Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Tom Yam Jenahak

Imej
Jenahak ni lawan dia kari baru best. Tapi dari mula puasa asyik makan kari...muak pula rasanya. En. Tahiri kata masak tom yam aja la... 
Haa...ok..ok...hirup tom yam panas pagi buta terbuka juga selera...

Resepi boleh tengok kat sini

Kentang Belado

Imej
Serius...memang terbuka selera makan nasi panas2 dengan lauk ni. Simple dan sedap. Sahur2 pun makan bertambah2...

Kentang belado By : Shikin Rahmat Sumber:Fieza Ahamad (www.facebook.com/bukuresepi)
Bahan2  5biji kentang *2biji bawang besar ( *20bji cili padi (xsuke pedas kurangkn) *Ikan bili sengengam. Garam Yg btanda (*) dtumbuk berasingan/blend tp tumbuk lg sedap
Cara2 1.Goreng kentang hga garing angkat 2.goreng ikan bilis dtumbuk garing angkat. 3.tumis bawang dan cili yg dtumbuk td da garing masukkn garam ikan bilis dan kentang. N siap dhidang.

Roti Jala Dengan Serawa Durian

Imej
Aduh....lama sungguh x menjala...Sekali nak menjala, jalanya x terbuka. Macam2 rupa dah jadinya. 
Lama2 sekali buat macam tu lah. Habis lari semua skill. Hehehe...
Untuk resepi roti jala saya guna resepi Kak Reenkhan. Mula2 nak guna botol 3 muncung, tapi tah kenapa bila leretkan tepung x berapa nak menjadi. Akhirnya saya guna acuan roti jala biasa je...

ROTI JALA ZAM ZAM ALAKAZAM By Shikin Sumber : Reenkhan
Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum  1 cawan santan pekat 1 1/2 air  garam secukup rasa  2 warna yang berbeza (guna pewarna kuning saja) 1 biji telor 
Cara Blend kesemuanya.Tapiskan adunan supaya tidak berketul2Bahagikan 2 bahagianWarnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lainMasuk kan kedalam botol muncung 31 botol picit secara melintang di atas non-stick pan1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegakBiarkan roti jala masakAngkat daripada pan. Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing 


Serawa Durian By Shikin
Bahan-Bahan Durian  Santan Gula Garam  Daun Pandan (c…

Sup Kepala Jenahak

Imej
Selalu ja masak kari...sesekali kena masak dengan cara yang sihat.
Sup ni simple jer...

Sup Kepala Jenahak By Shikin
Bahan-Bahan Kepala Jenahak (saya guna sebelah je) Rempah tumis 4 sekawan 3 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 1/2 inci halia* 10 biji lada hitam* (bahan bertanda * ditumbuk) Capsicum (merah, hijau, kuning) - hiris memanjang Cendawan hitam Suhun Karot Bunga kubis Tomato Garam Minyak
Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk serta rempah tumis. Tumis sampai kekuningan. Masukkan air secukupnya. Apabila air mendidih, masukkan ikan, karot dan bunga kubis. Renehkan seketika. Kemudian masukkan cendawan hitam, suhun dan capsicum. Perasakan dengan garam secukupnya. Padamkan api. Masukkan kedalam mangkuk. sebelum dihidangkan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cili Kicap

Imej
Saya dapat resepi ni daripada FB. X pasti siapa pemilik asal dia sebab share atas share. Link yang asal pun dah x jumpa.
Resepi dia pun pakai ingat apa yang saya buat. Tu pun nasib baik saya ada ambik gambar step by step.
Apapun terima kasih kepada pemilik asal resepi ni...
Sapa2 yang banyak stok cili boleh lah cuba nanti...
Macam ni cara nak buat dia...
Bahan yang kita nak guna cili padi, dalam segenggam macam tu, bawang besar - 1 labu, bawang putih - 2 ulas.  (Bawang tu hiris-hiris)

Kemudian goreng semua bahan-bahan sampai layu. Goreng satu per satu yerr...

Masukkan dalam bekas kaca. Kalau x de bekas kaca, masukkanlah ke dalam apa2 bekas pun. Pastikan bekas bertutup.

Kemudian tuangkan kicap lemak manis sampai memenuhi botol. Pastikan semua bahan-bahan terendam dengan kicap tu.

Biar dalam 2,3 hari lepas tu bolehlah di cicah dengan apa2 yang patut. Kena dengan nasi panas waktu bershur memang terbuka selera...

Makaroni Goreng

Imej
Makaroni goreng...

Makaroni Goreng By Shikin
Bahan-Bahan 1 bungkus makaroni  250gm daging - dicincang  1 senduk cili kisar 1 tin sos spagethi prego 1 biji bawang besar - potong dadu 1 batang karot - potong dadu/sagat halus Capsicum ( merah, kuning, hijau) Garam Serbuk lada hitam
Cara-cara
Rebus makaroni sampai lembut. Angkat daripada periuk. Siramkan dengan air sejuk. Tos dan ketepikan.Panaskan minyak, tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili masak.Masukkan daging kisar. Gaul sebati. Masukkan pula sos spagethi. Teruskan memasak sampai kuah agak kering (jgn kering sangat).Masukkan karot dan capsicum.Akhir sekali masukkan  makaroni. Tabur garam dan lada hitam secukupnya. Biarkan semua bahan bergaul mesra.Padamkan api.Sedia untuk dihidang.

Agar-Agar Santan Gula Melaka

Imej
Agar-Agar Santan Gula Melaka. By Shikin
Bahan-Bahan 10g serbuk agar-agar 600ml air 400ml air 200gm gula pasir Seketul gula melaka Secubit garam
Cara-Cara Masak agar-agar dengan air sampai larut. Kemudian masukkan gula. Tunggu sehingga gula hancur. Masukkan pula santan dan gula melaka. Biar sampai mendidih. (jaga jangan sampai meruap) Taburkan secubit garam. Padamkan api. Tuangkan adunan agar-agar ke dalam loyang. Sejukkan. Bolehlah potong sesuka hati semasa nak dihidangkan nanti.

Nasi Ulam Lagi...:-)

Imej
Kali ni ulam-ulamannya En. Tahiri ambil drpd kebun kat kampung. Saya lebih suka nasi ulam yang macam ni daripada versi yang racik2 sebelum ni.
Anak-anak pun suka makan sbb x de rasa daun sangat. Sekali pandang dah macam nasi goreng.

Nasi Ulam  By Shikin
Bahan-Bahan Nasi  Ulam-ulaman secukupnya - saya guna daun putat, sekentut dengan enau. 2 batang serai 1 inci lengkuas - agak2lah. Jgn banyak sgt nti rasa pedar. 2 ulas bawang merah 4-5 biji cili padi - kalau dpt cili padi kampung lg best Kerisik Garam secukup rasa Jus limau nipis
Cara-cara Tumbuk kesemua bahan (jus limau nipis) sampai lumat. Tuangkan bahan-bahan tumbuk tadi keatas nasi. Perahkan jus limau nipis.  Gaul sebati kesemua bahan sehingga bergaul mesra. Sedia dimakan dengan lauk-pauk yang sesuai.
Pelengkap hidangan...
Puyuh Goreng

Jantung pisang goreng dengan udang

Telur masin, timun dan limau nipis.

Keropok ikan.

Coconut Shake

Imej
Sedap dan nikmat terasa berbuka dengan coconut shake yang smooth dan dingin macam ni... Segar anak tekak...hihihi
Request En. Tahiri, dah sekian lama barulah tertunai....

Ada banyak resepi yang saya google...tapi saya stick dengan resepi yang satu ni. Memang heaven...
Coconut milk shake By Shikin Sumber : Bonda Mawar
Bahan-bahan ( 2 orang )  1 1/2 cawan air kelapa (300ml)  4 sudu besar gula  1/2 cawan aiskrim perasa vanilla  2 sudu besar susu cair  beberapa ketul ais yg kecil  sedikit isi kelapa(dalam 2-3 sudu) 
Cara-cara masukkan semua bahan2 ke dalam blender..klu taknak letak aiskrim skali masa blend pn xpe,just add 1 scoop kt atas air yg dh dihidang tu pn leh gak..tp saya suka blend sume skali..terasa berkrim.. blend kesemuanya hingga gula betul2 hancur dan air jd berbuih dan berkrim ok sedia dihidangkan..mmg sedap rasa lemak nye..hehe..slmt mencuba

Kari Daging Rusa

Imej
Cuba kari daging rusa pula... Macam biasa saya guna resepi kat bawah ni...

Gulai Daging/Ayam/Tulang By Shikin Resepi : Mak mertua K.Am
Bahan2
Untuk Tumis :- 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 kuntum bunga lawang 5-6 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari
Bahan Kisar 1 bungkus rempah kari 15 tangkai cili kering 11/2 inci halia 8-9 ulas bawang merah 1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan Lain Daging 11/2 cawan santan 2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih) Ubi kentang (potong 4) Garam secukup rasa 1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak Minyak untuk menumis Air (saya gaul daging, rempah kari & kerisik bersama, kemudian perap sekejap)
Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.Masukkan pula daging dan kentang. Gaul sebati.Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.(Boleh tambahkan air, jika perlu)Perasakan dengan garam secukupnya.Padamkan api.Sedia untuk di…

Mee Sanggul Dan Kuih Sagu

Imej
Resepi boleh tengok kat sini dan sini.... :-)



Spaghetti

Imej
Spaghetti untuk berbuka puasa...sesekali tu bolehla. Tekak melayu ni nak cari makanan melayu jugak baru rasa nikmatnya berbuka...

Spaghetti By Shikin
Bahan-Bahan Spaghetti - rebus sampai lembut. Tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. ketepikan. Daging kisar/cincang Cili kisar Sos cili Bawang besar* Tomato* Karot* Capsicum* (*potong dadu) Sebuk lada hitam Garam Sos prego Minyak
Cara Mula2 panaskan minyak. Tumis bawang besar sampai layu. Masukkan daging kisar. Kacau bagi mati air daging tu. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai cili garing. Masukkan sos cili dan sos prego. Tambah air sikit kalau perlu.Lepas tu masukkan bahan2 bertanda *. Masak sampai lembut.Taburkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya.Bila semua dah cukup rasa padamkan api.Hidangkan kuah bersama-sama spaghetti yang telah direbus tadi.

Roti Sosej Berkeju Rangup

Imej
Hari tu beli roti sosej macam ni kat bazar Ramadhan, sebiji RM 1.20. X der cheese dalam tu. Beli 2 biji berebut2 anak-anak makan. Ummi ngan abahnya tengok ajela... Budak2 ni dengan sosej memang berantu... So buat sendiri la kalau nak makan puas2...
Dah lama save resepi ni, ambil daripada blog kak Yatie Memories. Simple jer bahan dan caranya, tapi itulah...baru kali ni sempat mencuba.
Apapun, yang ni memang paling laris....

Roti Sosej Berkeju Rangup By Shikin Sumber : Yatie Memories
Bahan- Bahan 10 keping roti putih 10 batang sosej ~ direbus sekejap dan toskan 10 keping slice cheese 1 biji telur ~ dipukul sedikit breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya minyak utk menggoreng
Cara membuatnya : Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej. Kalau takde tak payah letaklah ya.Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn tel…

Cucuq Ikan

Imej
Rare sekali sekala...goreng cucuq ikan utk berbuka puasa... lapaq-lapaq semuanya rasa sedap. 
Makan cucuq panas-panas sambil cicah sos cili...fuhhh...

Cucur Ikan By Shikin  Inspired by Ta
Bahan-bahan 4-5 ekor ikan kembung (temenung) 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1 sudu cili kisar 1/2 ulas bawang besar 1 batang cili hidup Air suam secukupnya  Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya
Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan.Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air suam secukupnya. Kacau sebati.Pecahkan telur. Kacau lagi.Masukkan bahan-bahan lain seperti isi ikan, cili kisar, bawang dan cili merah. Pastikan bahan-bahan sebati dengan adunan tepung.Perisakan dengan garam dan gula.Goreng dalam minyak yang banyak. Apabila masak, angkat dan toskan minyak.Hidangkan bersama sos yang sesuai. *kalau suka boleh masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris ke dalam adunan tepung.

sambal sotong

Imej
Sambal sotong biasa-biasa....resepi boleh tengok kat sini


Nasi Ulam

Imej
Nasi ulam cara saya...very simple...
Bila sebut nasi ulam, tentulah ulam menjadi bahan utamanya. Ulam yang macam dalam gambar kat bawah ni...

Ulam tu En. Tahiri beli kat nat Tok Jalai baru2 ni. Macam2 jenis ulam yang ada, ada kot dekat 10 jenis.  Adalah satu dua jenis yang saya kenal, macam daun kunyit, daun limau purut, daun kaduk. Setengahnya sampai stak tau nama daun apa..haha.  

Daun yang jenis kecik tu saya tumbuk dengan serai, lengkuas, bawang merah dan cili padi. Manakala daun yg besar sikit saya racikkan halus2.
Bila dah siap di tumbuk, gaul dengan nasi panas. Saya letak juga kerisik sikit. Daun yang dihiris pun gaulkan sekali. Jangan lupa perah limau nipis, bagi rasa masam2 sikit (tp jgn masam sgt yaa...)

Boleh makan nasik ulam ni dengan lauk yang sesuai macam ayam goreng berempah dalam gambar kat atas. Yang ni pun main taram ja rempahnya. Saya tumbuk 3 ulas bawang merah, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Kemudian gaulkan ayam dengan bahan2 tu. Tambah serbuk kunyit dan g…

Agar-Agar Santan Salju

Imej
Berbuka dengan agar-agar yang sejuk macam ni memang terasa nikmatnya. Simple tapi mengancam...hihihi

Agar-Agar Santan Salju
By Shikin
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan

Lapisan Bawah
1 sb serbuk agar2
900 ml air biasa
150 gm gula pasir 1 sk esen rose pewarna merah

Lapisan Atas 1 sudu kecil serbuk agar2 100 ml air biasa 400 ml santan 90 gm gula pasir 1 helai daun pandan
Cara membuatnya.
1. Masak bahan2 lapisan bawah sehingga mendidih. Setelah siap tuang ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.Sementara itu masak bahagian lapisan atas.
2. Dalam periuk, masak 100 ml air tu dan masukkan gula serta daun pandan. Masukkan pula serbuk agar2 dan kacau sebati. Masukkan pula santan dan kacau guna api perlahan dan sehingga mendidih.
3. Setelah siap, cakar2 sikit agar2 lapisan bawah tadi dngn menggunakan pisau, supaya ianya lekat dan tuang adunan atas pula.
4. Setelah siap, biarkan beku dan letak dalam peti ais. Sedap di makan sejuk.

Nasi Goreng Puyuh

Imej
Selalu makan nasi goreng puyuh ni kat gerai Iwan Char Kue Teow depan Yawata.  Kali ni try buat sendiri kat rumah. Resepi sendiri saja. Very simple...
Aiman kata..."sedap Ummi"...
En. Tahiri pulak komen..."kalah Yawata ni"... hahaha... Iyolah tu...
Jom tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara membuatnya...

Nasi Goreng Puyuh By Shikin
Nasi
Bahan
4 cawan nasi sejuk 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 biji telur sebuk lada hitam garam minyak
Cara
Mula2 panaskan minyak.  Bila minyak dah cukup panas tumis bawang putih & bawang merah. Kacaulah bawang tu  sampai kekuningan.
Kemudian pecahkan telur. Gaul rata &cepat2, kalau boleh telur tu jgn masak sangat terus masukkan nasi sejuk. Goreng nasi sekejap.
Kemudian taburkan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
Teruskan menggoreng nasi sampai masak.
Last sekali titikkan perwarna kuning telur. Kaup balikkan nasi supaya warna tu berserak rata.
Padamkan api. Bolehlah hidang nasi goreng ni dengan puyuh goreng, sayur dan keropok.

Permata sagu gula melaka.

Imej
Hari kelima berpuasa, saya sempat sediakan dessert untuk berbuka. Kali ni Permata Sagu Gula Melaka menjadi pilihan. Lagipun bahan-bahannya nak buat sagu ni memang dah ada kat rumah. 

Saya pernah buat sagu gula melaka  sekali , tapi kali ni guna resepi lain.


Permata Sagu Gula Melaka By Shikin Sumber : Raihannavanilla.blogspot
Bahan2 membuatnya:
SAGU MERAH: 1 cawan sagu 3 cawan air 1/2 cawan gula pasir 5 titik sirap ros
SAGU HIJAU: 1 cawan sagu 3 cawan air 1/2 cawan gula pasir sedikit pewarna hijau setitik perisa pandan/pes pandan
SANTAN LEMAK MANIS: 3 cawan santan (leh guna dalam kotak juga) sedikit garam sedikit daun pandan
SIRAP GULA MELAKA: 2 ketul gula melaka 1 cawan air sedikit daun pandan
Cara2 membuatnya:


SAGU MERAH: 1. Masak sagu bersama2 air hingga mendidih.. 2. Bubuh sedikit sirap dan kacau. 3. Kacau hingga sagu kembang dan hilang semua putih2nya.... (sagu menjadi jernih.... proses ini memang mengambil sedikit masa...Setengah jam pun rasanya boleh sampai... so bersabar tau!!! ) Masukkan gula hanya bila s…