Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ubi Keledek

Cekodok Ubi

Imej
Dah lama tak makan cekodok ubi ni. Sebab bekalan ubi keledek jarang benar ada kat dapur saya.  Entah kenapa tak lah rajin sangat saya membeli keledek. Sedangkan sebelum kahwin cekodok ubi ni lah yang selalu menjadi kudap-kudapan kami sekeluarga dipetang hari. Sebab abah kalau ke pasar jarang lupa membeli keledek. Kalau tak digoreng, dijadikan cekodok.  Dan sebagai kakak sulung, sayalah yang selalu mengambil alih tugas emak, melecek dan menggentel aduanan keledek. Bukan sikit tu, selalunya sekilo ubi digunakan. (Untuk santapan abah, emak dan 10 orang adik beradik kami) Dah dicampur dengan tepung, mak aihhh.... jenuh jugaklah. Sempat juga layan cerita hindustan masa menggentel. Petang Jumaat lepas rasa teringin pulak nak makan cekodok ubi. Hmmm...sesekali mengimbau kenangan masa silam. Lagipun apa salahnya makanan yang biasa saya makan tu saya hidangkan kepada keluarga saya pula. Tak sangka pula cekodok ubi ni mendapat sambutan yang tinggi daripada anak-anak saya. Sekejap j...