Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Roti Bakar Dengan Kacang Phool

Imej
Mmmm...akhirnya, Roti bakar dengan kacang phool ni bertandang juga ke dapur saya... 
Alhamdulillah suka dengan resepi ni. Memenuhi selera suami dan anak-anak. Sebuku roti benggali hadap sepetang jerr... 
Komen juri tetap ~ mabelesss.. 
Lepas ni tak yah la tunggu sampai JDT semata2 nak makan bendalah ni. Kat rumah pun boleh makan. Homemade pulak tu...
Kalau tak silap ambik resepi ni dari dapur Cendana kasih. Tumpang tempek pulak resepi tu kat sini ya...

Kacang Phool Resepi : Pak Haji
Bahan-Bahan
1 tin kacang phool 1kg daging dikisar 1 kg bawang merah - kisar 2 labu bawang putih - kisar 1sdt jintan manis - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 sdt jintan putih - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 sudu kecil ketumbar - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 inci halia - dikisar 1 cawan air Sedikit minyak @ planta untuk menumis Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bauMasukkan daging dan kacau hingga masak dan empukBila daging dah empuk masukkan semua kacang phoolTambahkan …

Kek Coklat Kukus Mudah...Again...n again...

Imej
Kek ni saya buat masa raya hari tu. syawal pun dah habis tp baru masuk entry ya... Biasalah...
Rasanya saya dah stick dengan resepi kek yang satu ni. 
Sumber drp mana saya pun dah lupa. Tapi seingat saya saya copy resepi2 yang ditempek dalam yahoogroups. Mungkin sender email tu copy dari blog atau forum yang lain. Tapi tak diletakkan sumber yang asal.
Apa2 pun, walau siapapun pemilik asal resepi kek ni timakasih bebanyak, kerana resepi ni telah berjaya memikat hati semua ahli keluarga saya.
So yummy...so delicious... :)
Resepi boleh tengok kat sini @ pun kat sini.

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong

Imej
Biasa goreng sayur ni sama ada guna ikan bilis ataupun udang sebagai perencahnya. Tapi tengok dalam peti ais ada saki baki sotong yg ntah bila tahun punya tah. 
Sotong tu kalau nak buat sambal konfom tak cukup. Ada pun sejemput jer... 
So goreng jer dengan kacang panjang. Habis cerita...

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong By Shikin
Bahan-Bahan 1 ikat Kacang panjang - potong menyerong 5-6 ekor Sotong - hiris bulat Cili Kisar 2 ulas Bawang Merah - mayang halus 1 ulas Bawang Putih - mayang halus 1 biji Bawang Besar - potong bulat Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis
Cara-Cara
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sambai naik bau.Masukkan cili kisar. Apabila  cili agak garing, masukkan sotong.Selepas seketika masukkan pula kacang panjang. Gaul sebati.Masukkan pula hirisan bawang besar.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kalau semua dah cukup rasa boleh lah padamkan api dan hidang.


Segalanya ikan...

Imej
Menu weekend baru-baru ni. Semuanya ikan.
Tom Yam Putih Siakap - resepi kesukaan keluarga. Sedap dihirup kuah tom yam yang masam2 pedas tu. Fuh! Berpeluh2 dibuatnya. Resepi boleh tengok kat sini.

Siakap Masam Manis - yang ni pun suami ngan anak2 suka. Siap ratah2 lagi. Nak2 kalau garing ikan tu masih terasa. Sebab tu kalau buat siakap masam manis ni saya suka hidang masa tu juga. Maksudnya lepas goreng, tuang sos terus disantap. Memang best!!! Resepi tengok kat sini yerrr...