Masak soto untuk acara makan-makan saya adik beradik pada hari raya ke empat. First time buat soto. Itu pun menggunakan rempah ready made yang dibuat oleh ayah kepada ex-student matrik beberapa batch lepas. Rasanya not bad, cuma kalau nak buat lagi nanti bolehlah dilakukan sedikit penambahbaikan. Oleh kerana rempah soto dah ada, saya cuma menyediakan bahan-bahan sampingan sahajalah. Jom kita tengok resepi soto saya ni. Soto Raya by Shikin @ Dari Dapur Ummi Bahan-Bahannya Bahan Utama Bihun - celur dalam air panas, toskan Nasi himpit - rebus, biarkan sejuk dan potong kecil-kecil Bahan Kuah Ayam secukupnya (rebus dan carik halus-halus, ketepikan) Rempah soto Serai - dititik Sup Bunjut Garam dan gula secukup rasa - Ayam direbus sehingga empuk. Angkat dan toskan. - Air bekas rebusan ayam dipanaskan. Masukkan rempah soto, serai dan sup bunjut. - Renehkan. - Rasa garam dan gula - Tuang ke atas bihun atau nasi himpit yan...