Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ayam/burung

Ketupat Palas & Rendang Ayam Opah

Imej
Menu raya haji baru-baru ni... Ketupat Palas By Shikin Bahan2 1kg beras pulut 250 gm santan / 2 biji kelapa (santan tu agak-agak boleh tenggelam pulut lebih seruas jari) Garam Cara Rendam beras pulut semalaman (kalau pulut susu x payah rendam). Basuh bersih dan toskan. Masak santan dan garam sampai mendidih.  Kemudian masukkan pulut. Kacau sampai santan kering. Balut pulut dengan daun palas (cara balut bole google yer..) Dah siap balut letak dalam periuk. Rebus sampai ketupat betul2 masak - Saya rebus ngan Noxxa. HP dalam 7 minit macam tu... Rendang Ayam Opah By Shikin Sumber : Facebook Bahan2 1 ekor ayam 2 cawan santan 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit diracik halus Minyak untuk menumis Garam & gula secukup rasa Bahan kisar 21 tangkai cili kering 2 labu bawang besar 4 ketul kunyit hidup 1 sudu ketumbar 2 biji buah keras 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas Cara Tumis bahan...

Nasi Ayam Penyet

Imej
Menu yang sesuai untuk berbuka puasa Resepi Nasi Ayam Penyet Dan Sambal Sedap By Shikin Bahan-bahan & Cara Membuatnya ( 6 orang ) Bahan2 Untuk Ayam  1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 1 sudu besar Serbuk Kunyit ½ sudu besar Serbuk Lada Putih 3 ulas Bawang Putih 1cm Halia Sedikit Air 1 sudu kecil Garam Minyak masak untuk menggoreng. Cara-cara Memasak  Ayam Penyet Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/t...

Nasi Mandy Ayam Saudi

Imej
Cubaan pertama buat sendiri nasi arab Mandy. Saya guna pek instant jenama Albayt. Dalam pek ni dia dah sediakan siap-siap beras basmathi serta rempah tumis & rempah serbuk mandy. Tinggal nak cari ayam dengan bahan-bahan untuk buat sos harrah dan salad arab jer. Satu pek ni beras dia dalam 450gm macam tu. Kiranya saya masak cukup untuk kami 5 beranak makan sampai ke malam.  Apapun, memang mudah la guna instant pek macam ni. Just follow instruction...& gerenti jadi. Lepas ni nak cuba pek Nasi Mandy Kambing pulak. Depa kata sedap. Bolehla try buat untuk en. Tahiri...hihi Nasi Mandy Ayam Saudi By Shikin Nasi 450gm  Beras basmathi* 600ml air Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lumi)* 1 camca besar rempah serbuk mandy* (*ada tersedia dalam pek) 2 ulas bawang besar 5 ulas bawang putih 2 biji cili hijau 2 sudu besar tomato puree - x de stok , guna tomato sos aja. Sedikit garam -Rendam beras selama 20 minit a...

Nasi Goreng Puyuh

Imej
Selalu makan nasi goreng puyuh ni kat gerai Iwan Char Kue Teow depan Yawata.  Kali ni try buat sendiri kat rumah. Resepi sendiri saja. Very simple... Aiman kata..."sedap Ummi"... En. Tahiri pulak komen..."kalah Yawata ni"... hahaha... Iyolah tu... Jom tengok bahan-bahan yang digunakan dan cara membuatnya... Nasi Goreng Puyuh By Shikin Nasi Bahan 4 cawan nasi sejuk 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 biji telur sebuk lada hitam garam minyak Cara Mula2 panaskan minyak.  Bila minyak dah cukup panas tumis bawang putih & bawang merah. Kacaulah bawang tu  sampai kekuningan. Kemudian pecahkan telur. Gaul rata &cepat2, kalau boleh telur tu jgn masak sangat terus masukkan nasi sejuk. Goreng nasi sekejap. Kemudian taburkan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Teruskan menggoreng nasi sampai masak. Last sekali titikkan perwarna kuning telur. Kaup balikkan nasi supaya warna tu berserak r...

Masak Lemak Ayam Kampung

Imej
Lately update blog ni x sempat nak berceloteh bagai. Masa amat mencemburui...datang sapu2 habuk...pas tu balik...hihihi Ekceli masak lauk ni kemarin. Oh ya! Ayam kampung masak cenggini mmg feveret En. Tahiri :-) Masak Lemak Ayam Kampung By Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ayam kampung - bersihkan, potong ikut kesesuaian 1 ulas bawang putih* 4 ulas bawang merah* 1 inci halia* 1 sudu kecil serbuk kunyit* 4-5 biji cili merah* (bahan bertanda * blend sampai halus) 4-5 biji cili padi 3 batang serai - dititik Asam keping Tomato 1 mangkuk air Santan - lebih kurang RM1 Garam secukup rasa. Cara-Cara Membuatnya Masukkan  ayam, serai, asam keping, bahan-bahan yang dikisar beserta air kedalam periuk. Masak dengan api perlahan sampai ayam lembut. Kalau air kering, tambah lagi Masukkan pula santan.  Kacau sentiasa. Api biar perlahan supaya santan tak pecah minyak. Masukkan garam. Biarkan mendidih. Masukkan tomato.  Boleh lah r...

Gulai Ayam Kampung

Imej
Kalau ayam kampung tak buat masak kuning, mesti buat gulai. Duk ulang lagu tu la... Gulai Daging/Ayam/Tulang By Shikin Resepi : Mak mertua K.Am Bahan2 Untuk Tumis :- 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 kuntum bunga lawang 5-6 kuntum bunga cengkih 2 batang kulit kayu manis 2 tangkai daun kari Bahan Kisar 1 bungkus rempah kari 15 tangkai cili kering 11/2 inci halia 8-9 ulas bawang merah 1 sudu teh serbuk kunyit Bahan Lain 1/2 ekor ayam (saya guna ayam kampung) 11/2 cawan santan 2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih) Ubi kentang (potong 4) Garam secukup rasa 1 peket kecil Ajinomoto (optional ) - saya tak letak Minyak untuk menumis Air Cara-Cara Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan pula ayam dan kentang. Gaul sebati. Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.(Boleh tambahkan air, ji...

Ayam Masak Kicap

Imej
Lauk biasa-biasa jerrr...but my kids feveret... Ayam Masak Kicap By Shikin Bahan-Bahan Ayam - potong kecil Cili Sos Kicap Garam Gula Kunyit Bawang putih - mayang Bawang Merah - mayang Halia - hiris memanjang Serai - potong serong Bawang besar - potong bulat Minyak Air (jika perlu) Cara-Cara Basuh ayam bersih-bersih. Letak garam kunyit secukupnya. Goreng sampai masak (jangan terlalu garing)ketepikan. Alih minyak goreng ayam tadi kedalam bekas yang lain (tingglkan sedikit shj) Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau. Masukkan sos cili dan kicap secukupnya. Kacau sehingga garing. Kalau sos terlalu pekat masukkan sedikit air. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati. Masukkan pula bawang besar. Kaup balikkan. Agak-agak bawang tu dah layu bolehlah padamkan api. Sedia untuk dihidangkan... Sebenarnya boleh masukkan bahan-bahan sampingan yang lain lagi. Kalau ada karot, bunga kubis, b...

Set Nasi Hujan Panas Sempena Cuti Maulidur Rasul

Imej
Alhamdulillah...cuti yang bermanfaat. Dapat juga sediakan hidangan istimewa untuk santapan seisi keluarga. Nasi Minyak Hujan Panas My Style Nasi Minyak Hujan Panas cara saya...hihihi.  Bahan-bahan yang digunakan bawang merah, bawang putih, halia (blend @ tumbuk ketiga2nya), rempah tumis empat sekawan, majerin, minyak sapi, susu cair, daun pandan dan bahan utamanya ofkoslah beras dan air. Jgn lupapewarna merah,hijau dan kuning. Cara masak pulak, cairkan minyak sapi dan marjerin dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan rempah tumis 4 sekawan. Biarkan sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan air secukupnya. Masukkan beras. Bila dah mendidih tuangkan susu cair serta garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun pandan Teruskan memasak sehingga nasi masak sekata. Untuk efek warna tu,masa nasi baru kering, titiskan pewarna. Tutup tudung periuk seketika. Biarkan wap naik.Kmdn buka tudung periuk kaupbalikkan nasi perlahan2 sampai jd mcm dlm gambar. ...

Paprik Ayam

Imej
Beraksi dari dalam kuali jerr... Kalau memasak kat kampung memang cenggini lah gayanya. Masak-masak terus snap gambar... Dengan suasana kampung yang redup, gambarnya pun redup jerr. Apapun nak masuk entry jugak dalam blog ni...hihihi... Resepi tengok kat sini .  Cuma bahan-bahan tu ejas-ejas sendiri ikut apa yang ada kat dapurlah yerr...

Cendawan Crispy Dan Ayam Goreng Kunyit

Imej
Lamanya tak hapdet bloggg... Hmm...tak tau la nak kata macam mana...memang malas sungguh-sungguh. Nak kata tak masak...masak la jugak... Lepas masak ambil gambar, tapi tu lah...dok sengap dalam kamera tu je lah...hehehe Kali ni nak tayang cendawan crispy dengan ayam goreng kunyit. Ok letak resepi yerrr... Cendawan Crispy  By Shikin Bahan-Bahan Cendawan Serbuk kari daging Garam Serbuk perasa Tepung beras campuran Cara-Cara Siat-siat cendawan. Bancuh serbuk kari daging, garam dan serta serbuk perasa dengan sedikit air. Gaul cendawan dalam  bancuhan serbuk kari daging, angkat dan toskan. Kemudian golekkan atas tepung beras. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas sampai garing. Angkat dan toskan. Ayam Goreng Kunyit By Shikin Bahan-Bahan Ayam Garam Sebuk Kunyit Bawang besar Cili Kering Cara-Cara Gaul ayam dengan garam kunyit Panaskan minyak. Masukkan ayam, goreng sampai...

Ketupat Palas Dan Rendang Ayam

Imej
Ekceli yang ni menu AidilAdha baru-baru ni. Tapi asyik bertangguh nak masuk dalam blog. Memandangkan ptg ni agak free, saya update saja... Nak cerita pasal rendang ayam sebab ketupatnya saya order ngan jiran...:) Rendang Ayam By Shikin Bahan -Baha n 1 ekor ayam - potong kecil 20 tangkai cili kering* 15 ulas bawang merah* 3 inci lengkuas* (bahan * dikisar halus) 5-6 batang serai - diketuk 4 keping daun limau purut - koyak2kan, buang tangkainya Santan - RM 3 Air Garam Minyak Cara-Cara Panaskan minyak Tumis bahan2 kisar dan serai sampai garing dan naik bau. Masukkan ayam. Gaul sebati. Tuangkan santan dan air sehingga mencukupi. Masukkan daun limau purut Masak sehingga pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa. Padamkan api. Rendang ayam sedia untuk dinikmati.

Nasi Ulam dan Ayam Goreng Berempah

Imej
Iftar 7 Nasi ulam untuk juadah berbuka hari ni. Resepi cara emak mertua saya. Puas jugak menelefon kakak ipar untuk mendapatkan metod yang betul. Setelah berguru lebih kurang, saya pun buat seperti yang diberitahu. Tak delah susah mana pun...cuma nak kena pastikan  semua bahan secukup rasa.  Masa berbuka, En. Tahiri ngan Aiman memang pulun habis. Kiranya tak berbaki nasi ulam saya tu... Nasi Ulam   By Shikin Bahan-Bahan Nasi  Ulam-ulaman secukupnya - saya guna daun putat, sekentut dengan enau. 2 batang serai 1 inci lengkuas - agak2lah. Jgn banyak sgt nti rasa pedar. 2 ulas bawang merah 4-5 biji cili padi - kalau dpt cili padi kampung lg best Kerisik Garam secukup rasa Jus limau nipis Cara-cara Tumbuk kesemua bahan (jus limau nipis) sampai lumat. Tuangkan bahan-bahan tumbuk tadi keatas nasi. Perahkan jus limau nipis.  Gaul sebati kesemua bahan sehingga bergaul mesra. Sedia dimakan dengan lauk-pauk y...