung gandum *1 sudu besar gula *1 sudu kecil garam *3 sudu marjerin..sy pakai pelangi je...cairkan dlm periuk Air secukupnya
Cara membuatnya Satukan bahan bertanda * smpai jadi mcm serbuk roti..
Lepas tu masukkan air sikit2. Saya pakai air suhu bilik je. Uli sampai tak lekat pada tangan.
bentukkan sebesar bola pingpong...biarkan 15 minit..canai n goreng dlm minyak yg bnyak n betul2 panas...sambil2 goreng siram2 atas roti tu...
Selamat mencuba...

Asam Pedas Tumis Melaka

Imej
Hari ni en suami beli ikan nyok2 seekor. Tak la besar sangat, yang sedang-sedang saja. Dia tanya nak masak apa? Gulai baru ja buat kemaren. So hari ni kita buat asam pedasla, tapi style Melaka 😉. 
Saya guna resepi Azie Kitchen. Ini kali kedua saya buat asam pedas menggunakan resepi ni. Resepi ni sangat memenuhi citarasa kami sekelurga. 
Ok, ni resepinya...

Asam Pedas Melaka
Bahan Ikan merah - potong ikut kesesuaian (saya guna ikan nyok-nyok 5 sudu besar cili kisar (boleh tambah ikut citarasa sendiri) 1 sudu pes asam jawa Garam
Bahan tumbuk/kisar 8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia Kunyit hidup -kisar sampai halus
Cara membuatnya Panaskan minyak, tumis bshan kisar dan cili sehingga wangi dan betul2 garing dan pecah minyak.
Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih masukkan ikan. Masukkan juga bendi dan sayur-sayur lain kecuali tomato.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan tomato. Kemudian bolehlah ditutup apinya. 
Sedia untuk dihidang

Keledek Goreng Sambal Kicap

Imej
Keledek goreng dan sambal kicap saya buat beberapa hari lepas. Tapi sebab ada masalah talian saya tak dapat publish dalam blog ni. 
Saya goreng keledek ni mengggunakan bancuhan tepung yang saya dapat daripada Fb. Setelah dicuba, hasilnya amat memuaskan hati.
Jadi saya letakkan resepinya disini untuk rujukan nanti 😘😘
Keledek Goreng
Bahan-Bahan 500gram tepung beras (kurang pun tak apa)1 biji telur1 sudu kecil garam2-3 sudu besar gula1 sudu kecil serbuk kunyitSecubit kapur makanCara membuatnya Campur semua bahan dan bancuh dengan air biasa. Bancuhan tepung akan menjadi warna peach. Part ni ada yang kata guna ais, tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat, ais mencair bukan beku. Tak payah guna ais pun memang rangup sangat.Pastikan bancuhan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.Minyak wajib banyak, jangan kedekut. Api wajib api besar.Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekatJika terlebih kapur, akan berbuih banyak dalam kuali nanti. J…

Apam Balik Tak Jadi Hari Ni

Imej
Assalamualaikum..
Saya nak share tentang kisah apam balik. Tiada resepi kerana apam balik tu pun tak jadi .. 😂😂

Dah banyak hari saya tangguh hajat nak buat apam balik. Resepi dah lama saya simpan. Barang-barang nak buat pun dari minggu lepas saya beli. 
Jadi, hari ni dengan semangat yang berkobar-kobar saya cuba buat apam balik. Dalam kepala duk terbayang-bayang kemenjadiannya...😇😇
Namun kejadian sebenar tak seindah yang saya bayangkan. Saya boleh kata ia menjadi ibarat lempeng ja 😭😭. 
Apamnya tak gebu macam kita beli kat pasar malam. Bila saya cuba gugel resepi-resepi lain, ada satu bahan yang kurang dalam adunan saya harini iaitu yis.. 
Mungkin kalau nak buat lagi nanti saya akan menggunakan resepi yang ada yis ni pulak. 
Apapun sesuatu yang agak menggembirakan ialah  'lempeng balik' saya tu habis juga dimakan suami dan anak-anak 😍😍