Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kacang

Menu ulang tayang

Imej
Dah banyak kali buat... Tempek gambar ngan resepi jer ye... KACANG PHOOL By Shikin Sumbangan : Diana Sumber : Mami Asmah Laili, Inahar Bahan-Bahan 1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk 1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan- x letak 1 tin bake beans 1/2 kilo daging cincang sedikit tomato sos-ni kita tambah sendiri Beberapa biji telur, digoreng mata lembu 2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil 3 biji lada hijau, dihiris kasar - pakai cili merah 3 biji lada merah, dihiris kasar 6 biji limau kasturi, dibelah 2 Sedikit daun ketumbar dan daun pudina - x letak Garam secukup rasa -kita tambah perisa & gula sedikit minyak utk menumis BAHAN KISAR 20 biji lada kering 20 biji bawang merah 5 biji bawang putih dikisar halus 2 sudu teh penuh rempah beriani Sedikit halia air secukupnya Cara Cara Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan semua kekacang dan gaul rata. Biarkan mendidih sehingga dagi...

Roti Bakar kacang Phool...

Imej
Sesekali tukar breakfast dengan roti pulak. Asyik nasi jer pun jemu jugak... Resepi boleh tengok kat sini .

Roti Bakar Dengan Kacang Phool

Imej
Buat sekali lagi roti bakar dengan kacang phool ni. Kali ni guna resepi sumbangan Diana, sumber resepi daripada Mami Asmah Laili & Inahar. Memang terbaiklah... KACANG PHOOL By Shikin Sumbangan : Diana Sumber : Mami Asmah Laili, Inahar Bahan-Bahan 1 tin kacang PHOOL MEDAMAS masukkan didalam mangkuk 1 tin kacang kuda putih dan pecah-pecahkan-  x letak 1 tin bake beans 1/2 kilo daging cincang sedikit tomato sos-ni kita tambah sendiri Beberapa biji telur, digoreng mata lembu 2 biji bawang besar, dipotong dadu kecil 3 biji lada hijau, dihiris kasar - pakai cili merah 3 biji lada merah, dihiris kasar 6 biji limau kasturi, dibelah 2 Sedikit daun ketumbar dan daun pudina - x letak Garam secukup rasa -kita tambah perisa & gula sedikit minyak utk menumis BAHAN KISAR 20 biji lada kering 20 biji bawang merah 5 biji bawang putih dikisar halus 2 sudu teh penuh rempah beriani Sedikit halia air secukupnya Cara Cara Tumis baha...

Roti Bakar Dengan Kacang Phool

Imej
Mmmm...akhirnya, Roti bakar dengan kacang phool ni bertandang juga ke dapur saya...  Alhamdulillah suka dengan resepi ni. Memenuhi selera suami dan anak-anak. Sebuku roti benggali hadap sepetang jerr...  Komen juri tetap ~ mabelesss..  Lepas ni tak yah la tunggu sampai JDT semata2 nak makan bendalah ni. Kat rumah pun boleh makan. Homemade pulak tu... Kalau tak silap ambik resepi ni dari dapur Cendana kasih. Tumpang tempek pulak resepi tu kat sini ya... Kacang Phool Resepi : Pak Haji Bahan-Bahan 1 tin kacang phool 1kg daging dikisar 1 kg bawang merah - kisar 2 labu bawang putih - kisar 1sdt jintan manis - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 sdt jintan putih - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 sudu kecil ketumbar - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 inci halia - dikisar 1 cawan air Sedikit minyak @ planta untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Cara-cara Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau Masukkan da...

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong

Imej
Biasa goreng sayur ni sama ada guna ikan bilis ataupun udang sebagai perencahnya. Tapi tengok dalam peti ais ada saki baki sotong yg ntah bila tahun punya tah .  Sotong tu kalau nak buat sambal konfom tak cukup. Ada pun sejemput jer...  So goreng jer dengan kacang panjang. Habis cerita... Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong By Shikin Bahan-Bahan 1 ikat Kacang panjang - potong menyerong 5-6 ekor Sotong - hiris bulat Cili Kisar 2 ulas Bawang Merah - mayang halus 1 ulas Bawang Putih - mayang halus 1 biji Bawang Besar - potong bulat Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sambai naik bau. Masukkan cili kisar. Apabila  cili agak garing, masukkan sotong. Selepas seketika masukkan pula kacang panjang. Gaul sebati. Masukkan pula hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kalau semua dah cukup rasa boleh lah padamkan api dan hidang. ...

Kacang Panjang Goreng Dengan Ikan Bilis

Imej
Kacang Panjang Goreng Dengan Ikan Bilis By Shikin Bahan-Bahan 1 ikat kacang panjang Segenggam ikan bilis 2 sdb serbuk sambal udang 1 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah Garam dan gula Minyak masak secukupnya Cara Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Masukkan serbuk sambal udang. Gaul sebati. Masukkan pula kacang panjang. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan bawang besar. Setelah bawang layu bolehlah dipadamkan api

Masak Lemak Temenung Dengan Kacang Panjang

Imej
Lauk kegemaran suami yang mudah untuk disediakan.   Masak Lemak Temenung Dengan Kacang Panjang By Shikin Bahan-Bahan 8 ekor ikan temenung / kembung (saiz kecil) Santan (RM 1) 3 ulas bawang merah - mayang 1 labu bawang besar - belah 2, hiris nipis 6-7 biji cili padi - boleh dihiris/diketuk/masuk sebiji2 3-4 btg serai - dititik 1-2 inci lengkuas - dititik 1-2 kpg asam gelugur/keping 1 sdt serbuk kunyit (lagi best kalau guna kunyit hidup) 1-2 cwn air (ikut kesesuaian) Garam Kacang panjang - potong ikut kesesuaian Cara-Cara Siang ikan, cuci bersih2. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk. Masak dengan api perlahan, sampai mendidih. Api jgn terlalu kuat, dan pastikan santan tak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Kacang Panjang Goreng Dengan Telur

Imej
Tak mo pot-pet banyak-banyak. Cuma nak masukkan resepi jer... Kacang Panjang Goreng Dengan Telur by Shikin Bahan-Bahan Kacang Panjang - potong serong 1 ulas bawang putih - dimayang 2 ulas bawang merah - dimayang Segenggam ikan bilis 1 biji cili merah - dihiris Sebiji telur Sedikit minyak Garam secukup rasa Cara-Cara Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ikan bilis. Goreng sehingga garing. Ketepikan. Tumis bawang putih, bawang merah dan juga cili merah sehingga naik bau. Masukkan kacang panjang. Kacau sehingga kacang hampir masak. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Kacau lagi. Masukkan pula telur dan garam secukupnya. Kacau sehingga telur masak. Padamkan api. Sedia untuk dhidang.