Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Siakap Sweet Sour

Imej
Menu ulang tayang. Kat rumah ni kalau beli siakap, sama ada masakan sweet sour atau 3 rasa.  Inilah 2 resepi yang sering mendapat tempat dihati suami dan anak-anak dapur ummi.  Agak klise kan??? Tak pernah lagi cuba masak dengan cara membakar atau mengukus siakap ni. Mungkin di masa-masa yang akan datang ada kesempatan untuk mencuba menu-menu siakap yang lain pula... Siakap Sweet Sour by Shikin Bahan-Bahan 1 ekor ikan siakap (berat lebih kurang 400-500gm) 1 labu bawang besar - potong dadu 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram Sedikit tepung ubi Sedikit Lada sulah 1/2 cawan air Timun, Nenas, Karot secukupnya (potong dadu. untuk timun buang empulur tengahnya) 3-4 tangkai cili padi (optional-kalau nak pedas) - hiris Garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung (optional) - bancuh dengan sedikit air. Tepung jagung ni bertujuan untuk  memekatkan kuah. Sedikit minyak

Puding Roti Marble

Imej
Tengoklah corak puding saya tu bersememeh semacam aja... Sebenarnya dah sedang elok kejadian coraknya masa memula saya tuang dalam loyang tu.  Alkisahnya masa proses nak menyejuk dan membekukan puding Nuha pulak main peranan. Larat di tonyohnya puding saya tu dengan pengayak tepung. Kan dah comot tu. Tapi bila dah dipotong ok jer coraknya. Comot bahagian atas, belah dalam ok... Haish...sabar jelah anak-anak oii... PUDING ROTI MARBLE By Shikin Sumber : Hana Myresepi Bahan-bahan ( satu loyang ) 4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml. 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) Cara-cara Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.   Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sud

Roti Jala Dengan Kari Ayam

Imej
Menu berbuka puasa hari kedua. He he...dah kena semangat menjala la pulak semenjak dua menjak ni. Sekejap-sekejap nak menjala.  Tapi tengok kepada stail jala tu tak berapa nak mantop lagi. Maklumlah ...penjala amatur. Kena banyak training lagi nih... Roti Jala By Shikin Sumber : Kak Ummi Kuantan Bahan:-( Saya buat half dari adunan di bawah ni ) 750 - 850 ml air 410 ml susu cair (tak masuk pun) 600 gm tepung gandum 2 biji telor 3 - 4 sudu makan minyak 1 sudu teh garam sedikit pewarna kuning (saya letak juga perwarna hijau) 2 helai daun pandan - untuk merenjis Cara-Cara:- Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.(saya bahagi dua adunan, satu letak warna kuning, satu lagi warna hijau) Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan

Cucur Nasi Ikan

Imej
Cucur ni ilham daripada resepi cucur nasi ikan bilis oleh Noor Masri. Saya cuma tukar penggunaan ikan bilis tu kepada isi ikan kembung. Kalau saya buat cucur tak derlah sukatan yang tepat . Main hentam keromo jer. Ikut bahan-bahan yang ada di dapur lah.  Tapi anda boleh tengok resepi daripada Noor Masri ni. Ejaslah mana yang patut supaya kena dengan citarasa sendiri.   Cucur Nasi Ikan By Shikin Resepi Asal : Noor Masri Bahan-Bahan 2 cwn nasi 2 cwn air 1 biji bwg besar - hiriskan 2 biji bwg putih - tak letak 1/2 cwn ikan bilis - saya ganti dengan isi ikan kembung yang telag direbus 2 1/2 cwn tepung gandum 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) Daun sup/bawang (di hiris halus) - x letak sedikit garam Minyak untuk mengoreng Cara Membuatnya Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. Campurkan semua bahan2 hir

Mee Lidi Goreng Hijau

Imej
Juadah berbuka hari pertama. Goreng mee lidi ajer... MEE LIDI GORENG By Shikin resipi : Ummi Kuantan sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan2: Air secukupnya 1/2 bungkus mi lidi sedikit minyak jagung minyak masak secukupnya 1 biji bawang besar ~ dipotong dadu 3 ulas bawang putih ~ dicindang 2 sudu besar kicap cair 1 kiub pati ayam sedikit garam sedikit lada sulah 10 ekor udang segar 1/2 biji kobis ~ dihiris (saya gantikan dengan sawi dan hirisan lobak merah) sedikit serbuk lada sulah Bahan dikisar : 2 biji cili hijau 6 biji cili padi hijau 4 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang  Cara: Didihkan air, celup/celur mi lidi, angkat dan toskan. Gaul mi lidi bersama sedikit minyak jagung sehingga rata dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak , tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga keemasan. Masukkan bahan kisar dan kacau seketika. Bubuh kicap cair bersama kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau lagi. Masukkan udang bersama kobi

Dadih Sedap Coffemate Lagi...

Imej
Buat lagi dadih coffemate yang sedap banget nih. Kegemaran anak-anak, tambah-tambah Deena dan Nuha. Kejap-kejap buka peti ais, berulang-ulang makan. Macam tu lah lagi tak habis... DADIH SEDAP COFFEEMATE By Shikin Sumber : Yatie Memories Bahan-bahan ( 20 cup kecil ) 10gm agar2 serbuk 1 1/2 cawan gula pasir 3 liter air (dlm 12 cwn) 200 gm Coffemate Creamer 1 tin susu sejat/ cair Perisa jagung, perisa strawberry , perisa pandan dan perisa keladi   Cara-cara Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api. Bah

Roti Jala

Imej
First time buat roti jala guna acuan muncung tiga.Hancuss... Kena practise banyak kali lagi supaya kejadiannya elok dan menarik dipandangan mata. Tak berapa kemas tapi kira ok la tu... Cicah ngan serawa durian . Roti Jala By Shikin Sumber : Kak Ummi Kuantan Bahan:-( Saya buat half dari adunan di bawah ni ) 750 - 850 ml air 410 ml susu cair (tak masuk pun) 600 gm tepung gandum 2 biji telor 3 - 4 sudu makan minyak 1 sudu teh garam sedikit pewarna kuning (saya letak juga perwarna hijau) 2 helai daun pandan - untuk merenjis Cara-Cara:- Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah tepung. Masukkan telor dan pukul dengan hujung garfu. Tuangkan susu, letak sedikit pewarna kuning dan air. Bancuh sampai larut kemudian tapiskan.(saya bahagi dua adunan, satu letak warna kuning, satu lagi warna hijau) Panaskan kuali leper, celup daun pandan ke dalam minyak dan renjiskan/lenser sedikit ke atas kuali.

Serawa Durian

Imej
Ini serawa  durian cara saya. Simple dan ikut suka aja. Tak de resepi khusus, main lebur bahan-bahan yang ada. Serawa Durian By Shikin Bahan-Bahan Durian (ambil isi secukupnya) Santan Gula Garam  Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan) Cara-Cara Masukkan isi durian kedalam periuk. Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Masukkan gula secukupnya.  Masukkan daun pandan. Masukkan juga secubit garam. Teruskan memasak sehingga semuanya sebati. Rasa kuahnya, kalau cukup lemak dan manisnya padamkan api. Bolehlah dihidangkan. Sedap dicicah dengan roti jala atau roti.