Yang ni memang betul2 rare... Saya kenal kebabas ni pun selepas kahwin dengan En. Tahiri. Tapi orang2 belah baling ngan sik kebanyakannya familiar dengan benda alah ni. Biasanya kita dengar pincuk cermai kan??? Ha...kebabas ni adik beradik dia la. Cuma cermai tu digantikan dengan hirisan jantung pisang dan buah kelubi. J antung pisang pulak kena tengok2 jugak, x boleh hentam keromo. Antara yang sesuai macam pisang awak, pisang batu...pisang emas x boleh katanya...takut gatal ke kelat...ntah saya pun tak ingat. Bab jantung pisang ni saya serahkan kepada en. suami sebab dia lebih pakar. Saya tau sampai kat saya jantung pisang dah siap dicincang...hahaha Ok, bahan-bahan nak buat kebabas ni mudah saja iaitu cili padi, belacan, garam dan gula. Berapa banyak??? Ikut kesesuaianla. Kalau nak pedas lebihkan cili, tapi hati2 takut tersedak masuk sampai kedalam hidung...seksa!!! Kena match jugak ngan jantung pisang dan kelubi. Masukkan semua bahan dalam...