Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nasi Goreng

Nasi Goreng Puyuh

Imej
Selalu makan nasi goreng puyuh ni kat gerai Iwan Char Kue Teow depan Yawata.  Kali ni try buat sendiri kat rumah. Resepi sendiri saja. Very simple... Aiman kata..."sedap Ummi"... En. Tahiri pulak komen..."kalah Yawata ni"... hahaha... Iyolah tu... Jom tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara membuatnya... Nasi Goreng Puyuh By Shikin Nasi Bahan 4 cawan nasi sejuk 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 biji telur sebuk lada hitam garam minyak Cara Mula2 panaskan minyak.  Bila minyak dah cukup panas tumis bawang putih & bawang merah. Kacaulah bawang tu  sampai kekuningan. Kemudian pecahkan telur. Gaul rata &cepat2, kalau boleh telur tu jgn masak sangat terus masukkan nasi sejuk. Goreng nasi sekejap. Kemudian taburkan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Teruskan menggoreng nasi sampai masak. Last sekali titikkan perwarna kuning telur. Kaup balikkan nasi supaya warna tu berserak r...

Nasi Goreng Kampung En. Tahiri

Imej
Hehe....beria-ia En. Tahiri suruh saya ambik gambaq nasi goreng yang dia goreng. Haa...nindia... Nasi Goreng Kampung air tangan suamiku... Superb...Mabeles...hehehe Tapi kalau masuk sayur lagi meriah ekk???

Nasi Goreng Sardin

Imej
Ada lebihan sardin, ada nasi sejuk. Gabung dua-dua. nasi goreng sardin.  Hmmm.... Nasi Goreng Sardin by Shikin Bahan-bahannya 4 cawan nasi sejuk 1 biji bawang besar - dimayang 2 - 3 sudu besar sambal belacan / cili kisar 3 sudu besar pes sardin 2 biji telur Sayur-sayuran (optional) Minyak masak Garam secukupnya Cara-Cara Membuatnya Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga kekuningan.  Masukkan sambal belacan / cili kisar. Biar sehingga pecah minyak. Masukkan pula pes sardin. Kacau sebati. Pecahkan telur. Kacau lagi.  Masukkan nasi sejuk. Balik-balikkan supaya nasi sebati dengan bahan tumisan.  Masukkan juga sayur-sayuran yang sesuai (jika ada) Letak garam secukupnya. Kacau sebati.  Apabila nasi telah masak bolehlah dipadamkan api Hidangkan.

Nasi Goreng Udang

Imej
Patut letak udang besar2 baru gempaq bila baca tajuknya kan??? Tapi yg ada dalam freezertu cuma udang2 cinnonet jer... Letak juga lah walau tak se gah mana... Resepi nasi goreng biasa2 jer, tetapi memenuhi citarasa kami sekeluarga...   Nasi Goreng Udang By Shikin Bahan-Bahan 4 cawan nasi sejuk - ramas atau leraikan (terpulanglah nak guna apa. for me it's better guna tangan, tp pastikan tangan you all bersih yerrr...) udang - bersihkan  2 ulas bawang putih - dimayang halus 4 ulas  bawang merah - dimayang halus 2@3 sudu besar cili kisar (ejas sendirilah kalau nak lebih pedas, saya buat sedang2 saja sebab kalau pedas sgt Deena dan Nuha tak leh makan) 1 sudu besar sos tiram 2 biji telur sawi garam dan gula secukupnya minyak Cara-Cara Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan sos tiram. Masak sampai garing. Masukkan udang, batang aswi. Kacau sebati. Pecahkan telur, kacau sekejap.  Letak ga...

Nasi Goreng Sambal Belacan

Imej
Melayan permintaan Aiman yang nak kan nasi goreng pedas-pedas katanya.  Nasi Goreng Sambal Belacan by Shikin Bahan-Bahan 4 cawan nasi sejuk - ramas/relaikan 2 ulas bawang putih - mayang halus 3 ulas bawang merah - mayang halus 3 sudu besar sambal belacan - boleh ejas. Tambah @ kurangkan ikut tahap kepedasan yang dikehendaki. 2 biji telur Segenggam ikan bilis - belah dan buang perut Sayur-sayuran Garam secukupnya Sedikit minyak Cara-cara Panaskan minyak.  Goreng ikan bilis sampai garing. Ketepikan. Kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga berwarna keemasan. Masukkan pula sambal belacan. Perlahankan api. Kacau sampai sambal tadi garing. Pecahkan telur kedalam sambal, kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan nasi. Kacau supaya nasi sebati dengan sambal. Masukkan sayur-sayuran kalau ada. Teruskan menggoreng sampai nasi masak. Tabur ikan bilis yang telah digoreng. Padamkan api. Angkat nasi dan hidangkan. *resepi di atas cuma sebagai panduan. kuant...

Nasi Goreng Sardin

Imej
Menu untuk makan malam... Nasi Goreng Sardin by Shikin Bahan-bahannya 4 cawan nasi sejuk 1 biji bawang besar - dimayang 2 - 3 sudu besar sambal belacan 3 sudu besar pes sardin 2 biji telur Sayur-sayuran (optional) Minyak masak Garam secukupnya Cara-Cara Membuatnya Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga kekuningan.  Masukkan sambal belacan. Biar sehingga pecah minyak. Masukkan pula pes sardin. Kacau sebati. Pecahkan telur. Kacau lagi.  Masukkan nasi sejuk. Balik-balikkan supaya nasi sebati dengan bahan tumisan.  Masukkan juga sayur-sayuran yang sesuai (jika ada) Letak garam secukupnya. Kacau sebati.  Apabila nasi telah masak bolehlah dipadamkan api Hidangkan.

Nasi Goreng Kampung Ummi Style

Imej
Nasi Goreng kampung untuk hidangan seisi keluarga petang kelmarin. My Style... Main campak jer apa yang ada. Tapi tak pedas sangat supaya Aiman dan Deena boleh makan. Nasi Goreng Kampung by Shikin Bahan-bahan Nasi Sejuk secukupnya 2 ulas bawang putih* 2 ulas bawang merah* 1/2 labu bawang besar ( *dimayang) Sambal belacan secukupnya 1 sudu besar kicap cair (manis) 2 biji telur Sayur (kangkung, sawi etc) Segenggam ikan bilis - goreng garing dan ketepikan Cara-cara Panaskan minyak, tuming bahan bertanda * hingga naik bau. Masukkan sambal belacan. Kacau sampai garing. Pecahkan telur, kacau seketika. Masukkan sayur. Masukkan nasi, kacau sebati sehingga nasi masak. Taburkan ikan bilis yang digoreng tadi. Rasa masin manisnya. Hidangkan bersama bahan-bahan lain yang sesuai.

Nasi Goreng nenas

Imej
Nasi goreng ni menu untuk breakfast pagi sabtu. Nasi goreng kampung yang sedikit pedas digandingkan dengan hirisan nenas madu. Hmm...mabeles, dengan rasa pedasnya, masin dan masam.  Gu dengan  ikan sepat ronggeng, memang terangkat... Ikan sepat ni suami beli di pasar malam hari Khamis baru-baru ni. Digoreng garing. Rasanya crunchy dan tidak terlalu masin. Siap boleh ratah lagi. Macam makan keropok.

Nasi Goreng lagi....

Imej
Menu untuk breakfast hari ni   Nasi Goreng Lada Hitam, Keropok Keping dan juga Karipap Daging Sebenarnya pagi-pagi tadi suami nak keluar beli makanan untuk breakfast pagi ni. Tetapi, memandangkan ada nasi sejuk dalam rice cooker kat dapur tu, saya dengan rela hati meng'offer' diri untuk buat nasi goreng. (hai...nampaknya nasi goreng menjadi pilihan utama di dapur saya. Bukannya apa...itukan menu yang paling senang. Saya pasti anda juga setuju dengan kenyataan saya ni).  Nasi ni saya goreng macam biasa, cuma saya taburkan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa. Nasi goreng lada hitam Sambil-sambil tu saya goreng keropok keping yang memang ada dalam stok simpanan saya. Anak-anak suka ni... Jenguk dalam esbok, nampaklah frozen karipap yang saya beli daripada rakan sekerja baru-baru ni. Jadi saya goreng sekali. (Karipap tu dibeli ye...harap maklum. Bukan buat sendiri ) Over cooked...he he

Menu makan malam yang simple.

Imej
Hmm...apalah menu yang simple tu? Alkisahnya suami masak nasi lebih tengahari tadi, so bila nasi sejuk banyak apalagi yang paling best dimasak?? Nasi gorengla... Nasi goreng ni tak de resepi khusus, cuma main campak apa-apa yang ada dalam esbok (huh...esbok??? sekadar meminjam bahasa-bahasa yang digunakan blogger2 yang lain).  Aiman paling bila saya buat nasi goreng, nak-nak nasi goreng yang menepati selera dia (nasi + telur + kicap). Nasi untuk Aiman ni saya goreng dengan sebiji telur berserta sos cili dan kicap. Itu aje... Tak masuk sayur-sayuran sebab dia tak suka. Kalau masuk pun mesti dia buang punya.  Untuk en. suami pula nasi goreng kampung dengan ikan bilis goreng. Perhatikan cili padi hiris tu. Itulah pembuka seleranya... Berapi... Alhamdulillah, walaupun hidangan nasi goreng yang simple, suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera sekali..  'Alhamdulillahillazi ath'amana wa saqana waja'alana minal muslimin...'

Nasi Goreng Ajer...

Imej
Tengahari ni saya cuma buat nasi goreng aje untuk en. suami dan Aiman. Masak simple2, main campak apa yang ada dalam fridge tu. Tu pun Aiman tak henti2 sebut,sedapnya ummi...  Hurm...Aiman...kalau dapat nasi goreng bubuh telur,kicap dan sos suka benar la dia. Ni nasi goreng untuk Aiman. Just nasi, telur,sos dan kicap. Mmg feveret dia ni. Nasipun tak pedas. Laju la dia makan. Tengok tu,kan main suker nye dia dapat nasik goreng pujaaan hati. Ummi pulak siap decorate ala2 kedai gitu. Lagik suker la dia. Ni pula untuk en. suami. Nasik goreng kampung versi ummi, keropok goreng (ekceli dah seminggu goreng kopok tu, simpan dalam tupperware lupa nak makan. So,abis kan tengahari ni). Saya goreng kan juga ikan pekasam dengan cili dan bawang (ikan pekasam ofismate - tq Ta) He he...sempat gakitik Deena berposing dalam pinggan tu. (Nasib baikla ko itik mainan,klau tak...selamatla...) Apapun hidangan tengahari licin licau dihabiskan oleh kedua2 beranak ni. P...