Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Puding Keju

Imej
Dah lama resepi puding ni duk dalam waiting list. Memang rasa berkenan sangat nak buat. Cuma, itu lah...masa... Selalu tak mengizinkan.  Tapi kali ni saya nekad...saya mesti laksanakan misi yang tertangguh ini. Kesian kat biskut cheese yang terperuk dalam kabinet tu. Dah berkurun saya beli, sebelum puasa lagi rasanya. (mak aihh... sakan sungguh. Punyalah tak dak masa ???) Jadi hari Khamis baru-baru ni, siaplah puding keju yang tak lah susah sangat nak membuatnya. Tu pun setelah puas menepis rengekan dan raungan Nuha yang asyik bergantung di hujung kaki. Inilah hasilnya...dan juga resepi (diubah suai sikit ikut kesesuaian bahan yang ada di dapur saya) . Rasanya???...dah tentulah sedap. Sangat sedap... Thanks untuk owner asal resepi, saya tumpang lekat kat sini pulak yerr... PUDING KEJU by Shikin resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram Saiz 8" persegi BAHAN2: 13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm) 1 liter Air (g

Fluffy Chocolate Banana Muffin

Imej
Muffin yang saya buat untuk acara makan-makan kat tempat kerja dan juga untuk menghabiskan 2,3 biji pisang berangan yang masak meranum atas kabinet dapur tu. Resepi muffin jumpa masa selongkar-selongkar dalam tenet.Tengahari dapat resepi, malam terus cuba. Macam excited pulak. Ekceli, saya tak pernah buat muffin bagai ni. Nak -nak yang kena letak dalam cup kecik-kecik cenggini. Tapi atas semangat Malaysia Boleh Akupun Boleh Apa saya usahakan juga. Resultnya...Alhamdulillah. Menjadilah bagi saya yang tak pakar dalam bab memuffin ni. Nak tau betul-betul jadi ke tidak kenalah tanya pakar.  Setakat untuk santapan saya dan keluarga...ok dah ni. Anak-anak pun berebut-rebut nak makan. Lepas satu...satu. "Sedapnya ummi", riuh mulut berbunyi. He he...ummi pun seronok nak memasak. Resepi ni saya dapat daripada blog Izzah muffin lover. So, saya kongsikan di sini pulak yer...   Fluffy Chocolate Banana Muffin by Shikin sumber resepi: izzah , rosmarlina@jintanmanis.com Bahan-ba

Ikan Goreng Celup Tepung

Imej
Feveret suami dan anak-anak ni. Kadang-kadang tak sempat jadi lauk dan diratah anak-anak.  Kalau guna ikan yang kecil saiznya lagi best. Boleh goreng garing-garing. Bila makan...crunchy jer... Ikan Goreng Celup Tepung by Shikin Bahan-Bahannya Ikan Kembung/Temenung ( jenis dan jumlahnya terpulang kepada citarasa masing-masing) 1 cawan tepung Serbaguna 2 sudu besar mentega Air Garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng (deep fryer) Cara-Cara Bersihkan ikan. Tos dan ketepikan. Masukkan tepung dan mentega kedalam bekas.  Tuang air sedikit demi sedikit.  Bancuh adunan seperti kita nak buat goreng pisang. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Yang sedang-sedang saja ya... Rasa masin secukupnya. Panaskan minyak. Celup ikan ke dalam adunan tepung.  Goreng sampai masak. (semasa menggoreng ikan bolehlah dilurutkan daun kari ke dalam minyak gorengan untuk menambah bau masakan)

Puding Roti Karamel

Imej
Nak masukkan entry tentang puding roti karamel hari ni. Dah lama duk dalam waiting list, cuma nak buat tu yang tak rajin sempat. (Iye ker tak sempat??? He he ...  kadang-kadang tu saja buat-buat tak sempat...) Resepi asal Puding Roti Karamel daripada Rosaliza tetapi saya copy daripada dapur K.Nor. Minta izin share ya... Pertama kali buat puding roti karamel, kejadiannya bagi saya taklah begitu menarik. Macam tak jadi jerr kata hati kecil saya. Sebab apa saya kata macam tu?? Sebab nampak teksture pudingnya yang menggerutu dan tidak begitu halus mulus. Karamel dia pun tak begitu menarik. Tak tau kenapa?? Kisahnya masa saya masak karamel ni, asal letak air jer karamelnya jadi berketul-ketul, macam gula-gula tarik pulak. Sampai 3 kali saya masak karamel tu. Last-last hentam ajelah mana yang ada. Hi hi...kena menuntut lagi ilmu buat karamel ni daripada orang yang lebih pakar. Walaupun rupanya tak berapa menarik, tang rasanya tu bagi saya thumbs up lah... Memang sedap... Hmm

Kangkung Goreng Udang Bercili

Imej
Sesekali layan kangkung goreng dengan nasi putih panas-panas pun sedap jugakkan. Selalunya kalau masak kangkung saya lebih suka buat kangkung goreng belacan. Tapi kali ni saya cuma goreng dengan udang dan cili merah yang dihiris-hiris sahaja. Tak pedas sangat dan anak-anak pun boleh makan. Kangkung Goreng Bercili by Shikin Bahan-bahan 1 ikat kangkung - dipotong ikut kesesuaian. Basuh bersih-bersih dan toskan. 100 gm udang kecil - buang kepala dan ekornya 1 ulas bawang putih - dimayang 2 ulas bawang merah - dimayang 1/2 labu bawang besar - dihiris 1 biji cili merah - dihiris memanjang Garam secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga layu. Masukkan udang, kacau seketika. Masukkan cili merah yang dihiris. Masukkan kangkung yang telah dibersihkan. Kacau sehingga kangkung masak. Perisakan dengan garam. (Jika suka boleh tambah sos tiram) Padamkan api. Sedia untuk d

Sambal Hitam Pahang

Imej
Sambal Hitam Pahang ni sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas dan ulam-ulaman. Memang best. Biasanya kalau buat sambal macam ni makan nasik tu selalu over limitlah. Berselera sungguh Sambal Hitam Pahang  by Shikin Sumber : Majalah Rasa Bahan-bahan 20 biji cili padi 10 biji belimbing buluh - rebus seketika dan toskan 100 gm ikan bilis 1 labu bawang besar - dimayang Garam secukup rasa Sedikit minyak untuk menumis Cara-cara membuatnya Tumbuk cili padi, belimbing buluh dan ikan bilis sehingga lumat. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga layu. Perasakan dengan garam Sedia untuk dihidang Masukkan  bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat. Masak sehingga pecah minyak.

Masak Lemak Retak Seribu

Imej
Ha ha... Apa anda bayangkan bila baca tajuk entry di atas?? Jangan imagine yang bukan-bukan kerana resepi yang akan saya kongsikan hari ni adalah resepi biasa-biasa saja. Anda pernah dengar nama siput retak seribu? Dia macam lala tapi lala tu spesis yang kecil sikit. Sedangkan retak seribu ni saiznya lebih besar dan kulitnya ada corak-corak macam pinggan retak . Sebab tu ia dipanggil siput retak seribu. Retak seribu ni sedap kalau dibuat masak lemak, sweet sour ataupun goreng bersos pedas. Biasanya saya masak sweet sour, tapi untuk kali ni teringin pulak nak buat masak lemak. Bahan-bahan yang digunakan taklah banyak sangat dan cara membuatnya pun simple saja. Rasanya...hmm...tentulah sedap dan saya suka ratah-ratah saja kalau masak retak seribu ni. Ok, jom tengok resepi kat bawah. Masak Lemak Retak Seribu by Shikin Bahan-bahan 1 kg Siput Retak Seribu 2 ulas bawang putih* 3 ulas bawang merah* 1/2 labu bawang besar* 1 inci halia* (bahan-bahan bertand

Apam Pisang

Imej
Menghabiskan saki baki pisang awak yang ada kat dapur. Mulanya nak buat lengat pisang aja.  Tapi masa duk selak-selak majalah rasa terpandanglah pulak resepi apam pisang. Tengok bahan-bahan yang digunakan ada kat dapur.  Cuma tang pisangnya tu, dia tak sebut la pulak pisang apa. Pisang awak boleh kerr??? Boleh la kot yerr?? Inilah hasilnya Untuk resepinya pula APAM PISANG by Shikin sumber : Majalah Rasa Bahan-bahannya 500 gm pisang - dilenyek 4 biji telur 240 gm gula - (Bagi yang tidak gemarkan manis, boleh dikurangkan ke 200 - 220gm gula) 240 gm tepung gandum 2 sudu teh soda bikabonat 1 sudu teh esen vanilla 250ml minyak masak - saya guna minyak jagung Cara-caranya Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat bersama. Ketepikan. Pukul gula dan telur sampai kembang. Masukkan tepung. Kacau. Masukkan minyak. kacau lagi. Masukkan pisang dan esen vanilla. Kacau lagi. Kalau suka boleh bahagikan dua adunan. 1 bahagian dicampur dengan 1 sudu besar serbuk koko. Tuang aduna

Jem Rosselle

Imej
Dalam entry sebelum ni saya ada menulis tentang jus rosselle . Sebenarnya selain dibuat jus, rosselle tersebut juga boleh dibuat jem. Caranya pun mudah saja. Selepas rosselle direbus, tapis dan ambil patinya. Kemudian masukkan semula kelopak-kelopak rosselle yang ditapis kedalam periuk, tambahkan sedikit air dan juga gula. Renehlah sampai gula dan kelopak rosselle hancur dan pekat seperti jem yang selalu kita beli dikedai. Mudahkan... Jem Rosselle yang dah siap dimasak Inilah rupa bunga rosselle tu...

Jus Rosselle

Imej
Rosselle ni pemberian daripada mak pengasuh Nuha. Cuba tengok warnanya, merah. Cantik jer warnanya bila direbus untuk dijadikan jus. Bila rebus dapat lebih kurang 1 liter pati rosselle. Ori lagi tu. Tak pakai pengawet atau pewarna. Nak minum, tuangkan pati secukupnya, tambah aja dengan air gula dan ketulan ais. Rasanya masam-masam manis. MasyaAllah...sedapnya. Jus Rosselle by Shikin Bahan-bahan Roselle - koyak-koyakkan kelopak rosselle, buang bijinya. Masukkan kedalam periuk dan rebus sehingga keluar patinya yang berwarna kemerah-merahan Air Gula Ketulan Ais Cara-cara Tuangkan pati rosselle dan air gula kedalam gelas. Masukkan air secukupnya Tambah dengan ketulan ais. Sedia untuk diminum

Kari Kepala Ikan Ummi

Imej
Menu request daripada en.suami. Dah lama katanya tak pekena kari kepala ikan ni yang memang menjadi feveret dish dia. Kalau jumpa kari kepala ikan ni memang bertambah-tambahlah dia makan.  Biasanya suami beli kepala ikan merah yang menjadi kegemarannya. Tapi sebab tak der stok kat pasar, dia beli kepala ikan jenahak yang juga sesuai dibuat kari.  Saya buat kuahnya pekat sebab suami suka kari style macam ni. Tambahkan bendi yang dipetik depan rumah dan juga tomato. Ikan jenahak ni manis isinya. Fuhh...bila makan tak sempat toleh kiri kanan. Anak-anak pun suka bila sesekali ummi layan kari kepala ikan macam ni. Resepi kari kepala ikan ni simple saja. Resepi yang selalu saya guna bila buat kari, hasil tunjuk ajar emak saya yang tersayang sejak saya mula memasak. Dan resepi ni cukup memikat selera suami saya (sebab bila saya masak kari dia makan dengan berselera sekali sambil memuji). Salin yer resepinya... Kari Kepala Ikan Ummi by Shikin Bahan-bahannya Kepala ikan ( ikut jenis dan

Serawa Pisang

Imej
Saya masak serawa pisang ni malam tadi. Lepas maghrib, sambil-sambil melayan Deena dan Nuha godek-godek kejap Serawa Pisang ni kat dapur. Pisang ni en. suami tanam kat depan rumah. Dah di agih-agih kan kepada jiran tetangga sorang sesikat. Ada lagi belen kat dapur dalam dua tiga sikat.  Saya pula memang dah lama berhajat nak makan serawa pisang. Kena pula stok pisang ada kat rumah, jadi 'on' aje lah... Resepi...guna resepi mak saya. Serawa Pisang by Shikin Bahan-bahan 10 biji pisang - sederhana masak(saya guna pisang awak) 1 cawan biji sagu (rebus sampai kembang dan toskan) 6 cawan santan (drpd sebiji kelapa) 3/4 cawan gula (boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian) secubit garam daun pandan Cara-cara Pisang dibuang kulit dan dipotong dua secara menyerong. Masukkan santan, pisang dan daun pandan kedalam periuk dan renehkan dengan api perlahan sehingga mendidih. Masukkan sagu, gula dan garam secukupnya. Renehkan lagi sek

Puding Roti Lagi...

Imej
Rasa dah jatuh cinta dengan resepi puding roti ni. Bukannya apa, dah la resepinya simple, bahan-bahannya ada kot dalam dapur, rasanya pun sangat sedap. Hmmm...mabeles.... Kali ni sengaja beli roti untuk buat puding roti ni. Tak tunggu yang belen-belen atau yang dah nak expired. Fresh from kedai lagi tu... Bancuh 2 adunan sekaligus. Tu dia aiihh... Puding roti ni lebih enak dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk. Bila ditelan tu, rasa nyaman jer anak tekak... Sedap. Memang ralit la kalau makan puding roti ni. Kalau buat 1 adunan cukup untuk saya anak beranak aje lah... Tak sempat nak bagi orang lain rasa. Saya letak sekali lagi resepi puding roti tu kat sini. Untuk pemilik resepi puding yang sedap ni. Thanks for sharing... Puding Roti by Hanis My Resepi Sumber : Shikin   Bahan-bahan ( 3-4 orang ) 4 keping roti, disapu mentega -  450ml susu segar -  3 biji telur - untuk 2 adunan saya  guna 4 biji telur 25g gula 1 sudu besar tepung kastard Ch

Cucur Ikan

Imej
Menghabiskan saki baki ikan temenung a.k.a ikan kembung yang ada dalam peti ais.  Inspirasi daripada cucur yang selalu dibawa oleh rakan sekerja. Makan pagi-pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Biasanya saya buat cucur ikan bilis. Tapi cucur ikan kembung pun ok jugak... Sedap. Cicah pulak dengan sos yang sesuai. Hmmm... Tak der resepi yang khusus untuk buat cucur ni. Boleh ejas ikut suka hati. Depend apa yang ada dalam dapur kita lah... Ok, kita tengok apa bahan-bahan yang dimasukkan dalam cucur ni : Cucur Ikan by Shikin Inspired by Ta Bahan-bahan 4-5 ekor ikan kembung (temenung) 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 biji telur 1 sudu cili kisar 1/2 ulas bawang besar 1 batang cili hidup Air sejuk secukupnya (air dalam peti sejuk) Garam secukup rasa Cara-cara membuatnya Ikan direbus sehingga masak. Asingkan isi dengan tulang. Ketepikan. Masukkan tepung di dalam mangkuk. Tuangkan air sejuk secukupnya. Kaca

Nasi Goreng Kampung Ummi Style

Imej
Nasi Goreng kampung untuk hidangan seisi keluarga petang kelmarin. My Style... Main campak jer apa yang ada. Tapi tak pedas sangat supaya Aiman dan Deena boleh makan. Nasi Goreng Kampung by Shikin Bahan-bahan Nasi Sejuk secukupnya 2 ulas bawang putih* 2 ulas bawang merah* 1/2 labu bawang besar ( *dimayang) Sambal belacan secukupnya 1 sudu besar kicap cair (manis) 2 biji telur Sayur (kangkung, sawi etc) Segenggam ikan bilis - goreng garing dan ketepikan Cara-cara Panaskan minyak, tuming bahan bertanda * hingga naik bau. Masukkan sambal belacan. Kacau sampai garing. Pecahkan telur, kacau seketika. Masukkan sayur. Masukkan nasi, kacau sebati sehingga nasi masak. Taburkan ikan bilis yang digoreng tadi. Rasa masin manisnya. Hidangkan bersama bahan-bahan lain yang sesuai.

Bingka Ubi

Imej
Buat lagi bingka ubi ni untuk kesekian kalinya. Yang dua kali sebelum ni failed. Keras la, kurang garing, tak cukup manis... Hmm...pendek kata serba tak kena jadinya. Tapi tak per.. Berpegang kepada prinsip "Practise make perfect", saya buat lagi bengkang ubi tu. Never give up, kay... Alhamdulillah yang ni menjadi lah juga. Boleh dimakan sampai habis dan tak perlu dibakulsampahkan. Masih menggunakan resepi yang saya buat sebelum ni. Tapi kali ni saya pastikan sukatannya betul. Saya tempekkan sekali lagi resepi tu di sini untuk rujukan. BENGKANG UBI by Shikin Bahan-bahan 2kg Ubi Kayu - disagat/diperah air. Air perahan ubi dibiarkan seketika sehingga hening dan sagunya mendap. Buang air dan ambil sagu untuk di campur dengan adunan bengkan nanti. 550ml santan (drpd sebiji kelapa) 1/2cawan tepung gandum 300gm gula sedikit garam pewarna kuning (optional) Cara campur kesemua bahan,gaul sebati tuang adunan kedalam loyang masukkan ke dalam oven bakar selama 30-45 mi

IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN

Imej
Dah lama saya simpan resepi ni. Hari ni baru sampai seru nak mencuba.  Hmm..memang sedap. Lain daripada yang lain. Penggunaan bunga kantan dan serai dalam resepi ni memberikan kelainan kepada rasa sambal tu.  Biasanya kalau saya buat sambal guna cili hidup campur bebawang sahaja. InsyaAllah, resepi ini alan berada dalam list hidangan harian saya selepas ni. Mohon share yer tuan punya resepi IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram BAHAN2: 1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat) ~ k.nor guna ikan talapia (saya guna ikan rambai) Tpg Jagung (saya guna tepung ubi) Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak) 2 biji Cili Merah* 2 biji Cili Hijau* 1/2 biji Bwg Besar* 2 ulas Bwg Putih* 1 btg Serai* 1 btg Bunga Kantan* (* blender) 1 Tomato - potong2 1/2 biji Bwg Besar - hiris 1 biji Limau Kasturi Garam CARA2: 1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (sila refer pd gambar di link AlongRoz) Ratakan garam atas ikan. Gole

Lala Tumis Air

Imej
Lauk yang biasa-biasa aje, tapi tetap nak letak entry gak dalam blog ni.  Bukannya apa dalam duk kata resepi biasa-biasa ada juga yang tak berapa biasa nak masak lala ni. Jadi saya letakkan entry tentang lala kali ni.  Next time adinda-adinda dan anak-anakku kalau nak masak lala, refer kat sini yea... Lala Tumis Air  by Shikin Bahan-Bahan 1kg lala 2 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang merah - dimayang 1 labu bawang besar - dipotong bulat 2 batang serai - dititik 2 biji cili merah (guna cili padi coz cili merah tak de stok) - potong memanjang Sedikit minyak untuk menumis Garam secukupnya (jika perlu) Cara-Cara Rendam lala dalam air lebih kurang 1/2 jam untuk mengeluarkan pasir. Basuh bersih dan tos. Ketepikan Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dimayang beserta serai sehingga naik bau. Masukkan cili merah. Kacau seketika. Masukkan bawang besar. Kacau lagi. Masukkan lala. Kaup balikkan sehingga kulit lala terbuka. Tambah air

Puding Roti

Imej
Dah lama duk bertangguh nak buat puding roti ni. Asal nak buat aje, stok roti habis. Time roti berlambak-lambak, masa tak berapa mengizinkan pulak. Alhamdulillah, kelmarin dapat jugak saya menghasilkan puding roti yang sekian lama menjadi pujaan hati. Makan masa minum petang. Sedap...sangat sedap. He he he...serius tau memang sedap. En. suami pun suka. Anak-anak pun berebut-rebut nak makan. Lain kali boleh buat lagi...dan tambah adunannya (sebab kalau ikut adunan di bawah ni, sekali hadap aje...tak sempat bawa ke malam) Resepi daripada Hanis ni saya ambil dalam My Resepi. Tapi macam biasalah, berlaku juga penderhakaan sebab saya ejas ikut kesesuaian bahan-bahan di dapur saya. Minta izin untuk share kat sini pulak yea... Puding Roti by Hanis My Resepi Sumber : Shikin   Bahan-bahan ( 3-4 orang ) 4 keping roti, disapu mentega - saya letak 8 keping roti 450ml susu segar - saya guna susu cair 3 biji telur - saya guna 4 biji telur 25g gula 1 sudu b