Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pulut

Pulut Pelam

Imej
Buat pulut pelam ni masa musim harumanis baru2 ni... First time saya buat utk santapan keluarga...En.Tahiri x penah makan pulut ngan pelam. Saya pula biasala makan masa zaman duk asrama dulu. Tu pun parents kawan2 bawa datang. Kalau kat umah sendiri memang x penah buat. Saya buat pulut lemak ja... Pulutnya dikukus macam biasa, kemudian arun dengan santan dan dikukus sekali lagi. Dah masak boleh dihidangkan dengan pelam yang dah dipotong-potong...

Bubur Pulut Hitam

Imej
Stok beras pulut hitam dah hampir berbubuk dalam kabinet dapur. So, tindakan drastiknya masaklah apa-apa asal beras tu tak terbuang begitu saja. Yang paling senang, tentulah buat bubur. Bubur cara saya pulak, tak der lah resepi secara terperinci. Masak stail orang tua-tua, asal sesedap rasa. Kalau nak tengok bahan-bahannya kat bawah yerr... Bubur Pulut Hitam By Shikin Bahan-Bahan Beras Pulut Hitam ~ Saya guna 1kg. Basuh bersih dan rendam. Santan ~ Beli santan RM3 rupanya tak cukup lemak untuk 1kg beras. Next time beli santan dalam RM5 atau 1/2 kg kot... Susu Cair ~ Tambah sebab bubur tak cukup lemak (kurang santan) Gula secukupnya ~ En. Tahiri suka bubur yang rasanya manis-manis buah, so saya buat mcm tu lah. Sedikit garam ~ jgn bnyk sangat. Sekadar nak membangkitkan rasa lemak santan tu. Daun pandan ~ utk aroma wangi. Saya tak letak sbb tak jumpa daun pandan. Ni kes buat bubur malam2 buta, mana nak cari daun pandannya. Cara-Cara Membuatnya ...

Pulut Serikaya/Serimuka...1st trial...

Imej
Ini percubaan pertama saya buat pulut serikaya @ kat tempat saya dipanggil pulut sekaya. One of my favourite dish, tapi jujur saya belum pernah membuatnya sendiri. Memandangkan semangat nak mencubanya tengah meluap-luap, stok beras pulut pun banyak kat rumah (beli kat bukit kayu hitam dengan Ta baru-baru ni...) , saya pun BW dari dapur ke dapur mencari resepi pulut serikaya ni. Jumpa satu resepi yang dikongsikan kat dapur Lina Pg, yang mana resepi asalnya daripada yatie memories. Belek-belek, bahan yang nak digunakan ada kat dapur saya. Tinggal nak cari santan dengan daun pandan. Resepi asal guna gula melaka, tapi saya tukar dengan pandan sebab kalau pakai gula melaka nampak macam tepung talam la pulak) Nak jadi ceritanya, dah bancuh adunan, daun pandan tak juga sampai. Sudahnya, saya tuang aja perwarna hijau epal yang ada dalam kabinet tu. Nasibla...asalkan warnanya hijau. Setelah siap semua bahan, proses mengukus pun bermula. Tak lama mana pun nak membuatnya. Tapi buat ...

Ketupat Palas

Imej
Ketupat palas ni menu wajib pada hari raya bagi orang-orang utara. Tapi saya tak berapa pandai nak membuatnya. Emak saya pun jarang buat sendiri ketupat ni. Biasanya kami tempah daripada jiran-jiran. Dulu masa arwah emak mentua masih ada, bab nak membalut ketupat serah aja kepada dia. Saya tolong sikit-sikit bolehlah. Tu pun kadang-kadang jadi ketupat galas, tak pun ketupat betina. Last-last saya surender... Tapi bila dia dah tak ada saya usahakan juga membalut ketupat palas ni. Walaupun tak perfect mana, setakat nak makan keluarga sendiri...bolehlah...  Dan untuk AidilAdha baru-baru ni bersama-sama emak, saya berjaya balut 2kg ketupat palas... Wow...unsangkarable sungguh... Hendak seribu daya kannn... Ketupat Palas by Shikin Bahan-Bahannya 1kg pulut 1kg santan Garam  Daun Palas secukupnya Cara-Cara Kacau pulut bersama santan dan garam secukup rasa di dalam kuali sehingga separuh masak. Apabila pulut telah sejuk, balut dengan daun palas. Masukkan ketupat yang siap dib...