Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muffin

Muffin Pisang Coklat Kukus

Imej
Buruknya rupa apam...hihi Tak sangka la pulak mangkuk cupcake tu akan mengembang juga dengan jayanya.  Tapi, jangan ditengok pada rupanya yang hodoh ya sebab rasanya amatlah sesuai dengan selera... hik hik... Yang koko terang kat atas tu coklat rice. Konon nak buat hiasan tapi cair dek kepanasan. Resepi skodeng daripada sini , tp saya tempek juga sekali dalam ni.. APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT By Shikin Bahan A [Ayakkan] 1 cawan tepung gandum  1 s/b serbuk koko 1/2 s/k soda bikarbonat 1/2 s/k baking powder Sedikir garam Bahan B 1/2 cawan pisang emas/berangan lecek 1/2 cawan minyak 3/4 cawan gula perang 1 biji telur [pukul sedikit ngan garfu] Cara 1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk. 2. Masukkan bahan B dan kacau rata. 3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak. 

Muffin Jagung

Imej
Resepi muffin ni dah lama dok terperam dalam folder draft. Menunggu seru tak sampai2.  Last2 datang jugak kederat nak mengodeknya maka taraaa...terhasil lah jugak muffin jagung ni di dapurku 2,3 hari lepas. RESEPI MUFFIN JAGUNG By  Shikin Sumber : K.Liza  Bhn2 A : 2 cwn tpg gandum 1 s/t baking powder 1 s/t soda bikarbonat 1 s/ t garam - semua bhn di atas diayak. Bhn2 B : 1 cwn jagung krim dalam tin 1 cwn minyak masak 1 cwn gula pasir 1 biji telur - dipukul sedikit Pewarna kuning Esen jagung Cara-cara - panaskan oven 180 C. - campurkan bhn2 B ke dlm bhn2 A. - gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama.. - masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak. - sejukkan dan sedia dihidang. *muffin saya ni mcm bantat sikit, tak berapa nak kembang dan agak berminyak. mungkin salah teknik masa mengadun kot. tak macam muffin k.liza kembang elok jer jadinya. pepun...anaka2 suka jugak cuma kurrengg sket la depa kata...hehehe ...

Fluffy Chocolate Banana Muffin

Imej
Muffin yang saya buat untuk acara makan-makan kat tempat kerja dan juga untuk menghabiskan 2,3 biji pisang berangan yang masak meranum atas kabinet dapur tu. Resepi muffin jumpa masa selongkar-selongkar dalam tenet.Tengahari dapat resepi, malam terus cuba. Macam excited pulak. Ekceli, saya tak pernah buat muffin bagai ni. Nak -nak yang kena letak dalam cup kecik-kecik cenggini. Tapi atas semangat Malaysia Boleh Akupun Boleh Apa saya usahakan juga. Resultnya...Alhamdulillah. Menjadilah bagi saya yang tak pakar dalam bab memuffin ni. Nak tau betul-betul jadi ke tidak kenalah tanya pakar.  Setakat untuk santapan saya dan keluarga...ok dah ni. Anak-anak pun berebut-rebut nak makan. Lepas satu...satu. "Sedapnya ummi", riuh mulut berbunyi. He he...ummi pun seronok nak memasak. Resepi ni saya dapat daripada blog Izzah muffin lover. So, saya kongsikan di sini pulak yer...   Fluffy Chocolate Banana Muffin by Shikin sumber resepi: izzah , rosmarlina@jintanmanis.com Bahan-ba...