Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Bihun Goreng

Imej
Bihun goreng ni dimasak untuk makan malam 3,4 hari lepas.  Kira resepi tertangguhlah ni yerr... Bihun Goreng By Shikin Bahan-Bahan 1 bungkus bihun - direndam sampai lembut kmdn toskan 3 ulas bawang putih - diketuk 3 sudu besar cili kisar* 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap pekat* ( bahan2 * boleh ditambah @ dikurangkan ikut citarasa masing2) udang & sotong sawi minyak masak Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing. Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati. Sekiranya kuah agak kering boleh tambah sedikit air. Masukkan pula udang dan sotong. Kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kmdn masukkan bihun . Kaup balikkan bihun spy sebati dengan bahan tumisan tadi. Teruskan menggoreng sehingga bihun masak dengan sekata. Padamkan api. Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng, hirisan cil

Siakap Sweet Sour...My Style...

Imej
Tak tau la bila punya ni.  Tengok gambar pun dah berabuk dalam folder. Tapi nak tayang gak kat sini :-)   Siakap Sweet Sour By Shikin Bahan-Bahan 1 biji bawang besar 1 cawan cili sos 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram timun nenas garam dan gula secukup rasa minyak Cara2 Tumis bawang besar sampai layu Masukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak.  Masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air. Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika. Padamkan api.  Curahkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi. Hidangkan.

Breakfast...

Imej
Buat nasi lemak pagi ni... Nasi Lemak By Shikin Bahan-Bahan 4 cawan beras 6 cawan santan - perah drpd sebiji kelapa 2 ulas bawang putih 1 sudu teh lada hitam 1/2 sudu teh halba - x letak sbb tak der stok garam secukupnya daun pandan Cara-Cara Basuh beras bersih2, toskan. Masukkan semua bahan kedalam rice cooker. Tekan on, biarkan sehingga nasi masak. (dekat2 nasi nak masak tu bukalah tudung periuk, garis2 sikit supaya nasi masak sekata) Sambal Bilis By Shikin Bahan-Bahan Ikan bilis - Basuh dulu sebelum digoreng 15 biji cili kering (mesin dengan 1 biji bawang merah atau bawang merah secukupnya sampai halus) 1 biji bawang besar - hiris bulat Air asam jawa Garam Gula Minyak masak Cara-Cara Panaskan minyak. Goreng ikan bilis (tak perlu sampai garing). Angkat dan ketepikan. Tumis bawang besar yang dipotong bulat sampai layu. Masukkan cili kisar, biarkan sampai cili agak garing. Masukkan garam gula dan air asam jawa secukupnya Biark

Fruits Tartlet...Again...

Imej
Kali ni buat sampai 6 adunan tart crust, demi untuk memenuhi permintaan adik bongsu saya yang teringin benor nak makan fruit tarts.  Semuanya gara2 tayangan amal dalam facebook hari tu lah.  Tengah saya sibuk2 packing barang nak pegi bercuti, dia request benda alah ni. Nak tunggu lepas bercuti, dia pulak dah balik ke asrama. Tak sudah, saya suruh dia datang gelintil kulit tart kat umah, dengan Sarah sekali jadi mangsa. Cepatla keja sikit jadinya... So, hr ni nak tempek hasil kerja sblm bercuti hari tu yer... Tartnya dah lama tenggelam ke dasar perut...^__^ Fruit Tart By Shikin Pastry Sumber : Kak Am Flora Bahan-Bahan 1 biji telur 100gm butter 75gm gula ising 200gm tepung gandum Satukan semua bahan, uli sampai jadi doh Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart Cucuk2 sikit dengan garfu Bakar 15 minit - 160c Filing Kastard Sumber : Meow @ Myresepi Bahan-bahan ( 4 5 orang ) 500ml susu segar 3 atau 4 sudu tepung kastard gula dan gar

Nasi Goreng Udang

Imej
Patut letak udang besar2 baru gempaq bila baca tajuknya kan??? Tapi yg ada dalam freezertu cuma udang2 cinnonet jer... Letak juga lah walau tak se gah mana... Resepi nasi goreng biasa2 jer, tetapi memenuhi citarasa kami sekeluarga...   Nasi Goreng Udang By Shikin Bahan-Bahan 4 cawan nasi sejuk - ramas atau leraikan (terpulanglah nak guna apa. for me it's better guna tangan, tp pastikan tangan you all bersih yerrr...) udang - bersihkan  2 ulas bawang putih - dimayang halus 4 ulas  bawang merah - dimayang halus 2@3 sudu besar cili kisar (ejas sendirilah kalau nak lebih pedas, saya buat sedang2 saja sebab kalau pedas sgt Deena dan Nuha tak leh makan) 1 sudu besar sos tiram 2 biji telur sawi garam dan gula secukupnya minyak Cara-Cara Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan sos tiram. Masak sampai garing. Masukkan udang, batang aswi. Kacau sebati. Pecahkan telur, kacau sekejap.  Letak garam dan gula se

Telur Bistik

Imej
Telur Bistik By Shikin Bahan-Bahan 4 biji telur 1 biji bawang besar 1 cawan cili sos 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram timun nenas garam dan gula secukup rasa minyak Cara2  Pukul telur dengan garam. Panaskan minyak, goreng telur sampai masak. Angkat dan ketepikan. (minyak biar betul2 panas. semasa menggoreng telur, tutup kuali dengan tudung periuk supaya telur kembang dengan cantik) Tumis bawang besar sampai layu Masukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak.  Masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air. Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika. Padamkan api. Curahkan kuah keatas telur dadar tadi. Sedap dimakan ketika masih panas.

Makaroni Bakar

Imej
Makaroni Bakar By Shikin Bahan2 300gm makaroni - rebus sampai lembut ayam/daging kisar - saya guna ayam kisar Ramly1 biji bawang besar - potong dadu 1 senduk cili kisar 1 cawan sos prego (saya guna yg original punya) cendawan butang karot - potong dadu lada benggala - potong dadu 1 tin susu cair 4 biji telur keju parut secukupnya garam gula serbuk lada hitam mixed herbs minyak masak   Cara2 Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu. Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak. Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati. Teruskan memasak sampai air ayam kering. Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati. Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala. Tuangkan susu cair dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati. Padamkan api. Masukkan makaroni kedalam loyang Tuang telur yang telah dipukul. Ratakan. Taburkan keju parut. (lagi banyak lagi sedap) Bakar dengan suhu 180 darjah

Makaroni Goreng

Imej
  Makaroni Goreng By Shikin Bahan2 1 bungkus makaroni - rebus sampai lembut ayam/daging kisar - saya guna ayam kisar Ramly 2 biji bawang besar - potong dadu 2 senduk cili kisar 1 tin sos prego (saya guna yg original punya) cendawan butang karot - potong dadu lada benggala - potong dadu garam gula  serbuk lada hitam mixed herbs minyak masak Cara2 Panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu. Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai cili masak. Masukkan ayam.kisar. Gaul sebati. Teruskan memasak sampai air ayam kering. Tuangkan sos prego. Letakkan sedikit mixed herbs. Kacau sebati. Masukkan pula cendawan butang, karot dan lada benggala. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul sebati. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Tomyam Putih Siakap Ala Redza

Imej
Yess...finally... Dapat juga buat tomyam siakap macam yang selalu duk makan kat Redza Bukit Kayu Hitam. Bila tanya en. hasben macam mana rasa tomyam kali ni? Dia jawab ok...sedap. Cuma takder rasa ajinomoto jerrr... (hehehe...taulah yg kat kedai tu kebanyakan rasa sedapnya dibantu dengan pak aji...) Tomyam Putih Siakap Ala Redza By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap - boleh masak sekor2 @ dipotong2 ikut suka 3 ulas bawang putih - tumbuk kasar 10 biji cili padi thai - tumbuk kasar 1 biji bawang besar - hiris bulat 5 batang serai - potong menyerong 2 inci lengkuas - hiris kasar 1 inci halia - hiris kasar 5 helai daun limau purut - potong menyerong limau nipis - perah airnya sahaja 1 sudu besar sos ikan 1 sudu besar susu pekat manis garam secukupnya air lada benggala sayur2an (tomato, karot, bunga kubis etc) cendawan telinga (boleh juga guna cendawan tiram, butang etc) Cara2 Masukkan bwg putih, cili padi, bawang besar, s

Sotong Goreng Kunyit

Imej
  Sotong Goreng Kunyit By Shikin Bahan2 Sotong - basuh bersih2 kemudian potong bulat 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1 biji cili merah 1 batang karot serbuk lada hitam air asam jawa serbuk kunyit garam dan gula minyak masak Cara2 Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan sotong. Kacau sekejap. Tuangkan air asam jawa secukupnya Kemudian masukkan karot, cili merah  dan bawang besar. Kacau sebati. Akhir sekali perasakan denganserbuk lada hitam serta garam dan gula secukup rasa. Padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Sambal Ikan Tenggiri

Imej
Sambal Ikan Tenggiri By Shikin Bahan2 Ikan tenggiri Cili kisar 1 biji bawang besar -potong bulat Asam keping Garam & Gula secukupnya Minyak masak Cara Bersihkan ikan, letak garam kunyit. Kemudian goreng ikan sampai masak. Angkat dan ketepikan. Tumis cili kisar sampai garing, masukkan garam dan gula secukup rasa. Tuangkan sedikit air. Masukkan asam keping. Biarkan seketika. Masukkan pula ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan bawang besar.  Kacau sehingga bawang layu. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Mee Sanggul Goreng

Imej
Untuk dinner malam ni...   Mee Sanggul Goreng By Shikin Bahan2 1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut 3 ulas bawnag putih - diketuk 3  sudu besar cili kisar * 2 sudu besar sos cili* 1 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2) 2 biji telur sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya cuma guna sotong) sawi, kobis, karot (saya letak sawi) garam dan gula secukup rasa sedikit minyak untuk menumis Cara2 Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi. masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect) perisakan dengan garam dan gula secukupnya pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan.kacau sebati masukkan sawi.kacau sebentar. padamkan api. sedia untuk dihidangkan

Sandwich Scrammble Egg Simple

Imej
Breakfast yang simple untuk pagi ni sbb nak rushing ke sekolah Aiman untuk Majlis 'Idul Ilmi. Kena sampai sebelum pukul lapan.   Hari ni Aiman terima hadiah untuk tempat ke 2 dalam kelas dan juga kerana mendapat markah terbaik utk m/pelajaran B.Melayu, B.Inggeris dan juga AL-Qur'an(Hafazan). Alhamdulillah, barakallahulaka... Nak singgah makan kat kedai takut lambat pulak.  So, ummi buatkan ajer scramble egg, kepit ngan roti, tuang sos ngan mayonis, jadilah sandwich simple.

Fruit Cocktail

Imej
Dah lama ambil resepi ni daripada k.Asiah (rakan sekerja saya). Simpan jer dalam buku resepi. Aidiladha hari tu baru sempat buat.  Hehehe...hari ni masuk resepi yerr...sebab cocktail dah lama tenggelam dalam perut. Fruit Coktail By Shikin Sumber : K.Asiah Bahan-Bahan 1 tin susu cair 3 tin air 2 sudu besar tepung kastard 2 sudu besar tepung jagung 1/2 tin gula secubit garam buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj nata de coco - sejatkan airnya sumi jelly buah-buahan segar Cara-cara Campur susu cair, air, tepung kastard, tepung jagung dan gula dalam periuk. Kacau sebati Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak. Angkat periuk daripada dapur. Masukkan buah-buahan, jelly, nana de coco dll Letakkan ketulan ais. Sedia untuk dinikmati

Dinner Treat

Imej
Makan malam yang simple, sebab virus M ummi sgt tinggi hari ni. Mujurla ada sandwich patty Ayamas dalam freezer. Tinggal bakar, sapu dengan mayonis dan cili sos. Kemudian tangkup 2 roti tu. Lepas tu apalagi...Ngap la... Alhamdulillah...kenyang suami dan nak2....

Fruit Tartlets

Imej
Akhirnya.... Berjaya juga saya buat fruit tart ni setelah sekian lama mengintai2 dalam blog2 yang lain.  Tu pun setelah lama memendam rasa melihat fruit tart yang selalu ditayang di alam maya. Tapi hasrat tu sering tertangguh sebab payah benor nak dapat stok fresh fruit dekat2 sini.  Untuk tart shellnya masih menggunakan resepi daripada k.Am Flora, manakala filing kastardnya saya guna resepi daripada Meow@Myresepi. Alhamdulillah, gabungan rasa kedua-dua resepi ni menjadi dan mendapat pujian daripada suami dan anak2. Fruit Tart By Shikin Pastry Sumber : Kak Am Flora Bahan-Bahan 1 biji telur 100gm butter 75gm gula ising 200gm tepung gandum Satukan semua bahan, uli sampai jadi doh Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart Cucuk2 sikit dengan garfu Bakar 15 minit - 160c Filing Kastard Sumber : Meow @ Myresepi Bahan-bahan ( 4 5 orang ) 500ml susu segar 3 atau 4 sudu tepung kastard gula dan

Jelatah

Imej
Jelatah Timun Dan Nenas By Shikin Bahan-Bahan Timun - buang kulit dan hiris nipis Nenas - buang kulit, mata/hidungnya dan dihiris Bawang Besar - potong 4 (jika bawang agak besar) hiris nipis Cili Merah - hiris nipis. buang biji Cuka Garam Gula (Kuantiti bahan agak2la secukupnya) Cara-Caranya Campur kesemua bahan. Gaul sebati Pastikan cukup semua rasa - masam, manis dan masin. Hidangkan.

Daging Masak Ros

Imej
Daging Masak Ros   By Shikin Bahan-Bahan 500 gm daging - hiris nipis 10 tangkai cili kering 5 tangkai cili merah 5 batang serai 2 inci lengkuas 1 inci halia 1 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 1 cawan tomato sup 1 cawan susu cair Garam dan gula secukup rasa Minyak Cara-Cara Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dikisar (kecuali cili merah, sehingga naik bau. Kacau sentiasa, biarkan bahan tumisan agak garing. Masukkan cili merah yang telah dikisar dan tomato sup. Kacau sebati. Masukkan daging. Tambah sedikit air. Perlahankan api. Reneh sehingga daging agak lembut dan kuah agak kering. Masukkan susu cair. kacau sebati. Perisakan dengan garam dan gula sekupnya. Matikan api. Sedia untuk dihidangkan. 

Nasi Minyak Hujan Panas

Imej
Nak masukkan resepi Nasi Minyak Hujan Panas yang saya buat baru2 ni. Resepi dan gambar saja yerrr...hehehe... Nasi Minyak Hujan Panas By Shikin Sumber : Ummizaihadi Bahan:- 4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit. 5 cawan air 2 kiub pati ayam (skip - saya tak letak pun sbb tak nak rasa cam nasi ayam pulak nanti) 2 helai daun pandan pewarna merah, hijau dan kuning Bahan Tumis: 1/2 inci halia - hiris halus 2 ulas bawang putih - mayang 1/2 biji bawang besar - mayang 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga Bahan Hias:- Bawang goreng Kismis Cara Memasak:- Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau.  Masukkan beras dan gaul rata sebentar.  Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak.  Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan

Lunch Set

Imej
Menu lunch tengahari tadi. Nasik minyak hujan panas tak jadi hehehe... daging masak ros, daging masak kicap dan jelatah. Nasi Minyak Hujan Panas Daging Masak Kicap   Jelatah   Daging Masak Ros Alhamdulillah...mendapat sambutan seisi keluarga. Anak2 excited la pulak makan nasik kaler2 ni... hehehe Letak gambar dulu yerrr...resepinya nanti-nanti...

Crispy Roti Pocket

Imej
Lama duk intai resepi Crispy Roti Pocket ni.  So pagi ni try  buat untuk breakfast. Dah ala2 kebab gitu..  Ikut cara k.nor, saya sapu telur guna berus sebelum tabur dengan serbuk roti. Memang betul, lebih crispy dan menjimatkan. Tak guna banyak telur. 1 biji pun tak habis. Inti pula saya buat cara saya sendiri. Just cincang sandwich patty Ayamas, goreng dalam pan bersama bawang besar yang didadu dan cili sos.  Inti yang dah masak dimasukkan kedalam roti pocket, serta dipicit dengan cheezy mayo dan tambahan cili sos kalau nak rasa lebih pedas. Crispy Roti Pocket By Shikin resipi : K.Nor@SecubitGaram sumber : MamaZieza , Sofea@after6am Bahan2 : 10 - 12 keping roti sandwich (gardenia) 1 biji telur serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs sos cili minyak untuk menggoreng Bahan inti: 2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam 1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis sedik