Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Dadih Sedap Coffemate in da house...

Imej
Dadih untuk jamuan sekolah Nuha, sebelum sekolah bercuti hari tu. 3 adunan saya buat.


DADIH SEDAP COFFEEMATE By Shikin  Sumber : Yatie Memories 
Bahan-bahan ( 20 cup kecil )  10gm agar2 serbuk  1 1/2 cawan gula pasir  3 liter air (dlm 12 cwn)  200 gm Coffemate Creamer  1 tin susu sejat/ cair  Perisa jagung, perisa strawberry , perisa jagung dan perisa keladi


CARA-CARA Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih. Kacau rata. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki. Saya bahagikan pada 4 bahagian. Strawberry, jagung, keladi & original. Ikut selera masing2lah ya. Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm peti ais. Siap dan bolehlah di makan... Selamat Mencuba.

Apam Dot Dot

Imej
Projek sebelum cuti sekolah ri tu.
Untuk jamuan sekolah anak2...





Kerepek Ketam

Imej
Mudah aje membuatnya. 
Suami dan anak2 pun suka makan. 

Tepek gambar dan resepi yerrr...



Kek Pisang Pemanggang Ajaib

Imej
Malas nak ngobrol banyak2. 

Kejadian kek pisang ni pun dah lama.

So just tepek gambar & resepi yg di screen capturekan aja.


Smuanya follow instruction, dan saya bakar guna pemanggang ajaib.

Kari Sotong Berapi

Imej
Resepi Kari Sotong   By Shikin 
Bahan-Bahan
1 kg sotong-bersihkan, cuci dan toskan 2 biji tomato, belah 4 1 keping asam gelugor 2 sudu besar rempah kari ikan * 1 sudu besar rempah kari daging *(*di bancuh dngn sedikit air) 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar kicap manis jalen 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar madu Air jika perluGaram dan gula secukup rasa Minyak utk menumis 
Bahan Hiris dan Tumis
1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 tangkai daun kari, dilurut 2 batang serai- di ketuk 
Cara- Caranya 
Sotong di bersihkan, cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak. Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Masukkan air sedikit dan biarkan mendidih. Masukkan sotong, asam gelugor, madu sos tiram, kicap dan gaul rata. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh…

Potato Fritters

Imej
Fenomena jugak ni ...  Simple jer pun...but great.
Lama duk perati resepi ni dalam FB...asal ada orang post je..kita pun share tak berenti...tp tu la nak buat asyik tak menyempat...
Sebenarnya takdelah susah mana nak buat, bahan2nya pun ringkas jer...cuma tu lah... macam tak cukup MASA...
Sekali buat, berebut2 anak2 dan anak mak mentua makan. Sedap katanya...hihihi
Apapun resepi ni mesti dicuba...buat kudapan untuk minum petang...memang Terbaik laa..
Saya letak resepi kat sini ya...