Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sardin

Roti Jala, Pengat Durian & Sandwich Simple

Imej
Juadah berbuka puasa kami kelmarin. :) ROTI JALA By Shikin  Sumber : Reenkhan  Bahan-bahan  2 cawan tepung gandum  1 cawan santan pekat  1 1/2 air  garam secukup rasa    2 warna yang berbeza (guna pewarna hijau saja)  1 biji telor  Cara   Blend kesemuanya.  Tapiskan adunan supaya tidak berketul2  Bahagikan 2 bahagian  Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain  Masuk kan kedalam botol muncung 3  1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan  1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegak Biarkan roti jala masak Angkat daripada pan.  Warnakan dengan pewarna hijau Jala seperti biasa dengan acuan roti jala Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing  Pengat Durian By Shikin Bahan-Bahan Durian  Santan  Gula  Garam  Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan)  ...

Roti Gulung Popia

Imej
Iftar 5 Dapat idea ni daripada k.Liza Intai Resepi.  Dah alang2 buat popia sardin, roti pulak ada 4,5 keping, bolehlah buat sekali. Betul macam k.liza kata, bila dah digoreng garing, masa makan tu dia rapuh diluar tetapi lembut didalam. Suka pulak anak-anak makan roti ni.  Selalu roti tu celup dalam telur dan golek dalam serbuk roti sebelum digoreng. Kali ni lain sikit.  ROTI GULUNG POPIA by Shikin Sumber : K.Liza  Bhn2: 5 keping roti - digelek nipis 5 keping kulit popia Sdkt tpg jagung + air - jadikan gam Inti sardine secukupnya Minyak utk menggoreng - ambil sekeping roti yg telah digelek nipis dan letak inti sardine diatasnya, gulung kemas.. - ambil sekeping kulit popia, letakkan roti yg telah digulung diatasnya dan gulung dgn kemas.. - ambik gam tpg dan sapu tepi kulit popia utk mengelakkan terbuka masa grg nnt.. - buat sehingga habis dan panaskan minyak dan grg mcm grg popia yg biasa...

Popia Sardin

Imej
Nak masuk entry lelaju nih...hehehe (3 hari offline) Yang ni menu untuk iftar hari keempat. Cuma buat popia sardin jer...  Inti tu dah lama buat. Duk terperuk lama dalam peti ais. Cuma beli kulit popia dan balut macam biasa... Iftar 4. Popia Sardin By Shikin Bahan2 Kulit popia secukupnya Inti Sardin - resepi kat sini cuma untuk inti popia ni saya tambah dengan ubi kentang yang dipotong dadu Cara-Cara Nyahbekukan kulit popia daripada peti ais. Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti sardin secukupnya. Bungkus popia kemas2. Gamkan hujung kulit popia supaya tak terbuka masa kita nak goreng nanti. Buat sampai habis. Kemudian goreng popia sampai berwarna keemasan. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dimakan.

Sandwich Goreng

Imej
Kat rumah ni, kalau nak habiskan roti, transform jek jadi benda lain. Sekejap jer jalan. Sandwich Goreng by Shikin Bahan-Bahan: Bahan Roti Roti putih Inti Sardin Planta/Mentega Mayonis Bahan Batter 2 sb mentega Majerin 1 1/2 cawan Tepung Gandum* 1/2 cawan tepung ubi 1/2 cawan tepung jagung 1 titik perwarna kuning (optional) 1/4 st Garam* (* campur) Air CARA2: Sapu roti dengan planta dan mayonis. Ratakan inti sardin diatasnya. Lipat 2 roti menjadi bentuk 3 segi. Satukan kesemua jenis tepung, garam dan mentega. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Bancuh sehingga adunan tidak berketul dengan kepekatan yang sesuai.(boleh guna handwhisk utk mendapatkan adunan yang sekata) Celupkan roti kedalanm adunan tepung Goreng didalam minyak yang banyak dan betul-betul panas sehingga berwarna kuning keemasan. Angkat roti daripada kuali, toskan minyak. Sedap dimakan semasa masih panas.

Nasi Goreng Sardin

Imej
Menu untuk makan malam... Nasi Goreng Sardin by Shikin Bahan-bahannya 4 cawan nasi sejuk 1 biji bawang besar - dimayang 2 - 3 sudu besar sambal belacan 3 sudu besar pes sardin 2 biji telur Sayur-sayuran (optional) Minyak masak Garam secukupnya Cara-Cara Membuatnya Panaskan minyak. Tumis bawang besar sehingga kekuningan.  Masukkan sambal belacan. Biar sehingga pecah minyak. Masukkan pula pes sardin. Kacau sebati. Pecahkan telur. Kacau lagi.  Masukkan nasi sejuk. Balik-balikkan supaya nasi sebati dengan bahan tumisan.  Masukkan juga sayur-sayuran yang sesuai (jika ada) Letak garam secukupnya. Kacau sebati.  Apabila nasi telah masak bolehlah dipadamkan api Hidangkan.

Pes Sardin

Imej
Kalau nak makan sandwich sardin inilah cara yang saya gunakan untuk buat intinya. Selalunya saya akan masak sardin tu dengan beberapa bahan yang lain untuk mengurangkan rasa kesardinannya. Pernah juga buat inti yang tidak dimasak, cuma gaul dengan bahan-bahan tertentu seperti hirisan bawang, cili dan perahan air limau nipis. Tapi rasanya saya prefer inti yang macam ni lagi... Pes Inti Sardin by Shikin Bahan-bahannya 1 tin sardin (terpulang jenama apa yang disukai) 3 sudu besar cili kisar 1 biji bawang besar - potong dadu 1 biji cili merah - hiris dan cincang 2-3 biji cili padi (optional) - hiris halus 1 biji limau nipis Garam Cara membuatnya Tuang sardin kedalam pinggan. Buang tulangnya. Lenyek sampai hancur. Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sardin yang telah dilenyek beserta kuahnya sekali. Kacau sebati. Masukkan pula hirisan cili merah, cili padi dan garam secukup rasa. Ap...